Lebih 90 Peratus Pesakit Covid 19 Dirawat Secara Tradisional Di Hubei Sembuh Pakar


Sekurang-kurangnya 95 peratus pesakit COVID-19 yang dirawat menggunakan kaedah perubatan tradisional Cina di Wilayah Hubei, China sembuh daripada penyakit itu. -Gambar fail COVID-19: Lebih 90 peratus pesakit dirawat secara tradisional di Hubei sembuh - Pakar

Sekurang-kurangnya 95 peratus pesakit COVID-19 yang dirawat menggunakan kaedah perubatan tradisional Cina di Wilayah Hubei, China sembuh daripada penyakit itu, kata Ketua Pakar Perubatan dan Naib Presiden Hospital Perubatan Tradisional Cina Wilayah Guangdong Dr Li Jun. Dr Li, yang mengetuai tujuh pakar perubatan lain dari China dalam misi berkongsi pengalaman memerangi wabak COVID-19 ke Malaysia, berkata kaedah perubatan tradisional itu turut digunakan dalam usaha mengekang penularan jangkitan COVID-19 di wilayah tersebut.



Berkongsi pengalaman merawat pesakit COVID-19 di China, beliau berkata pihaknya sentiasa mengkaji keberkesanan pelbagai jenis ubat-ubatan, termasuk vaksin yang digunakan bagi mengubati wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada 2003 dan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV) pada 2012.


"Pada awalnya kami menjangkakan ubat-ubatan ini berkesan hasil daripada pengalaman wabak SARS dan MERS-CoV namun apabila digunakan untuk COVID-19, ia sebaliknya menunjukkan kesan sampingan terhadap sesetengah pesakit.

"Walaupun masih belum ada lagi vaksin untuk COVID-19 namun buat masa sekarang, ubat tradisional Cina digunakan secara meluas untuk merawat simptom seperti demam, batuk ataupun masalah pencernaan bagi pesakit di China.


"Ia juga sekali gus dapat mengurangkan penggunaan mesin bantuan pernafasan memandangkan ubat tradisional terbukti dapat melancarkan sistem pernafasan dan pencernaan pesakit COVID-19 kronik yang terlantar lama di wad," katanya ketika wawancara khas 'Pocket Times' anjuran Sin Chew Daily secara langsung, di sini.

Turut hadir Ketua Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Rakyat Wilayah Guangdong Dr Wen Miaoyun dan Ketua Juruteknik bidang virologi merangkap Timbalan Pengarah Pejabat Pengajian Am Institut Kesihatan Awam Guangdong Dr Sun Jiufeng.

Dr Li berkata pengalaman mengenai keberkesanan ubat tradisional di China merawat pesakit COVID-19 turut menarik perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha mengekang wabak itu di negara ini.


"Namun pengalaman dan cara yang kami lakukan di China itu hanya sebagai panduan kepada negara lain dan pelaksanaannya perlu berpandukan kepada keadaan serta keperluan negara itu sendiri," katanya.

Beliau berkata berdasarkan pemerhatian pasukan itu di Malaysia sejak Sabtu lalu, pihaknya mendapati kerajaan Malaysia telah melakukan langkah-langkah pencegahan yang tepat dan berkesan.

"Kami telah mengadakan dialog dengan KKM, hospital, pusat penyelidikan serta beberapa jabatan kesihatan dan mendapati Malaysia telah mampu mengawal wabak ini dengan berjaya apabila beberapa hari ini telah menunjukkan penurunan kes positif yang ketara.

"Namun bagi mengelak wabak kembali menjadi serius, rakyat perlu bekerjasama erat dengan kerajaan dalam meningkatkan pemeriksaan kesihatan, mempercepatkan proses kuarantin dan rawatan selain mengamalkan kebersihan diri serta jarakan sosial," katanya.


Dr Li berkata buat masa ini, China mempunyai tiga pasukan yang melakukan percubaan vaksin dan telah memasuki fasa kedua ujian klinikal.

"Bagi menghasilkan sesuatu vaksin, biasanya perlu mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun, namun China berusaha sedaya upaya untuk mempercepatkan kemajuan penelitian vaksin.

"Vaksin itu perlu dihasilkan secepat mungkin memandangkan ia merupakan satu keperluan yang tidak boleh dilengah-lengahkan kerana wabak itu merebak dengan cepat di kebanyakan negara di seluruh dunia," katanya.

Pasukan perubatan China yang terdiri daripada lapan pakar Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, cawangan Guandong itu tiba di Malaysia pada Sabtu lepas dan akan berada di negara ini selama dua minggu untuk berkongsi pengalaman serta kepakaran dalam memerangi COVID-19.

-- BERNAMA




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2020/04/lebih-90-peratus-pesakit-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
168 Pesakit Covid 19 Sembuh Hari Ini Lebih Tinggi Dari Kes Baharu

168 Pesakit Covid 19 Sembuh Hari Ini Lebih Tinggi Dari Kes Baharu

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 325 hits
SERAMAI 168 pesakit Covid 19 pulih dan dibenarkan keluar hospital hari ini setakat jam 5 petang berbanding 134 kes positif baharu Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh akibat C...
Lebih 70 Kematian Kes Covid 19 Di Malaysia Hidap Penyakit Lain Pakar

Lebih 70 Kematian Kes Covid 19 Di Malaysia Hidap Penyakit Lain Pakar

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 232 hits
KUALA LUMPUR April 29 Lebih 70 peratus kes kematian COVID 19 di Malaysia mempunyai satu atau lebih penyakit tidak berjangkit kata seorang pakar perubatan senaman Prof Dr Lee Chee Pheng Beliau berkata risiko dijangkiti COVID 19 lebih tinggi ...
Kaedah Tradisional Hanya Pelengkap Pemulihan Pesakit Covid 19 Dr Noor Hisham

Kaedah Tradisional Hanya Pelengkap Pemulihan Pesakit Covid 19 Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 260 hits
Putrajaya Penggunaan ubat herba dan kaedah tradisional yang dicadangkan oleh pakar perubatan dari China hanya sebagai pelengkap kepada proses pemulihan dan bukan satu rawatan khusus bagi pesakit COVID 19 Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr No...
Pesakit Covid 19 Sembuh Dalam Tempoh 3 Hari Kerana Sistem Imun Tubuh Yang Kuat

Pesakit Covid 19 Sembuh Dalam Tempoh 3 Hari Kerana Sistem Imun Tubuh Yang Kuat

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 344 hits
Semenjak jangkitan virus COVID 19 merebak ke seluruh dunia saintis dan ahli akademik telah berusaha keras tanpa henti untuk mencari ubat dan berlumba lumba mencipta vaksin sebagai senjata utama dalam memerangi kemaraan wabak Namun apa yang ...
Covid 19 99 Kes Pulih Hari Ini Kumulatif Lebih 65 Peratus

Covid 19 99 Kes Pulih Hari Ini Kumulatif Lebih 65 Peratus

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 345 hits
Jumlah kumulatif kes pulih dan discaj di Malaysia ialah 3 762 kes iaitu 65 5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes setakat 25 April 2020 Foto oleh Hari AnggaraPUTRAJAYA 25 April Sejumlah 99 kes Covid 19 telah pulih dan dibenarkan discaj h...
Malaysia Terus Catat Perkembangan Baik 95 Pesakit Covid 19 Sembuh Dan Dibenarkan Pulang Hari Ini

Malaysia Terus Catat Perkembangan Baik 95 Pesakit Covid 19 Sembuh Dan Dibenarkan Pulang Hari Ini

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 302 hits
MALAYSIA terus mencatatkan perkembangan baik kes Covid 19 apabila bilangan pesakit pulih melebihi kes jangkitan baharu Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan hari ini seramai 95 pesakit sembuh dan dibenarkan pulang menjadikan jumlah kes...
Bayi 1 Bulan Pesakit Paling Muda Sembuh Covid 19 Di Thailand

Bayi 1 Bulan Pesakit Paling Muda Sembuh Covid 19 Di Thailand

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 344 hits
Berita tentang orang sembuh daripada wabak COVID 19 menjadi antara berita yang gembira untuk kita dengar Baru baru ini di negara Thailand seorang bayi berumur satu bulan menjadi pesakit yang paling muda sembuh daripada COVID 19 Kami melakuk...
Covid 19 Pesakit Kritikal Tahap 5 Sembuh Di Hospital Tawau

Covid 19 Pesakit Kritikal Tahap 5 Sembuh Di Hospital Tawau

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 368 hits
Sejarah tercipta di Hospital Tawau apabila pesakit COVID 19 kritikal telah sembuh dan dibenarkan discaj dari Hospital Tawau Pakcik Berjaya Lawan Covid 19 Diraikan Frontliner Sebelum Pulang Tiada apa dapat menggembirakan hati barisan hadapan...
Semua Pesakit Covid 19 Di Perak Telah Sembuh Sepenuhnya

Semua Pesakit Covid 19 Di Perak Telah Sembuh Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 258 hits
Semua 246 pesakit yang disahkan positif koronavirus dan di rawat di hospital di negeri ini sembuh sepenuhnya dan sudah dibenarkan pulang Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Kesihat...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord