Langkawi 2018 Cable Car 3d Art Galeri Dan Pantai Chenang
Ok, sementara dok mengadap laptop kita marathon entry Langkawi. Pasni dah tak nak throw back lagi dah! banyak lagi cerita menarik 2018 mommy tak sempat nak coret kat sini. Ingat bila dah jadi suri hati Mr.Hadi dah tak busy... rupanya terlebih busy plak. huhuh
Hari ke3 kami di Langkawi, pergi jalan2 jauh dari Homestay. Fuuhh Cable car langkawi memang best. Asal ada duit je, moh lah kita pergi sana sini. Masuk sana sini berbayo tau! Kami sampai pagi, macam biasa adik laki lin yang drive van sampai ke sana. Sampai terus usha tiket nak naik cable car. Atau pun namanya Skycab. Gambar dalam HP dah tak banyak, tapi mommylin sempat juga live update kat IG. ada lah kenangan kat situ. Kalau korang rajin, g lah tengok sana.
Harga tiket berpatutan lah.. sebab dia tak ada harga untuk cable car sahaja kalau tak silap, dia pakej. Ada yang sekali dengan 3D art galery dll. ( serius tak ingat dah) Kami amik 2 ni je. Anak ramai, kena bajet2 sikit. Kang nak beli cenderahati lagi, makan lagi. Ehh.. semua nak duit, jadi amik lah mana yang rasa berbaloi bila sampai ke langkawi ni.
Serius mommy teruja sangat dapat naik cable car. Beratur punya lah lama, tapi bila dapat naik tu, dupdapdupdap wei... mujur si kak na tu tidur, daddy lah dukong dia. Mommy sibuk pimpin anak2 bujang. Si banglong macam biasa penakut ya hamat. Si bangngah plak kemain berani, dalam cable car pun nak berdiri.
Cable car ni, bnyk hentian. Dia ada beberapa hentian. Kami turun 2 perhentian je kot. Amik gambar2 pemandangan... subhanaallah... indah sangat. Nampak awan, kabus, hutan... memang berbaloi lah!
Baru 2 tempat jalan hari tu, dah terasa penat sangat. Lepas turun dari cable car, masuk 3D art galeri, lepak minum kejap, terus balik.. Tak sabar nak tidur dalam van nanti. Penat wei... dah tua2 nak jalan sakan ni.
Balik tu, kami singgah lunch area makam mahsuri. Kononnya nak masuk lah tengok, sekali kena bayar... ala-ala... terus decide tak payah lah ngah... kita makan je area sini. Masuk kalau dapat tengok mahsuri hidup nak gak lah kan... bahahaha
Lepas makan, singgah solat kat masjid dan jalan ke Dataran Helang. Tengah panat litlit tu g dataran memang syok lah... mengerlip mata ni... Pergi langkawi tak tangkap gambar dengan helang mana boleh kan... Masa ni, anak-anak mommy semua tak nak bagi kerjasama. Fuhh payahnya lah nak tangkap gambar. Asal ada je lah ye...
Petang keluar g pandai Chenang .. betul kan nama dia? lupa dah... masa ni, mood dah xde dah nak mandi laut, penat tak hilang... huhu sejenis tak boleh jalan lebih2 nanti penat. Dok lah tengok anak-anak mandi. Tapi, kena paksa gak naik bananaboat. Syok.. lama tak naik.
Hari dah gelap baru kami gerak. Area tepi2 pantai ada jual macam2 jalan2 tengok cenderahati nak beli. Nak bagi sana sini... hihihh pastu masuk kejap shopping mall dlm tu. nak sambung shopping. Tapi tak beli sangat pun. Sebab dah borong semalamnya tu kan. Lepas habis beli tshirt, makan kejap kt mall area situ. Dah last day kan. Lebih relax lah. Lepas kenyang, baru lah balik.
Esoknya bangun awal2 jom kita naik feri pulang ke pangkal jalan... ihih Habis.... Fuhhh mengah menaip. Ada banyak cerita tinggal ni. Siapa suruh lambat updatekan...
Bye... kemana kita tahun depan? yeahhh.. tak sabar nak jalan. Sila kerja kuat ye semua... Jalan dalam Malaysia pun best. Asal jalan kan...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mommylin.com/2018/12/langkawi-2018-cable-car-3d-art-galeri.html