Masak Nasi Ayam Sup Ceker


 Assalamualaikum WBT 


MASIH tertanya-tanya, macam mana Sk boleh kena vertigo yang teruk pada dua minggu lepas. Doktor pun tak cakap Sk keracunan makanan atau sebab apa. Sk kalau keracunan biasanya akan kena ceri-beri dan tidak pernah pun disertai dengan muntah apatah lagi vertigo. Lalu, Sk pun membuat carian tentang kaitan vertigo dengan keracunan makanan dan inilah dapatan Sk.


Soalan: Bolehkah keracunan makanan menyebabkan vertigo?


Jawapan: Ya, vertigo boleh berlaku akibat keracunan makanan, terutamanya jika ia melibatkan toksin bakteria seperti Clostridium botulinum (dalam makanan teroksidasi), yang menyebabkan gejala neurologi seperti pening kepala berputar (vertigo), pandangan kabur dan lemah badan, selain gejala cirit-birit biasa keracunan makanan. Makanan tinggi MSG, gula, garam, kafein atau alkohol juga boleh memicu atau memburukkan vertigo kerana menjejaskan keseimbangan cecair dan saraf, jadi mengelakkan makanan ini penting untuk pengidap vertigo. 


Disebabkan Sk bukanlah pengidap vertigo, Sk buat pulak carian berkenaan clostridium botulinum dan ini pulak dapatannya...
Clostridium botulinum terdapat dalam makanan yang diproses tidak betul, terutamanya makanan kalengan (sayuran rendah asid, buah-buahan, ikan) atau makanan yang diawet/ditapai secara buatan sendiri, serta madu (berbahaya untuk bayi di bawah 1 tahun) dan minyak infusi bawang putih kerana bakteria ini hidup subur dalam persekitaran tanpa oksigen dan menghasilkan toksin botulinum berbahaya. 



Alhamdulillah, selepas mendapat konsultan dari Dr Nadia di Klinik Yap & Partners Taman Pulai Mutiara, dah makan ubat muntah, ubat pening dan ubat untuk seimbangkan air dalam telinga, petang tu Sk dah boleh bangun masak kari daging. Esoknya pulak Sk masak Nasi Ayam sebab memang dah janji kan nak masak sup letak ceker banyak-banyak yang diberi kawan Angah, Kak Minah


PI beli ayam baru dekat pasar tani, minta dipotong empat. Sk rebus dua bahagian iaitu dada/kepak dan peha. Air rebusan tu digunakan untuk masak nasi ayam. Kali ni rajin pulak Sk menumis bawang dan masukkan dalam nasi. Selalu Sk lebur aje terus beras dan air rebusan ayam dalam rice cooker



Ayam ni rebus dalam 20 minit lepas tu perap dengan kicap soya, madu dan minyak bijan. Ni Sk rebus atas api sebab dalam periuk tekanan Sk dah guna untuk rebus kaki ayam. Selain kaki ada leher dan tulang selangka. Sk rebus tu awal pagi sebab kaki tu simpan dalam chiller aje daripada hari ambik hari Jumaat



Gambar yang atas tu bahagian dada dan kepak, yang ni pulak bahagian peha




Kicap ayam, daun sup dan daun bawang




Sup ceker. Tak letak apa sangat pun, tambah pokok daun bawang, daun sup dengan garam aje




Sos nasi ayam kena buat banyak. Ni letak 9 tangkai lada merah, seinci halia dan 4 ulas bawang putih, kisar halus, kemudian panaskan atas api. Untuk rasa masam Sk letak jus limau nipis dan cuka. Kemudian letak garam setengah sudu dan gula dua setengah sudu



Dua hari berturut makan nasi ayam, biasalah Sk kalau masak tu tak pandai nak masak sikit, sekali masak boleh makan dua kali, hihi. Lagipun lepas Sk sakit tu, PI kata, dah tak boleh makan kat kedai, makan kat rumah, masak simple pun tak apa. Iyolah tuuuuu, huhuhu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/12/masak-nasi-ayam-sup-ceker.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Ayam Masak Black Pepper

Resepi Ayam Masak Black Pepper

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 175 hits
AYAM MASAK BLACK PEPPERBahan bahan Resepi Ayam Masak Black Pepper 7 ketul ayam 6 ulas bawang merah ditumbuk2 ulas bawang putih ditumbuk 4 ulas cili padai ita tambah1 inci halia dihiris1 sudu kecil lada hitam2 sudu besar sos tiram4 sudu besa...
Nasi Ayam Briyani

Nasi Ayam Briyani

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 196 hits
Bahan bahan 6 cawan beras basmati guna cawan kecil kaca ikea1 paket kecil rempah empat sekawan sudu kecil lada hitam3 sudu besar besar minyak sapi adela vanaspati3 biji bawang kecil dipotong 24 biji bawang putih tanpa hiris2 helai daun pand...
Ayam Masak Merah St Ives

Ayam Masak Merah St Ives

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 172 hits
Saya ingin kongsikan petikan dari video oleh Tokku Pasir Gudang berkenaan kelebihan orang melakukan qiamullail Bila Allah himpunkan semua makhluk lalu Malaikat disuruh seru sambil berkata hari ini semua ni akan tahu siapa yang layak mendapa...
Resipi Sup Ayam Lobak Mudah 10 Minit

Resipi Sup Ayam Lobak Mudah 10 Minit

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 198 hits
Kalau kau tengah dalam misi nak kurangkan berat badan tapi masih nak makan sedap dan kenyang jom aku kongsi resepi Sup Sihat Bantu Lawan Lapar Seharian Serius walaupun namanya sup kalau kena gaya boleh buat perut rasa puas sampai ke petang ...
Rrsepi Sup Ekor Ala Thai

Rrsepi Sup Ekor Ala Thai

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 202 hits
SUP EKOR ALA THAIBAHAN BAHANNYA 1 kilo ekor lembu3 sudu besar kicap sotong3 sudu besar cili kisar3 batang serai5 helai daun limau purut2 sudu bawang besar15 tangkai cili padi di belah dua3 sudu besar minyak masak2 biji limau nipis3 biji tom...
Nasi Goreng Ala Mak Semah

Nasi Goreng Ala Mak Semah

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 171 hits
Alhamdulillah hari ini saya menyediakan nasi goreng ala ala Mak Semah mak pada Datin Paduka Umie Aida Erma Fatima dan Betty Rahmad Katanya nasi goreng kegemaran Betty masa sekolah Saya biasa masak nasi goreng macam ni tapi bila nampak Mak S...
Nasi Dagang Atas Tol Terengganu Apa Istimewanya

Nasi Dagang Atas Tol Terengganu Apa Istimewanya

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 257 hits
Berikut cerita tentang Nasi Dagang Atas Tol satu tempat makan terkenal bagi penggemar hidangan tradisional di Terengganu Apa itu Nasi Dagang Atas Tol Nama Nasi Dagang Atas Tol merujuk kepada sebuah kedai restoran di Kampung Atas Tol Kuala T...
Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Hiburan Kita Fikir Orang Belakang Kalau Kereta Tu Mampuh Mu Lah Menyusahkan Orang Pemandu Treler

Realiti Suami Curang Yang Ramai Tak Berani Buka

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Resipi Kari Ayam Mamak Padu Ala Nasi Kandar Pekat Berempah Berlemak

Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Analisis Ekonomi Musang King Potensi Dan Cabaran Dalam Pasaran Durian

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York

Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju