Redline Fitness Games By Nissan Kembali Gegarkan Malaysia Dengan Lebih 10 000 Peserta Dan Penonton


REDLINE Fitness Games by NISSAN telah kembali ke Malaysia untuk edisi ketiga pada 26 dan 27 Julai lalu, bertempat di Pusat Pameran & Konvensyen Antarabangsa MINES (MIECC). Menyusuli kejayaan dua edisi terdahulu pada 2023 dan 2024, acara tahun ini mencatatkan penyertaan yang jauh lebih tinggi, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah satu pertandingan kecergasan paling besar dan inklusif di Asia Tenggara. Lebih 10,000 peserta dan penonton dari dalam dan luar negara telah membanjiri arena REDLINE Fitness Games sepanjang hujung minggu yang penuh aksi tersebut.
Dianjurkan oleh Fresh Events Asia dan disokong oleh penaja utama NISSAN, REDLINE Fitness Games menyediakan platform bagi peminat gim dan gaya hidup aktif menguji had mereka dalam persekitaran yang dinamik dan penuh tenaga.
Acara ini telah menampilkan satu rangkaian stesen senaman berturutan yang direka untuk menguji kekuatan, stamina, kelincahan dan ketahanan mental. Pada tahun ini, peserta berdepan dengan 12 cabaran yang melibatkan seluruh badan seperti larian 500 meter, SkiErg, BikeErg, RowErg, deadball burpees, sled push & pull, dan The Mule. Turut disertakan ialah senaman seperti Russian twists, squat thrusts, shuttle runs dan sandbag gauntlet; semuanya direka untuk memberi latihan yang seimbang tetapi mencabar dari pelbagai sudut.

Menurut Jeff Ross, Pengurus Besar Fresh Events Asia, daya tarikan REDLINE Fitness Games terletak pada gabungan intensiti fizikal dan semangat komuniti.
“Setiap tahun, REDLINE Fitness Games mengingatkan kita tentang semangat kental dan sokongan sesama peserta. Sejak mula lagi, REDLINE Fitness Games bukan sekadar sebuah acara kecergasan, ia adalah ruang yang dicipta bagi semua, sama ada atlet berpengalaman atau peserta kali pertama untuk menjadi sebahagian daripada satu gerakan yang lebih besar,” kata beliau.
“Kami juga amat menghargai sokongan berterusan daripada NISSAN, MyCEB, Concept2 dan semua rakan kongsi yang menjayakan REDLINE Fitness Games di Malaysia.”
Selain itu, kembalinya NISSAN sebagai penaja utama acara ini membuktikan keserasian jenama tersebut dengan nilai-nilai REDLINE Fitness Games. Menurut Khoo Cheng Pah, Ketua Pegawai Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, penglibatan berterusan NISSAN mencerminkan komitmen mereka dalam mempromosikan kekuatan, ketahanan dan keberanian semua kualiti utama yang menjadi teras kepada REDLINE Fitness Games dan rangkaian produk NISSAN.
”Kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada REDLINE Fitness Games sekali lagi! Secara dasarnya, REDLINE Fitness Games adalah tentang melangkaui had prestasi diri. Semangat dan usaha gigih untuk mencapai prestasi tertinggi ini mencerminkan aspirasi NISSAN dalam setiap apa yang kami bina dan lakukan iaitu sentiasa berkembang dan menjadi lebih baik. Kerjasama ini amat bermakna buat kami kerana ia lahir daripada wawasan yang dikongsi bersama untuk melangkah lebih jauh,” tambah beliau.
REDLINE Fitness Games 2025 turut mendapat sokongan daripada Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
“Kami gembira dapat menyokong REDLINE Fitness Games yang kini berkembang menjadi acara kecergasan ikonik di Malaysia dan rantau ini. Acara ini mencerminkan pengalaman dinamik berfokus komuniti yang selari dengan misi kami untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi acara sukan dan gaya hidup bertaraf dunia. Dengan sokongan strategik, kami memastikan para peserta dapat menikmati pengalaman yang selamat, bermanfaat dan kaya dengan elemen budaya,” kata Tan Mei Phing, Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB.
Edisi ketiga REDLINE Fitness Games di Malaysia telah menjadi pembuka tirai kepada pengembangan jenama ini ke seluruh rantau Asia Tenggara. Pada Disember 2025 kelak, Bangkok akan menjadi tuan rumah REDLINE Fitness Games buat kali pertama, diikuti oleh Vietnam pada awal 2026.
Istilah ‘REDLINE’ merujuk kepada had prestasi maksimum, sama seperti enjin kereta yang dipacu ke tahap tertinggi. Dalam REDLINE Fitness Games, para peserta telah digalakkan mengenal pasti had kemampuan masing-masing atau “REDLINE” mereka dan seterusnya mencabar batas fizikal dan mental sendiri.
REDLINE Fitness Games by NISSAN terus mengangkat potensi acara kecergasan berasaskan komuniti. Ia bukan sekadar pertandingan, tetapi pengalaman yang mencabar dari segi fizikal, memberi kepuasan emosi, dan mencetuskan inspirasi.
Untuk maklumat lanjut tentang acara tersebut, sila layari www.redlinefitnessgames.com.
The post REDLINE Fitness Games by NISSAN Kembali Gegarkan Malaysia Dengan Lebih 10,000 Peserta dan Penonton appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/07/28/redline-fitness-games-by-nissan-kembali-gegarkan-malaysia-dengan-lebih-10000-peserta-dan-penonton/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 100 000 Rakyat Imarah Program Kedah Berselawat 2 0

