Lantai Tren Penuh Dengan Darah


 Oleh KOSMO!
SEBAHAGIAN penumpang yang mengalami kecederaan selepas tren LRT yang mereka naiki bertembung dengan tren lain berdekatan Stesen KLCC kelmarin.KUALA LUMPUR – Ramai menjerit meminta tolong dan me­raung kesakitan.
Itu suasana genting yang dialami 213 penumpang selepas dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya bertembung sesama sendiri di laluan terowong bawah tanah antara Stesen KLCC dan Stesen Kampung Baru, kira-kira pukul 8.45 malam kelmarin.
Seorang mangsa, Rizaril Haikal, 21, berkata, paling menyedihkan apabila dia menyaksikan sendiri detik-detik penumpang terpelanting sehingga ada yang berlumuran darah.
Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia menaiki tren di Stesen KLCC untuk ke stesen MRT bagi menukar laluan balik ke Damansara Damai.
“Saya tidak pasti apa yang berlaku sama ada pelanggaran atau perkara lain. Namun, hanya beberapa saat selepas tren bergerak, kami terdengar jeritan kuat dari penum­pang di gerabak hadapan manakala lampu di gerabak lain tiba-tiba terpadam.
“Insiden itu turut menyebabkan saya terpelanting beberapa meter hingga merempuh penumpang lain.
“Dalam kesakitan dan ketakutan, saya nampak kesan darah penumpang lain telah memenuhi lantai tren.
“Ramai yang menangis meminta tolong, nampak suasana dalam gerabak kelam-kabut dan semua panik ketika itu,” ujarnya yang berada di gerabak kedua terakhir ketika kejadian berlaku.
AFIQ LUQMANJelas Rizaril, sebelum kejadian, dia berdiri berdekatan pintu gerabak dan tidak sempat berpaut pada mana-mana tiang untuk menyelamatkan diri.
“Kejadian itu menyebabkan dahi saya koyak dan terpaksa menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur,” ujarnya yang bekerja sebagai promoter jualan.
Seorang lagi mangsa, Afiq Luqman Mohd. Baharudin, 27, berkata, sebelum kejadian berlaku, tren berhenti sangat lama di ste­sen LRT KLCC hampir 15 minit.
“Saya rasa pelik dan tidak sedap hati kerana biasanya tren tidak akan berhenti lama. Sebaik pintu tren tertutup, beberapa saat kemudian, saya terdengar dentuman kuat daripada gerabak paling hadapan.
“Pada mulanya saya ingat tren membrek secara mengejut, rupanya tren bertembung dengan tren lain,” ujar pekerja swasta itu.
Jelasnya, insiden itu menyebabkan ramai penumpang yang berdiri dan duduk tercampak serta terpelanting.
“Saya sendiri terperosok ke kerusi bersebelahan menyebabkan mata kiri saya terhantuk,” jelasnya. -K! ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/lantai-tren-penuh-dengan-darah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Darah Tangisan Dan Kaca Pecah Selepas 2 Tren Lrt Bertembung

Darah Tangisan Dan Kaca Pecah Selepas 2 Tren Lrt Bertembung

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 320 hits
Robin AugustinPasukan penyelamat membawa seorang penumpang cedera untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan segera PETALING JAYA Kami masuk ke koc dan ternampak darah serta kaca pecah Ramai yang cedera ada yang menangis keadaannya...
Reaksi Berbeza Selepas Tiada Lockdown Penuh

Reaksi Berbeza Selepas Tiada Lockdown Penuh

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 304 hits
May 22 2021 Majikan lega tiada lockdown penuh kerana perniagaan mereka boleh terus beroperasi sehingga perintah kawalan pergerakan berakhir PETALING JAYA Seorang ahli ekonomi bimbang dengan kekurangan strategi keluar daripada Covid 19 ketik...
Mef Majikan Swasta Lega K Jaan Ketatkan Sop Bukan Pkp Penuh

Mef Majikan Swasta Lega K Jaan Ketatkan Sop Bukan Pkp Penuh

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 332 hits
Persekutuan Majikan majikan Malaysia bersetuju dengan keputusan kerajaan melaksanakan penguatkuasaan prosedur operasi standard yang lebih ketat dalam sektor ekonomi dan sosial di kawasan yang terjejas teruk oleh COVID 19 dan bukannya mengum...
Hiburan Biasanya Orang Bersinar Ni Ramai Orang Dengki Sajat Tampil Beri Sokongan Penuh Buat Neelofa

Hiburan Biasanya Orang Bersinar Ni Ramai Orang Dengki Sajat Tampil Beri Sokongan Penuh Buat Neelofa

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 282 hits
Pengasas kosmetik penuh kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat tampil menyatakan sokongan penuh buat selebriti terkenal Noor Neelofa Ujar Sajat dia merasakan Neelofa sebagai seorang individu yang kuat dan...
Selain Pkp Penuh Yang Disertai Bantuan Menyeluruh Ia Adalah Kegagalan Dan Lebih Wajar Mahiaddin Letak Jawatan

Selain Pkp Penuh Yang Disertai Bantuan Menyeluruh Ia Adalah Kegagalan Dan Lebih Wajar Mahiaddin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 305 hits
Petang ini Majlis Keselamatan Negara atau MKN yang dipengerusikan Mahiaddin Md Yasin akan mengadakan mesyuarat untuk membuat keputusan sama ada mahu melaksanakan PKP penuh sekali lagi atau pun tidak Jika PKP penuh dilaksanakan ini bermakna ...
Pkp Penuh Perlu Dilaksanakan Di Kl Dan Negeri Kes Covid Tinggi

Pkp Penuh Perlu Dilaksanakan Di Kl Dan Negeri Kes Covid Tinggi

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 304 hits
MSO Nasihat dan cadangan pakar kesihatan agar dilaksanakan PKP sepenuhnya di Kuala Lumpur dan juga negeri yang kadar jangkitan tinggi perlu diberi perhatian Pihak kerajaan tidak perlu berfikir panjang apa lagi mengambil kira kesan politik s...
Pelaksanaan Pkp Penuh Perlu Pakej Bantuan Untuk Rakyat

Pelaksanaan Pkp Penuh Perlu Pakej Bantuan Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 378 hits
Perintah Kawalan Pergerakan secara penuh jika perlu dilaksanakan sekali lagi perlu disertakan pakej bantuan untuk rakyat dan peniaga kecil sama seperti dua PKP yang dilaksanakan sebelum ini Pakej bantuan atau rangsangan ekonomi berkenaan ti...
Spesifikasi Penuh Telefon Yes Altitude 3

Spesifikasi Penuh Telefon Yes Altitude 3

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 321 hits
Berikut merupakan antara perkongsian pembaca kami yang telah menerima telefon pintar untuk pakej Jaringan Prihatin mereka daripada telco Yes Paparan IPS 5 0 inci Pemproses empat teras 1 3GHz Android 10 Go Edition RAM 1GB Storan 8GB Kamera 8...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru

Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan

Nurul Izzah Mooted 2nd Deputy President S Post Says Rafizi