Panduan Lengkap Cara Dukung Bayi Ketika Solat Ikut 4 Syarat Ni


Ada ketikanya kita terpaksa bersolat dengan bayi yang terpaksa turut di bawa bersama-sama ketika solat. Pun begitu bagaimana caranya jika terpaksa mengendong bayi?
Bagi ibu atau bapa yang terpaksa bersolat sambil mengendong bayi, ini panduan untuk anda ikuti seperti yang dikongsikan.

1. Seelok-eloknya, bersihkan bayi yang akan didukung daripada sebarang najis terlebih dahulu. Tukar lampinnya dan carilah pakaian yang bersih supaya ia tidak menjadikan kita was-was ketika sedang solat nanti.
2. Memulakan niat solat seperti biasa sambil mendukung bayi.
3. Sewaktu takbiratul ihram, kedua-dua tangan tidak perlu diangkat dan tidak perlu diletak di atas pusat sekiranya kedua-dua tangan sedang mendukung bayi. Ini kerana, takbiratul ihram termasuk dalam rukun qauli (bacaan/lafaz) dan bukannya fi’li (perbuatan).
4. Baca Al-Fatihah seperti biasa dan surah pilihan jika keadaan mengizinkan.
5. Rukuk dengan tangan memegang erat bayi tersebut. Tidak perlu meletakkan kedua-dua tangan di atas lutut sekiranya ia di luar kemampuan anda yang sedang mendukung bayi.

6. Ketika mahu sujud, letakkan bayi di sebelah dan sujud seperti biasa. Selesai sujud kedua, dukunglah bayi semula sebelum memulakan rakaat seterusnya.
7. Ulangi langkah yang sama sehingga selesai kesemua rakaat.

 
Empat syarat perlu patuh
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Qatadah Al-Ansari R.anh beliau berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم كَانَ يُصَلِّي وَهْوَ حَامِلٌ أُمَامَةَ بِنْتَ زَيْنَبَ بِنْتِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَلأَبِي الْعَاصِ بْنِ رَبِيعَةَ بْنِ عَبْدِ شَمْسٍ، فَإِذَا سَجَدَ وَضَعَهَا، وَإِذَا قَامَ حَمَلَهَا
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W pernah menunaikan solat dalam keadaan baginda memikul/mendukung Umamah Binti Zainab Binti Rasulillah S.A.W, dan dia merupakan anak kepada Abu Al-‘Ash bin Rabi’ah bin ‘Abd Syams. Apabila baginda sujud, baginda meletakkannya. Dan apabila baginda berdiri, baginda mendukungnya- Riwayat Al-Bukhari .
Berdasarkan hadis yang telah disebutkan, jelas menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W memang pernah melakukan solat sambil memikul kanak-kanak. Namun, menurut JAKIM, ia juga dibenarkan untuk solat fardu atau sunat, dengan syarat-syarat berikut:

1. Bayi tersebut mestilah bebas daripada najis. Pastikan anda sudah menukar lampin bayi sebelum mula solat.
2. Mengawal pergerakan supaya tidak melakukan pergerakan anggota besar sebanyak tiga kali berturut-turut. Pergerakan lain juga perlu diminimakan sebaik mungkin supaya tidak menghilangkan khusyu’.
3. Memastikan dada sentiasa menghadap kiblat.
4. Melakukannya hanya dalam keadaan yang benar-benar memerlukan. JAKIM menegaskan bahawa adalah lebih baik sekiranya dapat memberi seseorang menjagakan anak semasa kita sedang solat.
 
 
View this post on Instagram  
A post shared by SoulDigest (@souldigested)

Menarik: Suprise Birthday Menjadi, Che Ta Tunaikan Impian Aaisyah “Nak 10 Hadiah”
Ajar Anak Mewarna Nak Pakai Crayon Atau Pensil Warna, OT Kongsikan Tipnya!
Nabila Razali Umum Hamil Anak Pertama, Bersalin Januari Depan, “Se
lera Makan Makin Bertambah!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan,  Instagram @souldigested
The post Panduan Lengkap Cara Dukung Bayi Ketika Solat, Ikut 4 Syarat Ni! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/panduan-lengkap-cara-dukung-bayi-ketika-solat-ikut-4-syarat-ni/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Menjana Pendapatan Melalui Media Sosial Panduan Lengkap Untuk Pemula