Lebih 100 000 Rakyat Imarah Program Kedah Berselawat 2 0

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 135 hits
Lebih 100 000 Rakyat Imarah Program Kedah Berselawat 2 0 ALOR SETAR Lebih 100 000 rakyat Kedah hadir mengimarahkan program kerohanian Kedah Berselawat 2 0 di Stadium Darul Aman semalam Perkara itu dikongsikan oleh Urus Setia Penerangan Daru...
Intel Buang Lebih 6 000 Pekerja Di Amerika Dunia Teknologi Juga Sedang Luka

Intel Buang Lebih 6 000 Pekerja Di Amerika Dunia Teknologi Juga Sedang Luka

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 215 hits
Intel Buang Lebih 6 000 Pekerja di Amerika Dunia Teknologi Juga Sedang Luka Ditulis oleh JMBELOG 15 Julai 2025 Ketika dunia sibuk memacu ke arah revolusi kecerdasan buatan dan teknologi hijau berita ini datang seperti badai di tengah keheni...
Dikabulkan Rusia Nak Asuh Kembali Jet Mig 29n Malaysia Kemahiran Tudm

Dikabulkan Rusia Nak Asuh Kembali Jet Mig 29n Malaysia Kemahiran Tudm

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 157 hits
Jet lama tak semestinya lembik Selepas bertahun lamanya jet pejuang MiG 29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia direhat kini satu berita mengejutkan muncul dari arena pertahanan negara beruang itu iaitu Rusia secara rasmi bersetuju bagi mem...
Bla Kanser Tiroid Datang Kembali Mengapa Ia Boleh Jadi Lebih Agresif

Bla Kanser Tiroid Datang Kembali Mengapa Ia Boleh Jadi Lebih Agresif

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 191 hits
Bila seseorang disahkan menghidap kanser tiroid dan telah menjalani rawatan seperti pembedahan dan radioaktif iodin mereka selalunya diberitahu bahawa prognosis adalah baik Malah lebih 90 pesakit kanser tiroid terutamanya jenis papillary da...
Ekonomi Negeri Meningkat Tarik Minat Perantau Pahang Sedia Kembali Untuk Berbakti Undang Lebih Ramai Pelabur

