Langkah Sheraton Hari Dr M Berundur Kerana Pengkhianatan


Berjalan melalui ruang tamu, saya melihat Anwar Ibrahim tersandar di kerusi bertentangan dengan ayah - tetamu terbaru di kalangan barisan pengunjung. Di tingkat bawah saya dapati isterinya, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah (Wan Ismail), berseluar kelabu muda dengan tudung labuhnya, baru sahaja mahu meninggalkan rumah kami. Dia berjalan menuju kereta rasminya, dan tersenyum seperti biasa. Gilirannya berjumpa ayah sudah selesai dan dia tidak kelihatan risau.





Selepas menerima mesej, adik saya Mokhzani adalah orang pertama yang sampai.


Berdiri di depan pintu, saya segera memberitahunya apa yang berlaku. Semasa kami bercakap, cuba memahami apa yang berlaku, Anwar turun dari tangga dan menyertai kami.


"Saya sudah cuba," katanya, dengan senyuman berkerut di wajahnya. Dia meletakkan kepalanya di bahu adik saya. Saya perasan bahunya sedikit mengeletar. Kemudian dia menegakkan dirinya, dengan mata yang tidak lagi bersinar sambil mengucapkan selamat tinggal dan beredar.


Tidak lama pada pagi yang bersejarah itu, rumah kami mula dipenuhi dengan orang ramai: Muhyiddin (Yassin), Azmin (Ali), dan yang lain telah berkumpul di Sheraton pada malam sebelumnya. Mereka dibawa terus ke ruang makan. Azmin tiba dan melihat saya duduk bersama adik-adik saya di ruang tamu dan tidak seperti pertemuan kami beberapa kali terakhir, dia tidak tersenyum.


Zuraida Kamaruddin, ketua wanita PKR yang bertudung labuh seperti lazimnya, berjalan menuju ke arah saya. Sejak sekian lama, saya sentiasa mesra dengan Zuraida. Dia memahami isu wanita dengan baik dan telah menyokong kumpulan wanita apabila kami berarak membantah perkahwinan kanak-kanak. Saya sentiasa beranggapan bahwa dia akan menjadi menteri hal ehwal wanita yang cemerlang, tetapi ayah telah melantiknya sebagai menteri perumahan dan kerajaan tempatan dan dia menjalankan tugasnya dengan baik.


Semasa dia menuju ke arah saya dengan senyuman di wajahnya, saya tidak dapat menahan diri daripada bertanya, "Mengapa kamu lakukan ini kepada ayah?" Senyumannya hilang. Tanpa sepatah kata, dia berpaling dan menyertai yang lain di meja makan.


Saya tidak percaya melihat mereka yang datang itu. Faizal Azumu tiba dengan isterinya tanpa sebab dan duduk bersama ibu, tindakan yang membuatkan kami semua tidak selesa. Bagaimana mahu berbual dengan seseorang yang suaminya akan mengkhianati kamu?


Tidak lama kemudian, ayah dengan muka muram turun dan duduk di meja makan dikelilingi mereka yang bakal mengkhianatinya. Mulutnya diketap dan dahinya berkerut apabila mendengar hujah mereka. Saya berada di ruang tamu kira-kira lima meter jaraknya tetapi satu-satunya suara yang saya dapat dengar dengan jelas ialah suara Azmin Ali. Dia nampaknya orang yang paling tekad untuk melaksanakan pembelotan itu, meninggalkan kerajaan yang diberi mandat oleh pengundi untuk memerintah serta bekerjasama dengan mereka yang kalah.


Menjelang waktu makan tengah hari, perbincangan mereka dengan ayah nampaknya tidak berhasil dan mereka akhirnya beredar. Ayah kemudian naik ke tingkat atas untuk berehat.


‘Dengan Umno dan PAS?’


Pada jam 1.26 petang, saya mendapat panggilan telefon daripada Saifuddin Abdullah. Memandangkan saya tidak dapat menjawapnya ketika itu, saya menghantar mesej kepadanya untuk mengatakan saya tidak boleh bercakap.


OK, katanya. Kira-kira sejam kemudian saya diajukan satu kenyataan media yang mengatakan bahawa 11 ahli PKR termasuk Azmin, Zuraidah dan Saifuddin akan meninggalkan parti mereka untuk membentuk blok bebas di Parlimen.


Saya menghantarnya kepada Saifuddin dengan pertanyaan, "Kamu tinggalkan semua ini untuk menyertai Muafakat?" Dia jawab bahawa Azmin dan Zuraidah telah dipecat daripada PKR dan ini adalah cara menunjukkan sokongan terhadap mereka. "Ya, kita adalah gabungan baru itu."


Saya mengenali Saifuddin hampir 20 tahun, bertemu dengannya ketika kami berdua dihantar ke kursus singkat untuk NGO di Harvard Business School semasa saya menjadi presiden MAC (Majlis AIDS Malaysia) dan dia mengetuai Majlis Belia Malaysia. Kami menjadi kawan dan saya ingat dalam satu kelas, dia mengadu tentang campur tangan politik dalam pentadbiran NGO-nya. Saya sentiasa mengenalinya sebagai seorang yang munasabah dan berfikiran terbuka.


Saya bertanya lagi kepadanya, “Dengan Umno dan PAS?” Dia tidak pernah membalas.


Pada sebelah petang, selepas kumpulan pertama beredar tanpa sebarang hasil dan kami makan tengah hari, kumpulan lain pula tiba. Kali ini, kumpulan pemberontak itu mahu bergandingan bahu. Mata saya terbeliak apabila melihat Zahid Hamidi, presiden Umno yang berdepan dengan 47 pertuduhan rasuah dan Hadi Awang, berjubah serta berserban serba putih seperti lazimnya serta kelihatan jauh lebih muda daripada yang saya jangkakan, tersenyum lebar, yakin mereka akan dapat memujuk ayah.


Mereka juga duduk di meja makan kami menghadap ayah. Muka ayah kelihatan lebih meluat daripada sebelum ini. Kehadiran mereka ini membuatkan rumah kami seolah-olah tidak lagi bersih; jika Najib Razak masuk ketika itu, saya rasa saya akan kehilangan sabar pula.


Ini adalah terjemahan petikan terakhir dari buku terbaru Marina Mahathir, 'The Apple and the Tree'. Ia diterbitkan dengan kebenaran Penguin Random House SEA. Buku itu boleh didapati di Popular, MPH, Kino, Czip Lee, Biblio Paper Boy, Lit Books, Gerak Budaya atau mendapatkan secara online di shopee.


-Malaysiakini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahwarisan.blogspot.com/2021/11/langkah-sheraton-hari-dr-m-berundur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apakah Langkah Sheraton Tak Terasa Bodoh Adakah Masa Itu Rakyat Yg Jadi Keutamaan

Apakah Langkah Sheraton Tak Terasa Bodoh Adakah Masa Itu Rakyat Yg Jadi Keutamaan

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 442 hits
Keterlanjuran pemimpin mendahuli kesedaran dan rasional dah terantuk baru terngadah Dalam membuat keputusan sukar untuk percaya mereka tidak mempertimbangkan kedudukan mereka sendiri kuasa dan jawatan kerana rekod menunjukan mereka ke arah ...
Mujahid Kongsi Rasa Dikhianati Rakan Sendiri Melalui Langkah Sheraton

Mujahid Kongsi Rasa Dikhianati Rakan Sendiri Melalui Langkah Sheraton

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 179 hits
Dr Mujahid Yusof KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkongsi rasa sedih dan kecewa bersama pemimpin Pakatan Harapan setelah dikhianati rakan sendiri satu masa dahulu Katanya pengkhianatan itu menyebabkan ke...
Geng Langkah Sheraton Punca Kekalahan Teruk Ph Mat Sabu

Geng Langkah Sheraton Punca Kekalahan Teruk Ph Mat Sabu

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 183 hits
MALAYSIA POST KEKALAHAN teruk Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri Melaka semalam berpunca daripada pengkhianatan kumpulan yang dikenali Langkah Sheraton dakwa Mohamad Sabu Presiden Amanah itu menuding jari kepada kumpulan berkenaan yan...
Menghitung Hari

Menghitung Hari

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 161 hits
Salam Dikala budak sekolah menghitung hari untuk cuti sekolah disaat budak lepasan SPM menghitung hari keluar dari alam persekolahan dan di ketika budak budak junior IPG seluruh Malaysia terutama di IPG Kampus Sultan Mizan ni excited mengal...
Kasih Ayah Rela Berkorban Dukung Anak 30km Ke Sekolah Setiap Hari

Kasih Ayah Rela Berkorban Dukung Anak 30km Ke Sekolah Setiap Hari

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 175 hits
Sichuan Kasih ayah rela berkorban ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan seorang bapa di China yang sanggup berjalan kaki mendukung anaknya yang kelainan upaya untuk ke sekolah sejauh hampir 30 kilometer setiap hari Keadaan itu mendapat p...
Projek Hari Jumaat Blueberry Cheese Tart

Projek Hari Jumaat Blueberry Cheese Tart

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 157 hits
Assalamualaikum Hari jumaat lepas aku sempat lg buat blueberry cheese tart waktu rehat tgh hari Biasanya mmg waktu rehat tgh hr aku dan suami akan balik rmh Memandangkan rasa nk makan cheese tart yg tggi maka aku dah tempah 80 tart shell dg...
Selamat Hari Tua

Selamat Hari Tua

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 201 hits
Assalam Salam jumaat salam keceriaan semoga hari ini adalah hari yang penuh dengan kebahagiaan kepada kita semua dan begitulah juga hari hari yang seterusnya Hari ini juga sebenarnya adalah hari yang penuh bermakna dalam hidup gua hari yang...
Selamat Hari Raya Aidiladha Korban

Selamat Hari Raya Aidiladha Korban

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 162 hits
Persiapan korang macam mana Ada baju baru kasut baru tudung baru ke yang pastinya ramai akan korban dan tumbangkan lembu kan apa pun adda ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha p s MOod nak bercuti raya hehehe
Sambutan Hari Guru 2016 Fridge Magnet

Sambutan Hari Guru 2016 Fridge Magnet

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 157 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera u ollss Now kita dah open order untuk tempahan Fridge Magnet sempena Hari Guru 2016 pada 16 Mei 2016 ni Maka kepada yang berminat untuk menempah fridge magnet sebagai hadiah kenang kenangan kepada para gu...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever