Lawatan Sambil Kerja Ke Kuala Terengganu


 

Pada 20 September 2022 lalu, Abam Kie dan dua orang rakan guru iaitu Yuzailan dan Yusabri telah bertolak dari Tanah Merah, Kelantan ke Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu bagi menghadiri satu bengkel kerja anjuran JPN Kelantan. Kami bertolak pada jam 12.30 p.m. dan sampai di sana pada pukul 4.30 p.m. 

Bila sampai di sana, Abe Kie dipelawa oleh rakan guru, N, untuk tinggal sebilik dengannya. Hotel ini dah berusia 12 tahun dan bertaraf 2 bintang sahaja. Bilik paling murah RM188 semalam. Tapi untuk kakitangan awam dapat RM150 yang Abam Kie rasakan masih mahal. Foto di atas adalah pemandangan dari depan hotel. Jalan di sebelah sini tidak sibuk seperti di Kota Bharu. Cuma parkir hotel ini terhad. Jika nasib baik dapatlah parkir. Jika dah masuk parkir, janganlah keluar jalan2 sebab dikhuatiri bila balik nanti ruang itu sudah diambil orang!

Pemandangan dari belakang bilik hotel yang menghadap Sungai Terengganu dan Jambatan Sultan Mahmud. Sekali-sekala dapat melihat bot nelayan yang pulang dari menangkap ikan di lautan. 

Pada petang Selasa tu Abam Kie cuma berjalan2 ke waterfront sementara di belakang hotel tu. Kat waterfront ini ada banyak gerai yang menjual street food seperti sosej, burger, takoyaki, maggi kerabu, roti john dan lain2 lagi. Jika pada malam minggu lagi meriah dan 'happening' kat situ. Gambar di atas tu berlatarbelakang matahari terbenam. Indah bukan?

Pada malam pertama di hotel tu Abe Kie tidak boleh melelapkan mata walau sepicing pun kerana N berdengkur dengan kuat sekali sampai ke Subuh. Geram tul! It was very annoying and disgusting. Rasa macam nak siram air ke mukanya. Tapi sabar je la sebab N ni baik dengan Abe Kie cuma dengkurannya macam serombong kapal tu cukup menyeksakan dan membuatkan Abe Kie trauma untuk berkongsi bilik dengan siapa2 di hotel. Tapi dalam pada tak tidur lebih daripada 24 jam tu Abe Kie masih mengagahkan diri untuk mendengar taklimat oleh pegawai2 JPN sampai ke tengahari Rabu tu.  
Selepas lunch dan solat Zuhur baru Abe Kie terfikir untuk melawat anak saudara, Kak Long, yang memang menetap di KT ini dengan suami dan 4 orang anaknya. Lalu Abe Kie DM dia untuk menyatakan niat Abe Kie untuk berjalan2 ke rumahnya. Memang Abe Kie belum pernah ke rumahnya di KT ni. Kalau ke rumah kakak di Dungun tu memang selalu la. Foto di atas adalah rumah sewa Kak Long. 
Pada malam tu Kak Long datang mengambil ayah saudaranya ni di hotel. Sebelum sampai ke rumahnya di Kg Belukar Jambu, kami singgah makan di Chendering. Kami sampai di rumahnya pada jam 10.40 malam. Bual2 kejap, pukul 11 malam tu Abe Kie terus masuk tidur. Rumah sewanya kecil aje tapi selesa dan bersih. Rumahnya bersambung dengan bengkel kereta dimiliki suaminya, Sani. Mudahkan, rumah dan bengkel satu tempat je kan?
Keesokannya Abe Kie, Sani dan Kak Long makan nasi lemak sambal ikan tongkol sebelum menghantar Abe Kie ke hotel. Masa sampai tu sesi bengkel dah bermula tapi Abe Kie kena naik ke bilik jap untuk bersiap2. Tak apa lambat pun sebab hampir semua benda yang penceramah nak bagitahu tu dah Abe Kie sedia maklum. 
Sesi bengkel pada 22 Sept (Khamis) tu tamat pada jam 10.00 pagi. Abe Kie minum teh dan makan nasi goreng di hotel sebelum check out pada jam 11.00 am. Perjalanan pulang tu melalui Jalan Pantai sebab kami bertiga bercadang nak beli otak-otak, satar dan keropok lekor.  Lan yang drive berhenti di Kedai Keropok Bayu Enterprise yang terletak di Merang, Setiu untuk beli keropok. Di sinilah sejarah tercipta apabila kami terpaksa menunggu sehingga 90 minit untuk selesai membeli keropok! Orang yg beratur x la ramai tapi sorang2 tu beli banyak2 sampai RM60 sehinggakan pekerja kat situ x sempat nak menyiapkan keropok pada masa yang cepat. Jika anda jenis yang tak sabar, dinasihati agar mengelakkan kedai ini jika nak beli keropok ye? Jadi banyak masa kami terbuang di sini. Nasib baiklah keropoknya sedap. Jika x sedap memang menyumpah la Abe Kie kat kedai ni!
Perjalanan diteruskan sehingga kami berhenti solat jamak Zuhur dan Asar di Masjid Kg Penarik yang tersergam indah tu. Usai solat, kami meneruskan perjalan dan berhenti makan tomyam di Kg Anak Ikan, Besut. Masa tu dah pukul 3.15 pm. Mananya tak lapar weh!
Setelah perut pun dah kenyang perjalanan diteruskan ke Tanah Merah dalam cuaca mendung disusuli hujan yang sederhana. Alhamdulillah. Abe Kie selamat sampai di rumah pada jam 5.20 pm. What a long journey! 










