Geng Langkah Sheraton Punca Kekalahan Teruk Ph Mat Sabu


 MALAYSIA POST
KEKALAHAN teruk Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam berpunca daripada pengkhianatan kumpulan yang dikenali ‘Langkah Sheraton’, dakwa Mohamad Sabu. 
Presiden Amanah itu menuding jari kepada kumpulan berkenaan yang kemudiannya membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac 2020 telah ‘membawa lari’ undi PH pada PRN Melaka, semalam. 
“Keputusan ini jelas menunjukkan Pakatan Harapan hilang sokongan majoriti akibat pengkhianatan Muhyiddin Yasin dan kumpulannya sejak ‘Sheraton Move’. 
“Mereka mendapat kemenangan dalam pilihan raya umum 2018 di atas nama Pakatan Harapan, tetapi beralih arah selepas itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 
PRN Melaka yang berakhir semalam, telah menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding PH dan PN yang masing-masing memenangi lima dan dua kerusi. 
Mengulas lanjut, Mohamad menjelaskan, Bersatu dan PAS selain Gerakan dalam PN telah menyebabkan undi kepada PH rendah berbanding BN. 
“Jika dilihat kepada undi popular yang diterima oleh PN dalam PRN Melaka ini adalah sebanyak 77,731. 
“Ia adalah satu jumlah yang telah dicampur dengan undi PAS pada tahun 2018 iaitu sebanyak 44,570. Bermakna Bersatu memperolehi 33,161 undi dalam PRN kali ini.
“Jika dicampur dengan undi popular yang diterima oleh PH iaitu sebanyak 114,457, ianya akan berjumlah 147,457 berbanding BN yang hanya memperolehi 122,741 undi,” katanya.
Justeru, Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, kekalahan PH ini bukan kerana faktor BN diterima rakyat, sebaliknya berpunca daripada PN. 
“Oleh itu jelas di sini bahawa kekalahan PH bukan disebabkan oleh BN yang hanya kekal dengan jumlah undi mereka, tetapi larinya undi akibat pengkhianatan Muhyiddin Yassin dan kumpulannya,” katanya.
Bagaimanapun, Mohamad berkata, PH menghormati keputusan PRN Melaka yang memberi kemenangan kepada BN. 
“Ia adalah kehendak pengundi yang bebas untuk membuat pilihan dalam keadaan pilihan raya yang berlaku dalam suasana pandemik Covid-19 dan halangan kempen yang sangat ketat.
“Di peringkat Parti Amanah Negara dan PH, satu kajian akan dilakukan segera untuk melihat sebab-sebab kekalahan tersebut bagi dibaiki dimasa hadapan.
“Apapun, keputusan telah dibuat oleh rakyat, satu muhasabah perlu dilakukan untuk kebaikan di masa hadapan,” katanya. – Malaysiapost


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/geng-langkah-sheraton-punca-kekalahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mujahid Kongsi Rasa Dikhianati Rakan Sendiri Melalui Langkah Sheraton

Mujahid Kongsi Rasa Dikhianati Rakan Sendiri Melalui Langkah Sheraton

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 221 hits
Dr Mujahid Yusof KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkongsi rasa sedih dan kecewa bersama pemimpin Pakatan Harapan setelah dikhianati rakan sendiri satu masa dahulu Katanya pengkhianatan itu menyebabkan ke...
Logo Harapan Antara Punca Kekalahan Dalam Prn Melaka

Logo Harapan Antara Punca Kekalahan Dalam Prn Melaka

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 347 hits
Keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka yang tidak memihak kepada Pakatan Harapan dibincang secara serius dalam mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN hari ini Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil antara perkata utama ya...
Apakah Langkah Sheraton Tak Terasa Bodoh Adakah Masa Itu Rakyat Yg Jadi Keutamaan

Apakah Langkah Sheraton Tak Terasa Bodoh Adakah Masa Itu Rakyat Yg Jadi Keutamaan

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 560 hits
Keterlanjuran pemimpin mendahuli kesedaran dan rasional dah terantuk baru terngadah Dalam membuat keputusan sukar untuk percaya mereka tidak mempertimbangkan kedudukan mereka sendiri kuasa dan jawatan kerana rekod menunjukan mereka ke arah ...
Ministry To Probe Mat Sabu S Claims Melaka Funds Only Given To Those With Bin

Ministry To Probe Mat Sabu S Claims Melaka Funds Only Given To Those With Bin

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 296 hits
Amanah president Mohamad Sabu said such selective allocations may worsen racial unity KUALA LUMPUR The national unity ministry has given an assurance that it would probe claims that the Melaka government had given state allocations only to ...
Dengar Tak Isteriku Najib Minta Rumah Rm100 Juta Kata Mat Sabu Di Melaka

Dengar Tak Isteriku Najib Minta Rumah Rm100 Juta Kata Mat Sabu Di Melaka

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 252 hits
MALAYSIA DATELINETindakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang meminta tanah bernilai RM100 juta dan dibincangkan oleh Kabinet untuk diluluskan kini menjadi isu utama di Melaka Ia kecoh di Dewan Rakyat semalam dan pada malam ta...
Langkah Sheraton Hari Dr M Berundur Kerana Pengkhianatan

Langkah Sheraton Hari Dr M Berundur Kerana Pengkhianatan

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 305 hits
Berjalan melalui ruang tamu saya melihat Anwar Ibrahim tersandar di kerusi bertentangan dengan ayah tetamu terbaru di kalangan barisan pengunjung Di tingkat bawah saya dapati isterinya Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah berseluar kelabu...
Selebriti Muda Jadi Isteri Keempat Vvip

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Apa Yang Merosakkan Fungsi Tiroid Tanpa Kita Sedar

Kes Zara Qairina Polis Mcmc Tunggu Maklumat Tiktok Fahmi

Road Tested Marrakesh Jacket And Outrider Pants From Klim

Solve Your Conflict Between Yourselves Takiyuddin Tells Umno And Dap

Nasi Berainai Lauk Kari Kambing Di Jamal Salim Restorant Terkenal Di Bandar Baru Keningau


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Hari Bertarung Nyawa Ibu 5 Anak Maut Dilanggar Pemandu Mabuk

Hiso8888 17 August Hiso8888 Top 58 By Evie

5 Theme Parks In Malaysia For Adventure Lovers

Siapa Calon Pm Pembangkang

Rasmi Skuter Ev Gaya Retro Yadea Rs20 Mendarat Rm4 998

Little Pepe Menjadi Pilihan Kegemaran Bull Run Baru Pada 2025 Ketika Ripple Kes Bull Cardano Melemah Bitcoin Com News