Langkawi 2018 Mangrove Langkawi
Assalamualaikum...
Nak sambung cerita langkawi lagi... Boleh kan... Sebab nanti sendiri gak yang google nak baca. Hahaha simpan dalam kepala lama2 hilang .. Harap simpan kt blog tak hilang lah dia...
Hari kedua, lepas sarapan kat hotel, kami tunggu van yang nak bawa kami ke jeti untuk aktiviti Mangrove Tour, akan membawa kita meneroka hutan paya bakau, hidupan liar, menyusuri sungai dengan bot, melawat gua, sangkar ikan dan berenang di pantai..
Kakna dah get ready dengan goggles nya
Ok. Day 2 aktivi kami mangrove. Yang ni, adik ipar mommy dah booking awal2 masa book homestay tu sekali. Dah dapat harga lumpsum. Tak de lah bila dah tiba kat Langkawi baru nak terhegeh hegeh Google apa nak buatkan...
Mangrove ni, aktivi atas boat yang bawa kita jalan2 tengok sekitar langkawi dan singgah kat tempat2 menarik... 1 boat khas kami sekeluarga je. Masa ni, Harris sangat berani. Dia duduk depan tak pegang tangan sesiapa pun. Berdiri pun berani.. Memang nampak perangai lain dia tu. Kalau Hafidh tak payah cakap lah... Dia kepit tangan mommy punya lah kuat... Pastu tanya "mommy... Kenapa laju ni? Hafidh takut..." huh... Apa lah banglong takut.
Masa ni, yang mommy ingat singgah pulau monyet, gua kelawar, tempat ikan, ada macam2 jenis ikan boleh bagi makan... Masuk dalam gua, bagi helang makan. Bagi helang makan tu bukan letak kat tangan ye.. Budak bawa boat tu campak ayam kot... Pastu helang datang tangkap. Seronok budak2 ni tengok helang... Cuma, masa hari kami pergi tu, hujan so agak terganggu lah. Nak mandi laut pun hujan... Acanerr tapi kitorang redah je... Hahah kakna tidur masa tu, mujur makwan tolong pegangkan. Boleh mommy mandi laut... Nak scuba apa pun tak nampak dah hujan...
Lepas mandi-mandi laut, singgah pula tempat ikan FISH FARM nama dia. Ada restoran atas air juga kat situ, boleh singgah makan tengah hari. Tapi kami tak singgah makan pun. Sibuk tengok ikan-ikan kat situ. Ada ikan buntal, ikan pari macam jenis ikan ada. Boleh pegang pada yang berani. Kalau mommy memang tak pegang, tengok2 je. hahaha geli!
Lepas habis aktivi mangrove, masing2 dah penat, jom balik homestay dan mandi. Masing-masing badan dah lekit2.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mommylin.com/2018/12/langkawi-2018-mangrove-langkawi.html