Cara Menjana Pendapatan Melalui Media Sosial Panduan Lengkap Untuk Pemula

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 147 hits
PendahuluanMedia sosial bukan hanya tempat untuk berkongsi gambar dan status Kini ia menjadi platform yang menguntungkan bagi mereka yang ingin menjana pendapatan Bagi pemula yang baru berjinak jinak dengan idea menjana pendapatan melalui m...
Cara Solat Jenazah

Cara Solat Jenazah

papar berkaitan - pada 7/11/2024 - jumlah : 175 hits
Cara solat jenazah Hukum dan Waktu Solat JenazahSolat jenazah adalah fardu kifayah iaitu kewajipan kolektif yang jika ditunaikan oleh sebahagian umat Islam di kawasan tersebut maka tertunailah kewajipan itu bagi yang lain Solat ini boleh di...
Cara Solat Jamak

Cara Solat Jamak

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 112 hits
cara solat jamak Jom kita ketahui caranya SOLAT JAMAK QASARApabila kita bermusafir lebih daripada dua marhalah kita diberi kelonggaran untuk menjamak dan mengqasar solat Solat jamak dan qasar adalah suatu keringanan yang diberi oleh Allah S...
Sedekah Ikut Jumlah Hari Amalan Terbaik Mak Ayah Ketika Anak Periksa

Sedekah Ikut Jumlah Hari Amalan Terbaik Mak Ayah Ketika Anak Periksa

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 169 hits
Ketika anak berjuang untuk menjawab soalan soalan peperiksaan mak ayah juga perlu turut sama berjuang dibelakangnya bagi mendoakan yang terbaik buat anak Apa mak ayah boleh lakukan Salah satunya adalah bersedekah sepanjang hari peperiksaan ...
Cara Solat Taubat

Cara Solat Taubat

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 245 hits
cara solat taubat Sahabat boleh ikuti panduan ini Solat taubat dilakukan seperti berikut 1 Rakaat pertama baca Al Fatihah dan Al kafirun2 Rakaat kedua baca Al Fatihah dan Surah Al ikhlas x33 Tertib hingga ke salam4 Selepas salam beristigfar...
Dua Anggota Polis Kena Serang Dipukul Ketika Mahu Solat

Dua Anggota Polis Kena Serang Dipukul Ketika Mahu Solat

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 182 hits
MOHAMAD FAIZAL HASHIMISKANDAR PUTERI Seorang lelaki tempatan yang disyaki mempunyai masalah kesihatan mental bertindak menyerang dan memukul dua anggota polis berhampiran Surau Kangkar Pulai di sini semalam Ketua Polis Daerah Iskandar Puter...
Lantai Masjid Tiba Tiba Roboh Ketika Solat Jumaat 9 Jemaah Ditelan Lubang Benam

Lantai Masjid Tiba Tiba Roboh Ketika Solat Jumaat 9 Jemaah Ditelan Lubang Benam

papar berkaitan - pada 24/11/2024 - jumlah : 137 hits
Berita MediaCorp nbsp Tular di media sosial satu rakaman video yang menunjukkan lantai sebuah masjid terjerlus sedalam dua meter JAKARTA Tular di media sosial satu rakaman video yang menunjukkan lantai sebuah masjid terjerlus sedalam dua me...
Hukum Makmum Masuk Solat Ketika Imam Rukuk

Hukum Makmum Masuk Solat Ketika Imam Rukuk

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 146 hits
Jika makmum masbuk sempat rukuk serentak dengan imam yang sedang mengangkat kepala dari rukuk adakah makmum itu mendapat rakaat Bagaimana pula jika kita ragu sama ada sempat rukuk dengan imam atau tidak Dalam artikel ini saya melampirkan ja...
Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Sleeve Yang Berkesan Dan Menarik

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Sleeve Yang Berkesan Dan Menarik

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 185 hits
Dalam dunia pemasaran yang kompetitif hari ini reka bentuk sleeve untuk kotak makanan dan cup coffee memainkan peranan yang sangat penting Sleeve bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung tetapi juga sebagai alat pemasaran yang berkesan Dala...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti