Lapan Konflik Menjadi Punca Pertengkaran Dan Cara Mengatasinya


 

Lapan konflik menjadi punca pertengkaran dan cara mengatasinya
 1. Pendapatan Pendapatan suami lebih besar daripada isteri sememangnya bukan perkara luar biasa. Namun, apabila berlaku sebaliknya masalah akan timbul
 Ini kerana suami akan berasa rendah diri kerana pendapatannya tidak dihargai manakala isteri berasa dirinya tunggak keluarga sehingga menjadi sombong dan tidak menghormati pasangannya
 Penyelesaian: Walaupun pendapatan isteri lebih besar daripada suami, cuba bersikap bijaksana dan tetap menghormatinya sebagai ketua keluarga. Hargai dirinya walau berapa pendapatan suami. Jika anda berterusan mempersoalkan pendapatannya, lama kelamaan dia bosan dan akan timbul pertengkaran
 2. Anak Ketidakhadiran anak dalam keluarga juga sering menimbulkan konflik berpanjangan antara pasangan. Mungkin selepas lima tahun perkahwinan, suami selalu menyalahkan isteri sebagai pihak yang mandul. Padahal, suami tidak mahu mendapatkan rawatan untuk mengetahui siapa yang bermasalah
 Penyelesaian: Berbincang secara baik dengan suami dan bersama-sama membuat pemeriksaan. Jika doktor mengatakan anda dan suami sihat, kenapa harus saling menuding jari? Mungkin Tuhan masih belum mahu memberikan rezeki kepada anda
 Tuhan juga ingin menguji kesabaran anda dan pasangan. Jika masih juga belum dikurniakan cahaya mata sehingga 10 tahun atau lebih, berbincanglah untuk mengambil anak angkat
 3. Campur tangan keluarga Kehadiran orang ketiga, misalnya adik ipar atau saudara-mara dalam keluarga kadang kala menimbulkan konflik dalam rumah tangga. Hal kecil yang sepatutnya tidak menjadi masalah berubah menjadi besar. Misalnya soal pemberian wang saku kepada adik ipar atau wang kepada ibu bapa
 Penyelesaian: Anda harus bersikap terbuka. Sebelum anda dan suami memberikan bantuan, sama ada untuk keluarga anda atau suami, bawa berbincang mengenai jumlah yang harus dikeluarkan dan siapa yang harus memberikan bantuan
 4. Seks Masalah seks turut menjadi titik bengik dalam perkahwinan. Biasanya suami sering mengadu mengenai ketidakpuasan selepas melayan isteri. Suami umumnya bersikap ego dan tidak mahu tahu. Pada hal, banyak perkara menyebabkan isteri bersikap seperti itu. Contohnya letih, tertekan dengan kerja di pejabat atau hamil
 Penyelesaian: Isteri atau suami yang mempunyai masalah hubungan seks dengan pasangan, sebaiknya berterus-terang. Ia dapat mengelakkan pasangan tidak curiga dan menerima keadaan seadanya
 5. Keyakinan Pasangan yang sudah berikrar untuk sehidup semati tidak mempersoalkan mengenai keyakinan mereka untuk mengharungi bahtera kehidupan. Namun, banyak persoalan timbul selepas berumah tangga sehingga penyebab berlakunya pergaduhan
 Penyelesaian: Tetap berpegang pada janji itu dan cuba untuk saling menghargai. Walaupun di pertengahan anda atau pasangan sepakat untuk memilih perpisahan, sebaiknya ia tiada paksaan
 6. Mentua Kehadiran mentua dalam rumah tangga sering menjadi masalah. Ini kerana ada anak yang terlalu mengikut cakap mentua sehingga mengabaikan isteri
 Penyelesaian Sekiranya anda tidak berkenan dengan komen atau teguran mentua, jangan tunjukkan riak wajah negatif di hadapannya. Cubalah berfikiran tenang, ajak suami bertukar fikiran suntuk mengatasi masalah
 7. Ragam berbeza Menyatukan dua hati, bererti menyatukan dua peribadi dan selera yang tentu saja berbeza. Misalnya suami seorang pendiam, sementara isteri peramah dan cerewet dan belum termasuk soal hobi atau bersukan serta pelbagai benda yang ketara perbezaannya
 Penyelesaian: Terima pasangan seadanya. Jika suami anda seorang pendiam, anda harus peramah. Cuba selami minat pasangan anda
 8. Komunikasi terbatas Pasangan suami isteri yang sama-sama sibuk biasanya tidak cukup waktu untuk berkomunikasi. Paling-paling mereka bertemu ketika hendak tidur. Kadangkala, untuk sarapan pagi atau makan malam pun masing-masing tiba lewat
 Kurangnya atau tiada waktu berkomunikasi menimbulkan pengertian salah. Ini kerana suami tidak tahu masalah isteri, demikian juga sebaliknya
 Penyelesaian: Sesibuk mana pun anda dan suami, tetapkan waktu untuk komitmen bahawa bersama keluarga adalah hal paling penting. Cari juga waktu bersama keluarga misalnya bersarapan dan makan malam bersama.  Demikian juga dengan hari berhibur. Usahakan untuk menikmatinya bersama keluarga. Walaupun anda dan suami bekerja seharian di luar rumah, namun keluarga tidak terabai sebaliknya keluarga dan karier harus seimbang
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2024/11/lapan-konflik-menjadi-punca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Itu Insomnia Punca Dan Cara Atasinya

Apa Itu Insomnia Punca Dan Cara Atasinya

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 160 hits
Insomnia adalah satu gangguan tidur yang membuatkan seseorang itu susah nak tidur atau tak boleh tidur lena walaupun ada peluang dan masa untuk berehat Tidur ni bukan sekadar kita tutup mata tapi ia adalah masa badan kita baiki sel sel memp...
Rani Dalam Ipar Adalah Maut Ketika Kehilangan Menjadi Punca Ketergelinciran

Rani Dalam Ipar Adalah Maut Ketika Kehilangan Menjadi Punca Ketergelinciran

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 119 hits
Dalam filem Ipar Adalah Maut watak Rani menonjol sebagai satu simbol kepada kerumitan jiwa manusia terutamanya yang dicengkam oleh trauma kekurangan kasih sayang dan pencarian identiti Filem ini bukan sekadar sebuah karya sinematik malah me...
Tanda Buah Pinggang Rosak Punca Dan Cara Mencegah

Tanda Buah Pinggang Rosak Punca Dan Cara Mencegah

papar berkaitan - pada 9/11/2024 - jumlah : 156 hits
Kesihatan buah pinggang adalah salah satu elemen penting yang setiap orang perlu titikberatkan demi menjalani hidup yang berkualiti Namun disebabkan kurangnya kesedaran ramai yang gagal untuk kenalpasti masalah ini pada tahap awal Menurut K...
Cara Mandi Wajib

Cara Mandi Wajib

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 100 hits
Cara mandi wajib Sahabat perlu tahu Hukum mandi setelah keluar air mani habis haid nifas atau wiladah adalah wajib ke atas orang Muslim untuk membersihkan diri daripada hadas besar Langkah mandi wajib ini menjadi permulaan paling penting ke...
Donut Berayaq Berayaq Apa Benda Netizen Tegur Cara Marketing Jadi Ikutan Kanak Kanak

Donut Berayaq Berayaq Apa Benda Netizen Tegur Cara Marketing Jadi Ikutan Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 112 hits
Tular di media sosial mengenai donat susu berayaq yang didakwa menggunakan tagline berunsur lucah untuk mempromosikan jualannya Dalam video yang tular peniaga tersebut dilihat membuat aksi tidak senonoh sambil menyebut perkataan berayaq lag...
Cara Buat Cendol Homemade Resipi Asli Orang Dulu Dulu

Cara Buat Cendol Homemade Resipi Asli Orang Dulu Dulu

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 98 hits
Sedapnya kalau dapat makan Cendol tradisi asli sejuk sejuk terutamanya dikala cuaca panas Mudah sahaja caranya untuk membuat minuman ini secara homemade Cendolnya diperbuat daripada kisaran daun pandan asli tanpa pewarna tiruan Memang lebih...
Cara Buat Link Whatsapp

Cara Buat Link Whatsapp

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 113 hits
Cara buat link whatsapp Jom ikuti panduan dibawah CARA PERTAMA Cara Buat Link Whatsapp Untuk Direct MessageCopy and paste je ayat yang kat bawah ni http www wasap my 6012XXXXHanya perlu masukkan nombor telefon anda dekat hujung sekali tu XX...
Program Bantuan Peralihan Ngv Cara Mohon Jenis Pakej Bantuan

Program Bantuan Peralihan Ngv Cara Mohon Jenis Pakej Bantuan

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 128 hits
Program Bantuan Peralihan NGV adalah inisiatif yang dilancarkan oleh Petronas NGV Sdn Bhd untuk membantu pemilik kenderaan yang menggunakan gas asli beralih kepada bahan api alternatif Inisiatif ini diperkenalkan berikutan keputusan kerajaa...
Cara Bersihkan Buah Dengan Baking Soda

Cara Bersihkan Buah Dengan Baking Soda

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 125 hits
Jika buah buahan mengandungi banyak sisa racun perosak ia boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan Salah satu kesan awal yang mungkin dirasai adalah rasa sakit atau iritasi pada tekak selepas memakannya Ada cara mudah untuk menikmati bu...
Your Ultimate Defense The Benefits Of A Strong Toto Verification Community

Revolutionize Your Viewing Experience With Xtv Ultra Iptv Player

Perbezaan Antara Buah Naga Merah Dan Buah Naga Putih

Ppim Kemuka Syor Lindungi Pengguna Sinar Ahad 01 12 2024

Haji Hadi Ajak Selamatkan Orang Melayu

Ballet Nights Kuala Lumpur Persembahan Balet Sensasi London Menampilkan Penari Cilik Cemerlang Sophia Ong Dari Selangor

Kerajaan Madani Lebih Menjaga Kebajikan Calon Di Kawasan Banjir

Champions League Possibilities Bedste Betting Sider Og Tips


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Berbahagi Suami Slot Tiara Astro Prima Adaptasi Siri Indonesia Berbagi Suami The Series

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Bagaimana Paradoks Pilihan Membuatkan Kita Jadi Takut Buat Keputusan

Mengapa Individu Pandai Lebih Sedih dan Tertekan Dalam Hidup


Home Stay Jogjakarta Murah Meriah Dekat Malioboro Dan Masjid Jogokariyan

Tpfx Pontianak Menyediakan Pilihan Akun Trading Mikro Lot Dan Standar

Learning To Create And Experience 360 Degree Videos

Recipe For Baking A Baking New York Strip

Bekal Apa Harini Maggi Goreng

Seorang Anggota Polis Bunuh Ibu Kandung Pukul Dengan Tabung Gas