www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2022/09/lawatan-sambil-kerja-ke-kuala-terengganu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Dagang Kak Yah Bukit Besar Kuala Terengganu

Nasi Dagang Kak Yah Bukit Besar Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 363 hits
Nasi Dagang Kak Yah Bukit BesarAku tak sempat makan nasi dagang Kak Yah ni sebab masa aku datang ni dalam pukul 9 pagi nasi dah habis Aku just ambil gambar je la sekeping Asal nak pergi makan nasi dagang atas tol pun habis awal gak Kalau na...
Sarapan Pagi Di Pasar Payang Kuala Terengganu

Sarapan Pagi Di Pasar Payang Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 530 hits
Pasar Payang Kuala TerengganuNi kira aku datang kali kedua pasar payang yang baru ni kali pertama pada 2019 Masa tu kira baru buka je Pasar Payang yang baru ni Pasar Payang yang lama pun aku sempat la terjah Masa tu Pasar Payang bangunan la...
Makan Celup Tepung Di Warung Adik Beradik Kuala Terengganu

Makan Celup Tepung Di Warung Adik Beradik Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 270 hits
Warung Adik Beradik Celup TepungKalau pergi Terengganu korang wajib try makan celup tepung diorang Tak kira la sama ada ikan celup tepung udang celup tepung sotong celup sotong ketam celup tepung dan sebagainya Sebenarnya asal aku nak makan...
Sukma Sabah Draws With Terengganu In Opening Football Match

Sukma Sabah Draws With Terengganu In Opening Football Match

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 182 hits
Adzrien Harun BANGI Sabah threw away a two goal lead as they opened their Malaysia Games football campaign in Group C with a 2 2 draw against Terengganu today Mohd Nezemizan Naslon scored in each half to give Sabah a heathy lead but Mu
Siap Sedia Epik High Umum Konsert Jelajah Dunia Di Kuala Lumpur Disember Ini

Siap Sedia Epik High Umum Konsert Jelajah Dunia Di Kuala Lumpur Disember Ini

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 176 hits
Nampaknya ada ramai artis Korea yang akan melawat Malaysia untuk berjumpa dengan peminat pada tahun ini ARTIKEL BERKAITAN Selepas Lay EXO dan Kang Daniel yang telah mengumumkan rancangan mereka untuk mengadakan konsert jelajah dunia di Mala...
Jamboo Cafe Di Kuala Lumpur Cafe Yang Cantik Dengan Menu Sihat Yang Menarik

Jamboo Cafe Di Kuala Lumpur Cafe Yang Cantik Dengan Menu Sihat Yang Menarik

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 324 hits
hai assalammualaikumJamboo Cafe Di Kuala Lumpur Cafe Yang Cantik Dan Menu Sihat Yang Menarik Salah satu cafe menarik di Kuala Lumpur yang korang kena pergi Masa ni sebenarnya nak ke Kleptokrat Cafe tapi disebabkan ramai beratur nad dengan k...
Kubur Tentera British Pasir Tambang Kuala Tembeling Jerantut

Kubur Tentera British Pasir Tambang Kuala Tembeling Jerantut

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 408 hits
Kubur tentera British kolonial British di Kampung Pasir Tambang Kuala Tembeling Jerantut Kisah yang terkait disini tercetusnya peristiwa serangan oleh Pahlawan Melayu Pahang Mat Kilau ke atas kubu British di Pasir Tambang Kuala Tembeling Sa...
Top 5 Fast Food Restaurants In Kuala Lumpur

Top 5 Fast Food Restaurants In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 353 hits
AssalamualaikumHarini saya nak share dengan korang Top 5 Fast Food Restaurants in KL 4 Fingers Crispy ChickenMungkin ramai yang dah pernah makan 4 Fingers Crispy Chicken ni maklumlah Kpop style siapa tak suka kan hehe Tapi mungkin ada yang ...
Kenyir Lake Terengganu Forestry Dept Temporarily Halts Logging Work

Kenyir Lake Terengganu Forestry Dept Temporarily Halts Logging Work

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 223 hits
The Terengganu Forestry Department has taken swift action by temporarily halting logging activities in the area near Kenyir Lake which is alleged to be the cause of water at Sungai Lasir Waterfall turning murky State Tourism Culture and Inf...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba