Latheefa Koya Ketuai Sprm Satu Lantikan Politik Tidak Tepati Janji Ph Anwar



KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu memberi penjelasan sewajarnya berhubung keputusan kerajaan melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.
Menurut The Star Online yang memetik Bernama, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penjelasan mengenai perkara berkenaan penting apatah lagi pelantikan Latheefa bukan sahaja didakwa tidak bertepatan dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) dan Akta SPRM, malah tidak dimaklumkan kepada barisan Kabinet.
Anwar turut mengatakan beliau hanya mengetahuinya melalui pengumuman yang dibuat dan dilakukan sepenuhnya oleh Dr. Mahathir.
“Sudah tentu penjelasan sewajarnya diperlukan kerana perkara ini adalah apa yang kita janjikan tetapi mestilah melalui forum teratur seperti dalam Kabinet atau Majlis Kepemimpinan PH jika kita mahukan penjelasan sebenar.
“(Pelantikan) itu dilihat sebagai lantikan politik dan janji manifesto tidak dilaksanakan. Saya rasa penting rakyat mendapat penjelasan mengapa manifesto tidak dihormati dan diberi perhatian walaupun saya rasa Latheefa memenuhi segala kelayakan bagi jawatan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Hari Raya Perdana di Masjid Kubang Semang, Permatang Pauh, semalam.
Latheefa dilantik mengetuai SPRM berkuat kuasa 1 Jun lalu menggantikan Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull yang memendekkan tempoh kontrak perkhidmatannya.
Pelantikan Latheefa yang juga bekas Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM didakwa tidak menepati manifesto PH yang melarang pelantikan dalam kalangan ahli politik.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson memberitahu, beliau telah bersetuju untuk memberi ruang dan masa kepada Dr. Mahathir bagi memberi penjelasan dalam platform yang betul.
“Apa-apa pun, tanggungjawab kita adalah untuk memastikan pentadbiran kerajaan berjalan dengan efektif dan kita komited untuk menyokong kerajaan di bawah kepemimpinan Dr. Mahathir.
“Kita juga akan terus memastikan SPRM kekal bebas dan sesiapa yang diberi tanggungjawab perlu profesional serta tidak terpengaruh dengan apa jua pertalian politik. Kebimbangan ini telah pun disuarakan,” ujarnya.
Anwar juga memaklumkan peletakan jawatan Latheefa sebagai ahli PKR telah diterima parti dan tidak akan menimbulkan sebarang isu. – UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2019/06/latheefa-koya-ketuai-sprm-satu-lantikan-politik-tidak-tepati-janji-ph-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayangkan Apa Reaksi Tun M Jika Lantikan Politik Ketuai Sprm Ini Dilakukan Oleh Najib

Bayangkan Apa Reaksi Tun M Jika Lantikan Politik Ketuai Sprm Ini Dilakukan Oleh Najib

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 511 hits
Kritikan veteran DAP Lim Kit Siang berhubung lantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dilihat amat tepat dan terbaik sekali Kata beliau perlantikan yang dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad itu meskipun tidak menyalahi undang undan...
Kenapa Latheefa Koya Dipilih Ketuai Sprm

Kenapa Latheefa Koya Dipilih Ketuai Sprm

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 534 hits
Pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mencetuskan pelbagai polemik dan konflik di kalangan pemerhati politik negara serta pemimpin parti Latheefa diberi mandat sejak 1 Jun lalu untuk memeg...
Penganalisis Pelantikan Latheefa Ketuai Sprm Bukan Konspirasi Sekat Anwar

Penganalisis Pelantikan Latheefa Ketuai Sprm Bukan Konspirasi Sekat Anwar

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 544 hits
Penganalisis menolak andaian bahawa pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM merupakan konspirasi besar untuk menghalang Anwar menjadi perdana menteri menggantikan Dr Mahathir Mohamad PETALING JAYA Penganalisis menolak andaia...
Pelantikan Latheefa Koya Bolehkah Sprm Jadi Badan Bebas

Pelantikan Latheefa Koya Bolehkah Sprm Jadi Badan Bebas

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 510 hits
KUALA LUMPUR 4 Jun 8211 Perlantikan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baharu untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 1 Jun 2019 menja...
Latheefa Koya Sudah Bukan Orang Parti Politik

Latheefa Koya Sudah Bukan Orang Parti Politik

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 869 hits
JANGAN TAKUT LE LATHEEFA ORANG BAIK SPRM ikrar sokong KP baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berikrar akan menyokong ketua pesuruhjaya baru Latheefa Koya yang lantikannya berkuat kuasa pada 1 Jun ini Presiden MCA Saya risaukan Anwar...
Anwar Gesa Terima Keputusan Pm Beri Latheefa Ruang Jalankan Tugas Sebagai Kp Sprm

Anwar Gesa Terima Keputusan Pm Beri Latheefa Ruang Jalankan Tugas Sebagai Kp Sprm

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 357 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan memberi sokongan penuh terhadap keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad melantik peguam Latheefa Koya untuk mengetuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia meskipun perkara itu ditentang oleh segelintir pemimp...
Kontroversi Pelantikan Latheefa Beebi Koya Sebagai Ketua Pesuruhjaya Sprm

Kontroversi Pelantikan Latheefa Beebi Koya Sebagai Ketua Pesuruhjaya Sprm

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 517 hits
Sudah lebih dari setahun Pakatan Harapan mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan dan berikutan itu pelbagai perubahan yang telah dilakukan bagi membina negara yang lebih berdaya saing dan bebas rasuah namun segala tindakan yang dilakukan ...
Pas Sokong Latheefa Koya Mengepalai Sprm

Pas Sokong Latheefa Koya Mengepalai Sprm

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 813 hits
Nik Nazmi sokong petisyen gesa Latheefa letak jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Nik Nazmi Nik Ahmad tetap menyeru orang ramai Latheefa Koya meletakkan jawatan sebagai ketua pesuruhjaya SPRM meskipun Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ...
Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Rahsia Bentuk Dan Warna Kulit Telur Panduan Bijak Pilih Telur Segar

Friends Will Not Get Offended Easily Says Indonesian Envoy After Rtm Broadcast Mix Up

Tips Beli Powerbank Kapasiti Jenama Ciri Keselamatan Yang Perlu Tahu

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades

Pau Sambal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lapar Awal Pagi Ini

Maklumat Penutupan Kk Mahmoodiah Dan Arah Tuju Kes Ringan

Penghargaan Kepada Pejuang Kental Tetap Berdaya Walau Dalam Keadaan Sukar

Pengantar Kepada Ketahanan Mental Dan Emosi

Pemimpin Bersatu Tuntut Rm1 Juta Daripada Rakan Separti Atas Video Fb

Dream Beyond Borders Maldivian Music Takes Centre Stage In Malaysia This November