Lara Jadi Bff Daddy Selalu Buat Kejutan Bagi Kad Ucap I Love You
Lara Alana yang kini mencecah usia 5 tahun ibarat best friend daddynya, Awal Ashari kerana hubungan mereka berdua sangat rapat dan Lara pun suka membuat kejutan pada daddynya.
Menurut Awal, apa yang dilakukan pada Lara adalah untuk membalas kembali kesibukannya bekerja dan apabila ada masa terluang akan dimanfaatkan untuk melayan karenah Lara.
“Ramai yang kata bonding ayah dengan anak sejak kecil sebenarnya bagus kerana anak lebih bijak dan membesar dengan penuh rasa kasih sayang.
“Walaupun sering sibuk, ada masa terluang saya dan Scha akan layan Lara buat apa saja aktiviti menghiburkan. Bukan sepenuhnya menyerahkan tugas kepada pengasuh,” katanya.
Jika diikutkan tidak kira anak lelaki atau perempuan masing-masing memerlukan peranan seorang bapa dalam perkembangannya.
Mungkin bonding Awal dan Lara ini boleh dijadikan contoh untuk bapa-bapa yang lain kerana dalam posting di instagramnya sebelum ini dia selalu memanfaatkan masanya dengan Lara melalui beberapa cara ini.
PERJALANAN KE SEKOLAH
Boleh dikatakan Awal mengambil tugasan menghantar Lara ke sekolah setiap pagi. Jadi, waktu ini menjadi satu sesi untuk mereka berdua berbual-bual. Lara bebas untuk melontarkan idea dan Awal juga boleh bertanya apa sahaja kepada Lara. Seronok bila kedua-duanya bercakap dengan bahasa Inggeris.
Ini secara tidak langsung akan menggalakkan skil pergaulan, skil pertuturan dan perkembangan kognitif terutama sekali apabila si ayah mengajukan soalan-soalan yang agak rumit dan memerlukan penaakulan dan berfikir.
MEMBACA
Awal juga meluangkan masa bersama Lara bagi sesi membaca. Sekiranya ada salah sebutan, Awal akan memperbetulkannya. Jadi, ini bukan sahaja sesi pembelajaran, tapi juga merapatkan hubungan antara bapa dan anak.
PRETEND PLAY
Awal selalu ambil bahagian dalam permainan yang digunakan Lara. Mainan seperti masak-masak, anak patung dan macam-macam lagi. Pretend play atau main peranan ini sangat bagus untuk menggalakkan si kecil berimaginasi dan menajamkan skil bahasa.
BERMAIN DI LUAR RUMAH
Awal juga sering membawa Lara bersenam dan beriadah. Ini juga cara merapatkan hubungan antara mereka. Sambil mengeluarkan peluh, udara segar dan suasana menghijau memberikan mood yang baik.
WAKTU MAKAN
Walaupun Lara dah mula belajar berdikari sekali-sekala Awal ada juga menyuapnya untuk bagi berselera. Orang kata suapan ibu bapa ini mengeratkan hubungan anak. Apa yang boleh dipuji tentang Awal ini dia seorang daddy yang kreatif dan rajin melayan dan memujuk jika mood Lara tak berapa elok untuk makan. Seboleh-bolehnya dia akan buat apa saja untuk bagi Lara makan.
Selain itu, Awal juga akui sejak Lara dah pandai ni, dia selalu juga buat kejutan dengan memberi apa sahaja kad dengan lukisannya tersendiri untuk meluahkan rasa hati. Biasa dia tulis I Love You
https://kk-pama-asset.s3-ap-southeast-1.amazonaws.com/2019/07/whatsapp-video-2019-07-02-at-5.16.33-pm-02_57_022374.mp4
Kiranya bila dah dapat kad dari Lara daddy dan mummy akan faham apa yang Lara mahukan,” jelasnya.
Sumber: Instagram Lara Alana & Awal Ashari
The post Lara Jadi BFF Daddy. Selalu Buat Kejutan Bagi Kad Ucap I Love You appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/lara-jadi-bff-daddy-selalu-buat-kejutan-bagi-kad-ucap-i-love-you/