Buat Apa Menteri Umno Jumpa Pm Kalau Rasa Serba Salah Dengan Keputusan Pau Lebih Baik Masuk Saja Bersatu


 
March 30, 2021 Petang semalam, menteri-menteri UMNO dilaporkan telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin susulan ketetapan muktamad Perhimpunan Agung UMNO atau PAU Ahad lalu memutuskan hubungan dengan Bersatu dan akan meninggalkan kerajaan menjelang 1 Ogos depan.
Tidak dipastikan apa butir sebenar perbincangan dalam pertemuan itu, tetapi ada maklumat mengatakan beberapa menteri menzahirkan perasaan serba salah mereka berkaitan ketetapan yang diputuskan PAU Ahad itu.
Terdapat juga di kalangan mereka yang dikatakan membangkitkan rasa kesal dan tidak faham mengapa Bersatu dijadikan sasaran kecaman dalam PAU kali ini, walhal kedua-dua parti saling bekerjasama dalam kerajaan.
Seorang menteri yang bercakap dengan seseorang yang rapat dengan Muhyiddin pula mengatakan, beliau benar-benar tersepit dengan ketetapan PAU yang memutuskan hubungan dengan Bersatu dan akan keluar daripada kerajaan.
Kata menteri berkenaan, mereka dinamakan sebagai menteri oleh UMNO untuk duduk dalam kerajaan PN, tetapi dalam PAU semalam mereka seolah-olah dijadikan sasaran kecaman dan dilihat pro Bersatu semata-mata kerana memegang jawatan menteri.
“Kami tidak mampu berbuat apa-apa selain menerima seadanya apa yang diputuskan itu,” tambah menteri berkenaan lagi.
Menteri tersebut juga menyatakan beliau lebih suka kiranya UMNO tidak membuat apa-apa ketetapan dalam hubungannya dengan Bersatu dan kerajaan PN kerana sekarang adalah masa yang sukar buat rakyat berikutan pandemik Covid19, selain tempoh matang Parlimen ialah tahun 2023.
“Kita tidak faham mengapa ketetapan tersebut diambil dan adakah jika PRU15 dipaksakan dalam waktu yang terdekat ini, UMNO benar-benar boleh menang?” soal menteri itu lagi.
Sebenarnya, dalam hal ini, ketetapan PAU Ahad lalu adalah keputusan muktamad parti, sesuai dengan kedudukan PAU sebagai badan pembuat keputusan tertinggi bagi UMNO.
Mahu tidak mahu, keputusan itu mesti diterima selagi seseorang itu masih mahu kekal berada dalam UMNO.
Dengan yang demikian, sementara ada menteri UMNO berada dalam kepimpinan tertinggi parti, manakala sebahagian lagi tidak berada dalam hireaki, kedua-duanya perlu akur dengan apa jua ketetapan parti.
Tidak harus wujud rasa bersalah, serba salah, keliru atau tidak faham dengan ketetapan PAU itu di kalangan mereka jika mereka seorang yang setia kepada parti.
Apatah lagi meluahkan perasaan kepada Muhyiddin yang bukan pemimpin UMNO, malah sedang mengetuai Bersatu yang ingin dikalahkan oleh UMNO dalam PRU15 akan datang, jelas bukan suatu tindakan yang betul.
Juga tidak patut ada mana-mana menteri UMNO meluahkan perasaan yang sama kepada sesiapa yang lain daripada Bersatu.
Ini kerana, melalui ketetapan PAU semalam, walaupun tempoh untuk meninggalkan kerajaan adalah 1 Ogos, tetapi Bersatu kini dikira sebagai musuh rasmi bagi UMNO.
Mungkin tidak salah bagi UMNO bersama dalam kerajaan yang diketuai Bersatu, namun memuahkan isi hati dan tidak puas hati berkaitan keputusan parti kepada parti lain yang sudah dimuktanadkan sebagai musuh adalah adab yang tidak boleh diterima.
Menteri-menteri UMNO harus menerima sepenuhnya ketetapan PAU itu dan tidak wajar sama sekali untuk mereka mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin berkaitan dengannya, meski beliau adalah Perdana Menteri sekali pun.
Kalau Muhyiddin mahu maklumat lebih detail berkaitan keputusan PAU, itu pun kalau beliau seorang yang malas membaca dan menonton pelbagai video di media sosial, beliau lebih wajar memanggil kepimpinan rasmi UMNO untuk bertemu dengannya.
Menteri-menteri UMNO bukan wakil rasmi parti yang boleh memberi penjelasan tentang hal-hal parti kepada Perdana Menteri.
Kecuali, pertemuan dengan Muhyiddin itu nampak perlu jika hanya untuk menunjukkan rasa tidak setuju terhadap Presiden UMNO dan membantah ketetapan PAU di depan Muhyiddin yang dirasakan sebagai pemberi nikmat rezeki kerana melantik mereka sebagai menteri.
Jika begitu, lebih bermoral mereka keluar UMNO dan masuk saja Bersatu. (Shahbudindotcom 30/03/2021)






















