Top 5 Fast Food Restaurants In Kuala Lumpur
Assalamualaikum
Harini saya nak share dengan korang Top 5 Fast Food Restaurants in KL!
4 Fingers Crispy Chicken
Mungkin ramai yang dah pernah makan 4 Fingers Crispy Chicken ni maklumlah Kpop style siapa tak suka kan..hehe Tapi, mungkin ada yang tak pernah cuba lagi 4 fingers Crispy Chicken ni so kat sini saya akan share kan serba sedikit menu istimewa yang terdapat di restoran ni.
Kalau korang nak tahu, harga dia bagi saya agak mahal sedikit maklumlah saya compare dengan ayam KFC and McD kan. Rasa dia pon sedap juga. Tapi saya kurang gemar makan kat restoran dia sebab kerusi dia agak kurang selesa and tak sesuai untuk lepak lama2. Nasib baik boleh order online.
McDonald
Seterusnya siapa yang tak kenal dengan McDonald's! Ianya mempunyai apa yang anda cari. McD ni kalau kita lihat mereka gemar membawa kelainan dalam menu mereka dan mostly menu dia ikut musim. Kalau dah ikut musim ni nasibla siapa sempat merasa kan hehe.. Macam saya kadang2 kurang alert jadinya asyik terlepas je menu baru di McD.
Tapi jangan risau sebab burger favourite saya sentiasa ada contoh Big Mac, Double Cheese Burger and now dah ada Triple Cheese Burger!! Yummeyh!! Yang bestnya, McD pon dah boleh order online tau! Kan mudah gitu
KFC
KFC merupakan antara salah satu restoran makanan segara yang sangat terkenal di Malaysia kerana ayam gorengnya yang sedap dan disukai ramai. Dari kecil sampailah ke besar memang satu family sukakan KFC! Asal dapat gaji je itulah makanan yang dipesan. Hehe. Sedap hingga menjilat jari!
Ayamnya diperap menggunakan tepung serta rempah rahsia mereka sebelum dimasak dengan minyak panas menjadi kegilaan ramai tidak kira tua atau muda. Sekarang dah tak perlu beratur panjang dah kalau nak beli KFC sebab boleh juga dipesan atas talian!
Subway
Ok siapa yang tak kenal dengan Restoran Subway kan? Terkenal dengan resipi sihat yang dihidangkan dalam bentuk sandwich mahupun roti pita. Saya memang gemar makan ni sebab sukakan sayur dan sos yang bermacam jenis dalam satu sandwich. Memang ianya digelar restoran fast food dan biasanya kalau fast food je mesti kurang sihat bukan?
Tapi saya rasa yang ini special sikit sebab dia banyak sayuran dalam sandwich hehe. Depends macam mana korang pilih inti dalam sandwich sebab sos yang bermacam-macam dan berlebihan nanti jadi kurang sihat plak kan. Hehe..Then, kalau order yang set boleh pilih snack contoh cookies atau chips! Of course la saya pilih dark chocolate cookies. Memang sedap.
Nandos
Nandos ni salah satu makanan segera yang digemari keluarga saya. Selain Subway, Nandos ni pon saya kira ianya makanan fast food yang agak sihat sebab hampir semua makanannya di grill. Jika kena dengan cara yang betul, ayam yang di grill akan rangup diluar dan empuk di dalam memang nyumeyh!
Nandos ni kalau korang nak tahu hampir semua makanan diperap dan dicampur dengan lemon termasuklah sos yang dilevel dari biasa hingga lah paling pedas! Saya suka campurkan garlic, sos paling pedas dan sos tomato makan dengan ayam. Memang sedap!
Itulah kelainan nandos yang mungkin ramai tak tahu. Hehe. Korang yang segan silu nak makan kat restoran dia sebab nampak mewah kan, bolehla nanti order online jje senang. Hehe.
So, itulah antara top 5 fast food restaurant in Kuala Lumpur. Apa yang paling bestnya ialah kesemua fast food tu korang boleh pesan atas talian dalam satu apps sahaja melalui Fast Food Delivery Malaysia, FoodPanda!
Kiranya Top 5 Fast Food Restaurant in Kuala Lumpur ada FoodPanda Malaysia Delivery yang sangat pantas untuk kita! Mudah bukan? Tak perlu lagi nak install banyak apps dalam handphone dah.
Yela, sekarang semua boleh akses di hujung jari dalam satu aplikasi je mudah, cepat dan superb! Fuhh lapar plak rasanya.. Jomlah order cepat!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.cinqleafclover.com/2020/02/top-5-fast-food-restaurants-in-kuala.html