Makan Di Mee Tarik Faizal Kong Kl Gateway Mall Kuala Lumpur


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Semoga semuanya berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Baiklah, kalau anda mengikuti aku di laman media sosial seperti Instagram, Facebook atau TikTok, pasti akan melihat ada satu video aku makan di sebuah restoran yang menyajikan makanan yang enak iaitu restoran Mee Tarik Faizal Kong @ KL Gateway Mall, Kuala Lumpur
APA YANG MENARIK DI MEE TARIK FAIZAL KONG ?
Alhamdulillah, baru-baru ini aku singgah dan mencuba makanan di restoran tersebut. Selepas habis waktu bekerja, aku dan rakan terus ke restoran ini, memandangkan lokasinya pun tidaklah jauh daripada tempat kerja. Disebabkan kami lapar, seharian tak makan dan mengidam pelbagai jenis makanan, jadi kami memilih untuk makan besar. Which is ada beberapa menu yang menarik yang telah dicuba. 

Berikut adalah menu yang aku cuba pada hari tersebut. Aku cuba berikan ulasan dan pengalaman aku sehabis baik ya. 
⭐ BRAISED BEEF NOODLE | RM18.35  💸
Ini adalah hidangan utama pada hari itu. Mee tarik yang kenyal, rasanya memang sedap, ditambah dengan kuah yang pekat. Aroma yang kuat, untuk aku mee dan kuah ini saling melengkapi. Selain itu, anda boleh lihat betapa banyaknya daging yang disertakan sekali. Memang berbaloi. Saiz hidangan juga besar, jadi memang puas untuk orang yang lapar & sukakan mee berkuah yang enak

⭐ CHICKEN SATAY | RM11.35  💸
Kalau aku datang je ke restoran Mee Tarik Faizal Kong, aku pasti akan order sate ayam ni. Ya, satenya memang sangat lain daripada sate-sate yang dijual di pasar malam atau restoran tepi jalan. Saiznya memang besar, lepas itu, rasa rempah perapannya tu memang sedap. Ada rasa smoky juga. Bagi aku memang berbaloi

⭐ GREEN PEPPER WITH FRIED CUMIN CHICKEN BURGER | RM9.05  💸 & ⭐ GREEN PEPPER WITH FRIED CUMIN BEEF BURGER  | RM10.20  💸


Ini juga salah satu menu favourite aku. Nampak macam saiz burgernya kecik kan? Jangan tertipu, walaupun saiz sebegitu, rotinya yang lembut ditambah dengan isi yang padat, memang sedap. Ini adalah Chinese Burger, jadi rotinya tidaklah seperti burger-burger di warung. Memang sedap

⭐ CHICKEN DUMPLINS | RM11.35  💸
Disebabkan dah lama tak makan dumplings, kali ini aku cubalah. Okay, dalam satu set hidangan ada 8 biji dumplings, turut disertakan sup untuk kita makan bersama. Rasanya memang lembut, inti yang sedap dan berperasa. Memang lengkap dan sedap dimakan bersama sup. 
⭐ BEEF BALL'S SOUP | RM14.85  💸
Aku juga memesan menu ini, untuk dimakan bersama nasi goreng. Untuk satu hidangan ini mempunyai sebanyak 10 bebola daging. Saiznya agak sederhana, tidak besar sangat dan tidaklah kecil sangat. Sup pula memang mempunya rasa yang sedap, penuh dengan sayur dan sememangnya menyihatkan. 
⭐ HUNAN SPICY FRIED RICE WITH CHICKEN | RM18.35  💸
Inilah nasi goreng yang aku sebut sebelum ini.  First time sebenarnya aku cuba dan rasanya memang pedas. Dari segi rupa nampak biasa-biasa sahaja, tetapi ia memang pedas. Mempunyai potongan ayam yang sangat banyak. Memang berbaloi, saiz hidangan pun besar. 
⭐ DAGING PERAP | RM4.65  💸
Aku juga turut memesan daging perap untuk dimakan dengan nasi goreng tadi. Okay, sebenarnya sebelum ini di cawangan lain, aku pernah memesan daging perap ini, tetapi saiz hidangannya lebih banyak. Mungkin sekarang dah tukar. Tapi rasanya masih sama & masih sedap. 
Untuk air pula aku tak sempat tangkap gambar sebab air yang aku order adalah air Soft Drink free flow. Harganya adalah RM8.00 sahaja. 
SECARA KESELURUHANNYA, menu yang paling aku suka adalah Braised Beef Noodle, sebab aku dapat rasa mee tarik yang kenyal dengan aroma yang enak daripada kuahnya. Selain itu, aku juga suka dengan chinese burger, gabungan patty roti dengan isi dalam burgernya sangat serasi dan sedap. 
Kepada anda yang belum pernah singgah ke mana-mana cawangan Mee Tarik Faizal Kong, anda bolehlah ke cawangan yang berdekatan sekarang

TENTANG MEE TARIK FAIZAL KONGMee Tarik Faizal Kong, sebuah jenama terkemuka dalam industri F&B, membuka cawangan berjenama pertamanya pada tahun 2023 dan telah menunjukkan pertumbuhan yang pesat sejak itu. Dengan matlamat untuk memperluas ke 30 cawangan menjelang 2025, jenama ini berada dalam perjalanan yang menarik untuk membawa mi tarik unik mereka kepada lebih ramai pencinta makanan.
MEE TARIK FAIZAL KONG @ KL GATEWAY
Lokasi : Lot LG1.09, Pusat Beli Belah KL Gateway, 2, Jalan Kerinchi, Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur
Senarai Menu : https://faizalkong.com/menu/

SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2025/12/makan-di-mee-tarik-faizal-kong-kl.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
First Expression Di Suria Klcc Kuala Lumpur

First Expression Di Suria Klcc Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 251 hits
Ketibaan kami di Suria KLCC hajat dan niat berjalan jalan petang 03 12 2025 terkabul juga Mula2 tengok apa suri hati pegang tu tak tahu apa Bila ku amati rupanya sikutan baby baru tahusituasi ketibaan kami di KLC Tiba Di KLCC Jam 5 40 Petan...
Malam Indah Bahagia Terasa Di Suria Klcc Kuala Lumpur 3 12 2025

Malam Indah Bahagia Terasa Di Suria Klcc Kuala Lumpur 3 12 2025

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 238 hits
Gambar berbicara cantik struktur KLCCMalam Indah Bahagia Terasa Di Suria KLCC Kuala Lumpur Ketibaan kami di KLCC tiada yang menyambut melainkan Etuza hanya beranggapan SURIA KLCC seolah welcoming kami dari Sabah pada 03 12 2025 bersamaan ha...
Monopoly Edisi Kuala Lumpur Dilancarkan Secara Rasmi Di Klia Bagi Memulakan Kempen Melawat Malaysia 2026

Monopoly Edisi Kuala Lumpur Dilancarkan Secara Rasmi Di Klia Bagi Memulakan Kempen Melawat Malaysia 2026

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 263 hits
MONOPOLY Edisi Kuala Lumpur Dilancarkan Secara Rasmi Di KLIA Bagi Memulakan Kempen Melawat Malaysia 2026 KUALA LUMPUR 28 NOVEMBER 2025 Permainan papan paling popular di dunia MONOPOLY telah melancarkan Kuala Lumpur Edition satu penghormatan...
The Food Merchant Melebarkan Sayap Ke Pavilion Kuala Lumpur

The Food Merchant Melebarkan Sayap Ke Pavilion Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 230 hits
Para pembeli boleh mendapatkan hadiah misteri yang istimewa sempena pembukaan aiskrim percuma serta menikmati pelbagai cita rasa global dari 27 November hingga 21 Disember 2025 Saat yang paling menggembirakan tahun ini menjadi semakin menar...
Anggota Bomba Hong Kong Menyelamatkan Haiwan Peliharaan Dari Kebakaran Maut Menyatukan Semula Dengan Pemiliknya

Anggota Bomba Hong Kong Menyelamatkan Haiwan Peliharaan Dari Kebakaran Maut Menyatukan Semula Dengan Pemiliknya

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 155 hits
Pihak bomba di Hong Kong menyelamatkan haiwan peliharaan yang dicintai daripada kebakaran pangsapuri yang mematikan menyatukan mereka semula dengan pemilik selepas kebakaran selama 40 jam yang meragut 151 nyawa HONG KONG Panggilan daripada ...
Syed Faizal Berkongsi 11 Produk Kesukaannya Di Tahun 2025

Syed Faizal Berkongsi 11 Produk Kesukaannya Di Tahun 2025

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 196 hits
Syed Faizal bukanlah nama asing dalam dunia solekan tanah air Selain bergerak aktif sebagai jurusolek selebriti dia juga mengusahakan jenama kecantikannya sendiri Syed Faizal Beauty Figura ini juga pernah dipilih sebagai Jurusolek Selebriti...
Bangunan Kediaman Di Hong Kong Terbakar 13 Orang Disahkan Terkorban

Bangunan Kediaman Di Hong Kong Terbakar 13 Orang Disahkan Terkorban

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 171 hits
Bangunan Kediaman Di Hong Kong Terbakar 13 Orang Disahkan Terkorban Satu kebakaran besar telah memusnahkan beberapa blok kediaman bertingkat tinggi di sebuah kawasan perumahan di Hong Kong pada Rabu mengakibatkan sekurang kurangnya 13 orang...
Kebakaran Apartment Hong Kong Angka Korban Meningkat Kepada 94 Orang Puluhan Masih Hilang

Kebakaran Apartment Hong Kong Angka Korban Meningkat Kepada 94 Orang Puluhan Masih Hilang

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 173 hits
Kebakaran Apartment Hong Kong Angka Korban Meningkat Kepada 94 Orang Puluhan Masih Hilang Pasukan bomba giat melaksanakan operasi pencarian di blok apartment terakhir dalam kawasan perumahan yang terbakar dalam isiden kebakaran terburuk Hon...
Sanusi Kedah S Claim Over Penang Goes Beyond Hong Kong China Special Territory Proposal

Sanusi Kedah S Claim Over Penang Goes Beyond Hong Kong China Special Territory Proposal

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 159 hits
The Kedah government has broader plans regarding its claim over Penang beyond a suggested proposal to designate the state as a special territory similar to Hong Kong s status with China Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor howeve...
Perlawanan Separuh Akhir Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025 Siapa Yang Akan Melangkah Ke Pentas Akhir

1mdb Court Finds Najib Guilty On Cbt Charges

High Court To Announce Verdict In Najib Razak S 1mdb Trial

Blogger Adam Dan Hawa Diberikah Hadiah Komentartor Teratas Anda Telah Terpilih

Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

Kes 1mdb Najib Razak Didapati Bersalah

Senarai Filem Melayu 2026

Stablecoin Dan Singapura Membangun Ekosistem Kewangan Digital Yang Kukuh


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Quick Diet Dinner Recipes Veg

Tanggungjawab Yang Hilang Arah

Vicky Salamor Cinta Beda Agama Chord

Angka Yang Tidak Pernah Menjerit

Seller Luah Rasa Banyak Parcel Return Netizen Ingatkan Kesan Pada Peniaga Kecil

Kalau Selalu Ugut Tapi Tak Keluar Pun Ugutan Akan Jadi Tumpul