Lebih 70 Kematian Kes Covid 19 Di Malaysia Hidap Penyakit Lain Pakar


KUALA LUMPUR, April 29 — Lebih 70 peratus kes kematian COVID-19 di Malaysia mempunyai satu atau lebih penyakit tidak berjangkit (NCD), kata seorang pakar perubatan senaman Prof Dr Lee Chee Pheng.
Beliau berkata risiko dijangkiti COVID-19 lebih tinggi pada orang yang lemah imunnya dan dalam keadaan kronik seperti masalah jantung dan paru-paru serta diabetes.
“Tekanan emosi, kurang tidur dan keletihan fizikal, boleh menjadikan seseorang itu mudah terkena penyakit berikutan imun yang lemah.
“Terdapatnya faktor risiko NCD seperti penggunaan tembakau, ketidakaktifan fizikal, diet tidak sihat dan penggunaan alkohol yang berbahaya semasa kanak-kanak dan remaja mempunyai kaitan yang signifikan dengan perkembangan penyakit pada masa dewasa,” kata beliau dalam kolumnya yang disiarkan di Bernama.com
NCD kini menjadi pembunuh utama di dunia dan menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (https://www.who.int/gho/ncd/mortality_morbidity/en/), daripada 56.9 juta kematian global pada 2016, sebanyak 40.5 juta atau 71 peratus disebabkan oleh NCD.
Dr Lee berkata selain menjaga diet yang sihat dengan makanan yang meningkatkan imuniti dapat membantu melawan jangkitan, aktiviti fizikal serta pemakanan juga boleh meningkatkan sistem imun.
Beliau memetik garis panduan WHO pada 2010 (https://www.who.int/dietphysicalactivity/factsheet_adults/en/), yang menyatakan seorang dewasa berusia 18 hingga 64 tahun perlu melakukan sekurang-kurangnya 150 minit seminggu aktiviti fizikal (PA) aerobik intensiti sederhana atau 75 minit setiap minggu PA aerobik intensiti tinggi atau gabungan setara PA intensiti sederhana dan tinggi.
“Malaysia mempunyai 36.9 peratus orang dewasa yang tidak aktif secara fizikal. Tahap tidak aktifnya lebih tinggi dalam kalangan wanita (50 peratus) berbanding lelaki (24.7 peratus),” katanya.
Mengenai pengambilan makanan, beliau berkata makanan yang kaya dengan Vitamin C, D, dan E dapat meningkatkan sistem imun badan melalui peningkatan sel-sel yang melawan jangkitan.
“Antioksidan dalam Vitamin C dan E berperanan penting dalam mengawal jangkitan dan fungsi sistem imun badan. Juga, menjaga tubuh agar tetap terhidrasi dan tidur yang cukup dapat membantu dalam membendung penyakit ini. Namun, perlu diingat bahawa apa yang berfungsi dalam memerangi COVID-19 itu sendiri masih belum diketahui,” katanya.
Dalam catatannya, Dr Lee turut mengetengahkan kajian oleh Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit China yang membuat kesimpulan bahawa orang tua yang sudah mempunyai penyakit lebih cenderung terkena COVID-19 (https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/need-extra-precautions/people-at-higher-risk.html).
Beliau berkata di Itali, hampir satu perempat (23 peratus) rakyat negara itu berusia lebih 65 tahun, dengan ramai daripada mereka berpenyakit seperti hipertensi dan masalah pernafasan yang menyebabkan mereka dijangkiti COVID-19.
Analisis kes COVID-19 di Amerika Syarikat menunjukkan kadar kes kematian (CFR) tertinggi pada mereka yang berusia 65 tahun ke atas, yang menunjukkan risiko penyakit dan kematian.
Katanya, berdasarkan laporan Misi Bersama WHO-China mengenai Penyakit Coronavirus 2019, individu yang berisiko tinggi adalah mereka yang berumur 60 tahun ke atas dengan mempunyai satu atau lebih penyakit lain seperti hipertensi, diabetes, penyakit kardiovaskular serta penyakit pernafasan kronik.
Sementara itu, satu kajian mengenai pesakit COVID-19 yang dirawat di Wuhan mendapati hampir separuh daripada kes (48 peratus) menderita akibat penyakit kronik. Daripada jumlah kes tersebut, 30 peratus menghidap hipertensi, diikuti oleh diabetes (19 peratus) dan penyakit jantung koronari (lapan peratus).
— BERNAMA
The post Lebih 70% Kematian Kes COVID-19 Di Malaysia Hidap Penyakit Lain – Pakar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/04/29/lebih-70-kematian-kes-covid-19-di-malaysia-hidap-penyakit-lain-pakar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Malaysia Catat Kematian Ke 103 69 Kes Baharu Direkod

Covid 19 Malaysia Catat Kematian Ke 103 69 Kes Baharu Direkod

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 307 hits
Astro Awan Jumlah keseluruhan jumlah kes positif COVID 19 di Malaysia kini sebanyak 6 071 kes PUTRAJAYA Satu lagi kematian akibat wabak COVID 19 di negara ini dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 103 kata Ketua Pengara...
Jumlah Kes Positif Covid 19 Di Amerika Kini Lebih 700 000 Angka Kematian Terus Meningkat

Jumlah Kes Positif Covid 19 Di Amerika Kini Lebih 700 000 Angka Kematian Terus Meningkat

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 286 hits
Jumlah kes positif COVID 19 di Amerika Syarikat kini dilaporkan telahpun mencecah 710 021 kes menurut Worldometer Daripada jumlah berkenaan sebanyak 37 158 kematian dicatatkan New York kekal menjadi kawasan paling terjejas dengan 17 131 kem...
Lebih 35 000 Kematian Covid 19 Di As Lebih 700 000 Kes

Lebih 35 000 Kematian Covid 19 Di As Lebih 700 000 Kes

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 201 hits
April 18 2020 10 42 AMPasukan perubatan membawa pesakit Covid 19 ke hospital di Brooklyn New York WASHINGTON Kematian akibat Covid 19 di AS meningkat 35 400 pada Jumaat naik lebih 2 000 untuk hari ke 4 berturut turut menurut Reuters ketika ...
Covid 19 Tiada Pertambahan Kematian 38 Kes Baru Hari Ini

Covid 19 Tiada Pertambahan Kematian 38 Kes Baru Hari Ini

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 293 hits
PUTRAJAYA Tiada pertambahan kes kematian akibat pandemik Covid 19 hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kumulatif kes kematian daripada wabak bereknaan di Malaysia kekal sebanyak 98 kes iaitu 1 70 pe...
Kes Pulih Covid 19 Meningkat Tiada Kematian Dilaporkan Hari Ini

Kes Pulih Covid 19 Meningkat Tiada Kematian Dilaporkan Hari Ini

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 255 hits
BILANGAN kes pulih Covid 19 melebihi kes jangkitan baharu terus dicatatkan apabila 100 kes pulih dan dibenarkan keluar wad diumumkan semalam berbanding kes baharu Ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar wa...
Covid 19 38 Kes Baru Tiada Kematian 66 8 Pesakit Pulih

Covid 19 38 Kes Baru Tiada Kematian 66 8 Pesakit Pulih

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 348 hits
Tiada pesakit Covid 19 yang meninggal dunia hari ini menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu kekal sebanyak 98 atau 1 7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes di Malaysia menurut Kementerian Kesihatan Dalam sidang media di Putrajaya ha...
Singapura Mendahului Malaysia Dalam Kes Covid 19

Singapura Mendahului Malaysia Dalam Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 268 hits
JUMLAH kes Covid 19 di Singapura kini melebihi Malaysia yang mencatatkan 5 992 kes pada Sabtu Setakat semalam Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan 5 305 kes dengan hanya 54 kes baharu Ini merupakan jumlah kes paling rendah sejak Perint...
Indonesia Covid 19 Lepasi Angka 9 000 Kes Kematian 765

Indonesia Covid 19 Lepasi Angka 9 000 Kes Kematian 765

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 251 hits
JAKARTA 27 April Jumlah kes positif COVID 19 di Indonesia kini melepasi angka 9 000 kes dengan jumlah kematian meningkat kepada 765 orang Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID 19 Achmad Yurianto berkata 214 kes positif baharu dalam...
Covid 19 Singapura Catat 690 Kes Baharu Jumlah Keseluruhan Kini Lebih 15 000 Kes

Covid 19 Singapura Catat 690 Kes Baharu Jumlah Keseluruhan Kini Lebih 15 000 Kes

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 177 hits
SINGAPURA 29 April Singapura hari ini mengesahkan tambahan 690 kes baharu jangkitan COVID 19 termasuk enam melibatkan kes dalam komuniti manakala jumlah terbesar dari penghuni asrama pekerja Kementerian Kesihatan republik ini dalam satu ken...
Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Bila Duit Nak Masuk

Perasaan Bila Orang Namakan Kucing Mereka Dgn Nama Anda

Deep Dive 5 Historic Lots From Gooding S Geared Online Sale



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Sambutan Ulang Tahun Ke 30 Dan Pelancaran 4 Model Motosikal Ktm Duke

First Impressions Make A Powerful Impact With A Creative Digital Business Card

Restoran Di Jepun Buang 25 Set Nasi Lemak Kena Tipu Ejen Dari Malaysia

Kumpulan Pro Palestin Kecam Kehadiran Syarikat Bekal Senjata Kepada Israel

Prk Kkb Boleh Tak Umno Tarik Undi Melayu

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin