Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah
Langkawi Cruise – Pilihan Pakej & Cara Tempah
Anda pernah terfikir untuk menikmati keindahan senja di atas kapal sambil menyusuri perairan Langkawi yang menakjubkan? Jika ya, ini panduan berguna untuk anda.
Langkawi terkenal sebagai “Permata Kedah” yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk pelancong. Salah satu tarikan yang paling popular dan tidak boleh dilepaskan ialah menaiki Langkawi Cruise.
Ia memberi peluang kepada anda untuk menikmati pemandangan laut yang memukau sambil merasai pelayaran yang mewah.
Jom baca lebih lanjut mengenainya di bawah.
BACA JUGA: Aktiviti di Langkawi Untuk Seisi Keluarga – Waktu Operasi & Harga Tiket
Apa itu Langkawi Cruise?
Langkawi Cruise merujuk kepada pengalaman pelayaran yang ditawarkan di sekitar Pulau Langkawi, Malaysia.
Aktiviti ini biasanya melibatkan pelayaran di Laut Andaman; yang menawarkan pemandangan indah matahari terbenam, makanan yang sedap-sedap dan juga pelbagai aktiviti santai yang boleh dilakukan semasa pelayaran.
Pelayaran ini biasanya berlangsung pada waktu senja, memberikan pengunjung peluang untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan sambil berlayar di perairan Laut Andaman.
Terdapat beberapa jenis dan juga pakej pelayaran Langkawi Cruise yang anda boleh cuba berdasarkan minat dan bajet. Biasanya ia memerlukan anda melakukan tempahan terlebih dahulu. Setiap jenis pelayaran akan memberikan anda pengalaman unik dan tidak terlupakan.
Jenis Pakej Langkawi Cruise
Berikut adalah beberapa jenis Langkawi Cruise:
1. Sunset Cruise
Sunset Cruise Langkawi adalah pengalaman pelayaran yang menawarkan pemandangan matahari terbenam yang memukau di Laut Andaman. Pelayaran ini biasanya berlangsung selama 3 hingga 4 jam, bermula pada waktu petang sekitar jam 4 dan berakhir pada waktu malam.
Terdapat pelbagai pakej yang boleh dipilih, termasuk pakej ekonomi, standard, dan premium. Setiap pakej menawarkan macam-macam aktiviti serta kemudahan seperti bufet makan malam, minuman tidak terhad, dan pengalaman unik seperti jacuzzi ‘air masin’.
Pelayaran ini memberikan suasana romantik dan santai, menjadikannya pilihan ideal untuk pasangan, keluarga, dan kumpulan kecil.
2. Private Cruise
Private Cruise Langkawi menawarkan pengalaman pelayaran yang eksklusif dan peribadi di sekitar perairan Langkawi, memberikan peluang untuk menikmati keindahan pulau ini dengan cara yang unik dan mewah.
Dengan kapasiti sehingga 15 orang, anda akan menikmati kemewahan kapal layar yang dilengkapi dengan ruang tamu selesa, dek terbuka untuk bergambar, dan layanan peribadi.
Pelayaran ini biasanya berlangsung selama empat jam dan boleh disesuaikan mengikut keperluan pelanggan, sama ada pada waktu pagi, petang, atau semasa matahari terbenam. Dari segi harga, private cruise lebih mahal berbanding yang lain.
Ada macam-macam pakej yang anda boleh pilih termasuklah pakej yang menawarkan pilihan dengan atau tanpa makanan dan minuman, pilihan halal serta minuman beralkohol untuk bukan Muslim.
Private Cruise Langkawi sesuai untuk pasangan romantik, keluarga, atau kumpulan kecil yang ingin menikmati pengalaman pelayaran yang mewah sambil menikmati pemandangan laut.
3. Sightseeing Cruise on Kilim River
Pelayaran ini membawa anda menyusuri hutan bakau di Geopark Kilim iaitu salah satu tarikan UNESCO di Langkawi. Anda akan melihat formasi batu kapur yang unik, gua semula jadi, dan pelbagai spesies hidupan liar seperti monyet, helang, dan ikan pari.
Lawatan ini juga sering digabungkan dengan aktiviti memancing atau lawatan ke ladang ikan terapung. Aktiviti ini sesuai untuk pencinta alam dan keluarga yang membawa anak-anak kecil.
Sumber: Malaysia
Pelayaran Geopark Kilim adalah gabungan unik ekopelancongan, edupelancongan, dan geopelancongan. Ia menawarkan peluang untuk menikmati keindahan alam semula jadi Langkawi sambil mempelajari tentang kepentingan geologi dan ekologi kawasan tersebut.
4. Island Hopping
Gabungan antara pelayaran dan island hopping memberikan pengalaman yang lebih beraneka sekiranya anda ingin meneroka Pulau Langkawi dengan lebih mendalam.
Antara destinasi popular adalah Pulau Dayang Bunting, di mana anda boleh mandi di Tasik Dayang Bunting, serta Pulau Beras Basah yang terkenal dengan pantainya berpasir putih. Beberapa pakej pelayaran dan island hopping ini juga menawarkan aktiviti snorkeling atau menaiki jet ski.
Sumber: Hello Langkawi
Harga untuk pakej ini sangat berpatutan dan sesuai untuk keluarga, pasangan, atau kumpulan rakan yang ingin menikmati percutian yang santai dan menyeronokkan.
Syarikat yang Menyediakan Pakej Pelayaran Di Langkawi
Terdapat banyak syarikat yang menawarkan pakej pelayaran di Langkawi, antaranya ialah:
1. Langkawi Book
Langkawi Book menawarkan beberapa pakej Sunset Cruise yang berbeza termasuk Economy, Halal, Standard, dan Premium Sunset Cruise.
Sumber: Langkawi Book
Setiap pakej menawarkan pengalaman yang berbeza, dari pelayaran mesra bajet hingga pelayaran mewah dengan buffet BBQ dan minuman tanpa had.
2. Wise Cruise Langkawi
Wise Cruise Langkawi menawarkan pelbagai pakej pelayaran dengan fokus kepada pengalaman premium di sekitar Langkawi.
Sumber: Wise Cruise Langkawi
Ia sangat dikenali kerana perkhidmatannya yang berkualiti tinggi dan kru profesional yang memastikan keselamatan serta keselesaan pelanggannya.
Aktiviti pelayaran biasanya termasuk BBQ di atas kapal, pemandangan matahari terbenam, dan pilihan aktiviti air seperti berenang di “sea net” yang popular untuk bergambar.
3. Tropical Charters
Tropical Charters adalah salah satu syarikat terkenal di Langkawi yang menyediakan pelbagai pilihan pelayaran untuk pelancong.
Sumber: Tropical Charters
Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk Sunset Dinner Cruise, pelayaran mewah dengan pemandangan matahari terbenam yang indah di Laut Andaman. Selain itu, mereka juga menyediakan pakej khas seperti Day Cruise, yang sesuai untuk keluarga atau kumpulan.
Keunikan Tropical Charters terletak pada perkhidmatan ferry transfer mereka dari Langkawi ke Koh Lipe, Thailand. Laluan ini sangat popular di kalangan pelancong antarabangsa,
4. Danah Dispar Langkawi Tours
Sumber: Danah Dispar Langkawi Tours
Danah Dispar Langkawi Tours menawarkan pakej Private Cruise yang termasuk Sunset Cruise dan Day Cruise. Pakej ini sesuai untuk kumpulan kecil seperti keluarga atau syarikat yang mencari privasi. Terdapat pelbagai pilihan harga bergantung kepada kapasiti penumpang dan jenis kapal.
5. Crystal Yacht Holidays
Sumber: Crystal Yacht Holidays
Crystal Yacht Holidays merupakan antara penyedia pelayaran yang paling lama beroperasi di Langkawi, sejak tahun 1989. Mereka terkenal dengan pakej Sunset Dinner Cruise dan Geopark Day Cruise yang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan matahari terbenam serta menerokai Kilim Karst Geopark.
6. Naam Cruise
Naam Cruise terkenal dengan pakej pelayaran mewah seperti Sunset Cruise dan lawatan eksklusif ke lokasi tersembunyi sekitar Langkawi.
Sumber: Naam Adventure
Syarikat ini menawarkan kemudahan yang premium sepanjang pelayaran. Ia juga sering menjadi pilihan untuk acara istimewa seperti sambutan ulang tahun dan bulan madu.
Cara Menempah Langkawi Cruise
Untuk merasai pelayaran di Pulau Langkawi, anda boleh membuat tempahan melalui KLOOK. Caranya mudah sahaja, rujuk langkah berikut:
Klook.com
Kunjungi laman web Klook dan cari pakej Langkawi Sunset Dinner Cruise. Atau, taip dalam kotak carian di atas: Langkawi Cruise.
Pilih pakej yang sesuai dengan keperluan anda. Berikut adalah contoh pakej yang ditawarkan:
Pakej Asas Sunset Cruise
Pakej Sunset Dinner Cruise
Pakej Luxury Sunset Dinner Cruise
Pilih tarikh dan bilangan orang yang akan menyertai cruise.
Tambahkan tempahan ke troli dan teruskan ke pembayaran.
Masukkan kod promosi sekiranya ada.
Selesaikan pembayaran menggunakan kaedah pembayaran yang tersedia di Klook.
Setelah pembayaran selesai, anda akan menerima pengesahan tempahan melalui emel. Pastikan untuk membawa bukti tempahan semasa menaiki cruise.
Dengan Klook, pengalaman menempah Langkawi Cruise menjadi lebih lancar dan menyeronokkan!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/langkawi-cruise/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=langkawi-cruise