Ekonomi Negeri Meningkat Tarik Minat Perantau Pahang Sedia Kembali Untuk Berbakti Undang Lebih Ramai Pelabur

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 190 hits
TEMERLOH Pertumbuhan pesat ekonomi Negeri Pahang membuka ruang kepada lebih ramai anak perantauan untuk kembali menyumbang di negeri sendiri sekali gus menarik minat pelabur luar untuk bersama membangunkan negeri ini Menteri Besar Pahang Da...
Jho Low Kerja Untuk China Kerugian Malaysia Jauh Lebih Besar

Jho Low Kerja Untuk China Kerugian Malaysia Jauh Lebih Besar

papar berkaitan - pada 19/7/2025 - jumlah : 177 hits
Malaysiakini nbsp Ahli perniagaan yang menjadi buruan Low Taek Jho atau Jho Low dilaporkan dilihat di Shanghai dan didakwa sedang bekerja dengan kerajaan China sebagai pakar strategi di belakang tabir Wartawan penyiasat Bradley Hope dan Tom...
Lelaki Rugi Lebih Rm200 000 Ditipu Beli Toyota Hilux

Lelaki Rugi Lebih Rm200 000 Ditipu Beli Toyota Hilux

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 134 hits
Mangsa sebelum itu melihat iklan jualan kenderaan terbabit yang dipasarkan di Facebook Mangsa menggunakan wang simpanan dan caruman KWSP miliknya bagi tujuan pembelian kenderaan berkenaan kata Ketua Polis Kuala Terengganu Azli Mohd Noor PET...
Lebih 10 000 Pengunjung Di Ake Sports Carnival With Friends 2025 Aktiviti Sukan Acara Pentas Meriah

Lebih 10 000 Pengunjung Di Ake Sports Carnival With Friends 2025 Aktiviti Sukan Acara Pentas Meriah

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 163 hits
Pada 20 Julai 2025 lebih 10 000 pengunjung yang terdiri daripada ibu bapa dan murid murid Al Kauthar Eduqids dari seluruh Lembah Klang dan Kuala Lumpur telah berkumpul bagi menjayakan AKE Sports Carnival with Friends 2025 di MAEPS Serdang I...
Prabowo Isytihar Aset Lebih Rm530 Juta Gibran Miliki Rm700 000 Tanpa Hutang

Prabowo Isytihar Aset Lebih Rm530 Juta Gibran Miliki Rm700 000 Tanpa Hutang

papar berkaitan - pada 24/7/2025 - jumlah : 214 hits
Jakarta Presiden Indonesia Prabowo Subianto dilaporkan memiliki kekayaan melebihi 2 06 trilion rupiah selepas mengisytiharkan asetnya kepada Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah Menurut laporan Detiknews KPK dalam kenyataan pada 11 April lalu m...
Five New Bikes For August From Track Ready Super Sports To Iconic Revivals

Anthony Loke Menteri Cancel Dulu Hidup Balik Kemudian

Spring Blossom Wildflower Dan Country Festival

Operasi Roboh Jeti Haram Di Sungai Golok Fasa Pertama Tumpu Struktur Dibina Atas Tanah Kerajaan

Frame Ala Ala Country Cottage

Perkampungan Fridge Magnets Ole Ole Dari Italy

Flavorful Recipes Ideas With Ground Beef

7 Cara Jimat Elektrik Tanpa Berkorban Keselesaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tvet Pilihan Kerjaya Masa Depan Di Promasterskill Academy

Moringa Oleifera Alternatif Semula Jadi Dalam Pengurusan Kesihatan Mental

Mulut Jendela Kesihatan Badan

Rxz Members Dakwaan Wujud Pasukan Sorak Tidak Berasas Setiausaha Politik Mb Terengganu Utusan Malaysia

Terkini Voge Sr250gt Masuk Malaysia Tahun Ini 25 5hp 23nm

Pemilihan Pas Haim Mahu Bawa Naratif Nilai Islam Sejagat