Lebih 100 Cawangan Mixue Malaysia Terima Pensijilan Halal


Lebih 100 Cawangan Mixue Malaysia Terima Pensijilan Halal
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) — MIXUE Malaysia meraikan pencapaian penting dengan pensijilan halal baharu di lebih 100 rangkaian kedainya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2025, satu perkembangan yang dijangka dapat mengukuhkan lagi keyakinan pengguna terhadap aspek keselamatan dan jaminan halal produknya.
MIXUE Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa rangkaian kedainya yang berkembang pesat, telah meletakkan mereka sebagai antara rangkaian minuman teh dan ais krim terbesar di Asia Tenggara, sekali gus mengukuhkan komitmennya sejak 2022 untuk menyelaraskan strategi perniagaan dengan nilai budaya dan sosial Malaysia.
Menurut kenyataan itu pengiktirafan halal daripada JAKIM, mempunyai kepentingan strategik kerana membuktikan dedikasi jenama tersebut dalam memperkukuh kedudukan mereka dalam industri makanan dan minuman tempatan.
“Pada tahun 2025 sahaja, pasukan halal MIXUE berjaya membantu lebih 100 kedai memperoleh pensijilan halal dan MIXUE akan terus memperluas jumlah cawangan bertauliah pada masa hadapan. “Dengan pensijilan halal ini, MIXUE akan terus berpegang kepada misinya iaitu memperkukuh jenama, memperkaya rakan kongsinya dan memastikan semua orang di dunia dapat menikmati produk yang lazat, berkualiti tinggi dan mampu milik,” menurut kenyataan itu.
Pada majlis penyampaian sijil halal itu Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAKIM Muhyiddin Aziz @ Saari, secara simbolik menyerahkan sijil berkenaan kepada Pengurus Besar MIXUE Malaysia Wang Wei Long, disaksikan Pengarah Bahagian Pelaburan dan Penjanaan Dana Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ummu Hani Husna Abdul Aziz.
Wang melahirkan penghargaannya kepada institusi dan rakan kongsi yang sentiasa menyokong perjalanan halal MIXUE, termasuk JAKIM, YADIM, rakan media, pemegang francais, serta para tetamu.
Beliau menekankan bahawa setiap proses dan prosedur di MIXUE diperiksa dengan teliti, bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap standard halal JAKIM.
“Daripada perolehan bahan mentah sehingga prosedur operasi cawangan, kami mematuhi semua keperluan JAKIM dan telah membangunkan Sistem Jaminan Halal MIXUE yang menyeluruh.
“Setiap cawangan diwajibkan mengikuti prosedur ini untuk memastikan kualiti konsisten, pengurusan telus dan pematuhan undang-undang di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan itu. Sementara itu, Ketua Projek Halal MIXUE Guo Xuying menyatakan penghargaan beliau kepada agensi kerajaan, atas panduan profesional sepanjang proses pensijilan, yang telah membantu MIXUE terus memperbaiki dan mengukuhkan Sistem Jaminan Halalnya.
Beliau menekankan bahawa pensijilan halal bukan sekadar alat promosi, tetapi merupakan titik permulaan komitmen MIXUE terhadap tanggungjawab sosial dan pengukuhan jenama.
“Pensijilan halal bukanlah matlamat akhir, tetapi permulaan kepada komitmen berterusan MIXUE terhadap tanggungjawab sosial dan peningkatan jenama,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Lebih 100 Cawangan Mixue Malaysia Terima Pensijilan Halal appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/11/lebih-100-cawangan-mixue-malaysia-terima-pensijilan-halal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Hat Yai Pm Singapura Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia Thailand Bantu Rakyatnya

Banjir Hat Yai Pm Singapura Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia Thailand Bantu Rakyatnya

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 147 hits
Banjir Hat Yai PM Singapura Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia Thailand Bantu Rakyatnya KUALA LUMPUR 2 Dis Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong menyatakan penghargaan kepada pihak berkuasa Malaysia dan Thailand atas bantuan segera yang di...
Kisah Pengembara Malaysia Bantu Pemilik Kedai Halal Di Jinan Raih Perhatian Ramai

Kisah Pengembara Malaysia Bantu Pemilik Kedai Halal Di Jinan Raih Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 146 hits
XINJIANG Ada kalanya dalam perjalanan kita di negara asing Tuhan menghadirkan momen kecil yang menyentuh jiwa detik yang mengingatkan bahawa kebaikan itu wujud di mana mana walaupun antara dua insan yang langsung tidak berkongsi bahasa Begi...
1mdb 12 Lukisan Bernilai Lebih Usd30 Juta Akan Dikembalikan Kepada Malaysia Sprm

1mdb 12 Lukisan Bernilai Lebih Usd30 Juta Akan Dikembalikan Kepada Malaysia Sprm

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 116 hits
1MDB 12 Lukisan Bernilai Lebih USD30 Juta Akan Dikembalikan Kepada Malaysia SPRM PUTRAJAYA 13 Dis Sejumlah lukisan bernilai tinggi dikaitkan dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad yang kini berada di bawah kawalan Jabatan Keha...
Hantar Bantuan Skala Besar Ke Aceh Warga Indonesia Terharu Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia

Hantar Bantuan Skala Besar Ke Aceh Warga Indonesia Terharu Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 144 hits
Hantar Bantuan Skala Besar Ke Aceh Warga Indonesia Terharu Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia Becana alam yang melanda Nusantara termasuk Ribut Tropika Senyar baru baru ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam ke atas rantau Asia Tenggara ...
Mat Saleh Speechless Terima Surat Dari Kedai Makan Malaysia

Mat Saleh Speechless Terima Surat Dari Kedai Makan Malaysia

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 187 hits
Mat Saleh Speechless Terima Surat Dari Kedai Makan Malaysia Malaysia sememangnya terkenal sebagai destinasi pilihan pelancong dari seluruh dunia Ada yang datang untuk belajar dan bekerja ada pula yang sekadar ingin bercuti seketika daripada...
Will Malaysia Inspired Halal Cruises Go The Same Way As Airline Counterpart Unsustainable Go Bust

Will Malaysia Inspired Halal Cruises Go The Same Way As Airline Counterpart Unsustainable Go Bust

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 171 hits
THE market for Muslim friendly hospitality and tourism services is fast expanding So much so that Malaysia has launched is first Muslim friendly cruise on board MV Piano Land which commenced its maiden voyage from Port Klang yesterday to Pe...
Platform Media Sosial Lebih 8 Juta Pengguna Di Malaysia Disifatkan Berdaftar Berkuat Kuasa 1 Januari 2026

Platform Media Sosial Lebih 8 Juta Pengguna Di Malaysia Disifatkan Berdaftar Berkuat Kuasa 1 Januari 2026

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 83 hits
Semua penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang mempunyai lapan juta atau lebih pengguna di Malaysia akan disifatkan berdaftar berkuat kuasa 1 Januari 2026 Selepas 8216 disifatkan berdaftar 8217 penyedia perkhidmatan terl...
Trump Sekali Lagi Cakap Pasal Malaysia

Trump Sekali Lagi Cakap Pasal Malaysia

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 111 hits
Trump Sekali Lagi Cakap Pasal Malaysia Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan hasratnya untuk melihat kereta ultra kompak dibina dan digunakan di AS selepas beliau melihat banyak model seumpamanya semasa lawatan ke Asia kira kira...
Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu

Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine

Bunga Telang Putih

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

Bermain Badminton Waktu Malam Boleh Dapat Serangan Jantung

Silenced In The Office Why Toronto Employees Delay Reporting Harassment And What It Costs Them

Shell Caf Kembali Dengan Lima Perisa Donat Premium Baharu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jom Makan Buffet Dinner Sempena Cuti Krismas Di Renaissance Johor Bahru

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

One More Seat Six Unforgettable Custom Sidecar Motorcycles

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026