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/buat-apa-menteri-umno-jumpa-pm-kalau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Sedia Bersendiri Jika Pas Rasa Bersatu Lebih Lawa Dan Kaya Dasar Mata Duitan

Umno Sedia Bersendiri Jika Pas Rasa Bersatu Lebih Lawa Dan Kaya Dasar Mata Duitan

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 290 hits
April 2 2021Umno sedia bertanding solo tanpa PAS pada PRU15 jika parti itu mendapati PPBM lebih lawa dan kaya kata Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata demikian sehari selepas PAS PPBM menge...
Lebih Baik Ismail Sabri Bincang Bersama Presiden Umno Daripada Menyerang Anwar

Lebih Baik Ismail Sabri Bincang Bersama Presiden Umno Daripada Menyerang Anwar

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 244 hits
Serangan tanpa asas yang dibuat oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke atas Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh merugikan Umno dalam percaturan politik jangka panjang parti itu Ketua Penerangan KEADILAN Datuk...
Mca Pertikai Keputusan Umno Pasal Menteri Letak Jawatan Tidak Secara Kolektif

Mca Pertikai Keputusan Umno Pasal Menteri Letak Jawatan Tidak Secara Kolektif

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 392 hits
Ketika Umno dengan gah menyatakan mereka bersedia keluar daripada kerajaan pada bila bila masa parti komponen BN pula dilihat lebih bersikap berhati hati MCA misalnya mengingatkan keputusan parti itu akan dibuat apabila tiba masanya Preside...
Pau 2020 Memutuskan Tiada Kerjasama Pas Tetap Akan Berusaha Satukan Umno Bersatu

Pau 2020 Memutuskan Tiada Kerjasama Pas Tetap Akan Berusaha Satukan Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 325 hits
KANGAR Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang berakhir semalam memutuskan tiada kerjasama bersama Parti Peribumi Bersatu Malaysia dalam Pilihan Raya Umum 15 akan datang dan akan bertanding atas logo Barisan Nasional Sungguhpun begitu Mursyidul Am...
Menteri Umno Dua Wajah Perlu Letak Jawatan Kata Bersatu

Menteri Umno Dua Wajah Perlu Letak Jawatan Kata Bersatu

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 272 hits
PETALING JAYA Seorang pemimpin kanan PPBM mengkritik beberapa rakan sekerjanya dari Umno dalam Jemaah Menteri menggambarkan mereka sebagai panglima perang yang berwajah dua Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Redzuan Yusof tidak...
Sembilan Menteri Umno Akan Menyertai Bersatu

Sembilan Menteri Umno Akan Menyertai Bersatu

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 309 hits
WALAUPUN perhimpunan agung Umno telah memutuskan wakil rakyat mereka yang jadi menteri dan timbalan menteri dalam kerajaan PN akan menarik balik sokongan pada Ogos depan namun arahan itu seperti tidak akan dipedulikan oleh sembilan menteri ...
Ada Gerakan Sulit Dalam Umno Cuba Batal Keputusan Putus Hubungan Dengan Bersatu

Ada Gerakan Sulit Dalam Umno Cuba Batal Keputusan Putus Hubungan Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 249 hits
perakinsights com Seorang pemimpin Umno cuba mengubah keputusan parti itu untuk tidak bekerjasama dengan PPBM pada pilihan raya akan datang FMT difahamkan Menurut sumber beberapa pemimpin bahagian sudah didekati sementara yang lain tahu aka...
Lebih Baik Umno Bertanding Solo Atas Tiket Bn

Lebih Baik Umno Bertanding Solo Atas Tiket Bn

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 295 hits
ZAKARIA MUSAKerjasama politik Bersatu Umno dalam kerajaan Perikatan Nasional nampak gaya sukar dipertahankan lagi Besar kemungkinan hayatnya bakal berakhir sebelum Parlimen dibubarkan lagi Manakala satu lagi sekutunya Pas dilihat lebih cend...
Adakah Minuman Zero Sugar Bermaksud Tiada Gula Dan Bagus Untuk Diet

13 Jenis Serunding Premium Pelbagai Perisa

Resipi Biskut Semperit Coklat Sedap Mudah Boleh Buat Untuk Raya

Lirik Lagu Purnama Aeydan

Spm Ke Mana Lebihan Makanan Di Bazar Ramadan Berita Rtm 13 03 2025

Pengalaman Berbuka Puasa Di Restoran Bara Stulang Jb

Kerja Kosong Di Dbp Dewan Bahasa Dan Pustaka Tahun 2025

Lewat Hari Ni


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dapat Pinjaman Ptptn Tapi Tak Pernah Bayar Balik Travel Ban

Sedap Ke Makan Di Richiamo Coffee

Adakah Teknologi Ai Akan Membunuh Kerjaya Penulis

Can I Hatch Out A Shark And Grow It On Practical Fishkeeping

Trash Taxi Tales Real Stories Of How Fast Junk Removal Changes Lives

Bekas Pegawai Teresa Letak Semua Jawatan Dalam Dap