Laksana Undi 18 Jika Tidak Anti Anak Muda



Keputusan Mahkamah Tinggi Kuching kelmarin, dalam kes 5 orang anak muda memperjuangkan hak mengundi mereka dalam umur 18 – 20 tahun dialu-alukan KEADILAN Sarawak.
Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit, perintah mahkamah supaya Kerajaan menguatkuasakan Undi 18 mulai pada 31 Disember 2021 adalah kemenangan kepada anak muda Sarawak khususnya dan Malaysia secara amnya.
Sehubungan itu, katanya, Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak berpandangan sekiranya kerajaan Perikatan Nasional 2.0 tidak anti anak muda maka pelaksanaan Undi 18 mestilah dilaksanakan segera tanpa menunggu tarikh 31 Disember berkenaan.
“Kita mengalu-alukan keputusan mahkamah ini tetapi kita menggesa Kerajaan Persekutuan menguatkuasakan Undi 18 dengan segera atau membenarkan usul berkaitan di dalam persidangan Parlimen yang bermula pada 13 September, 2021 ini. Jika ini dilakukan, barulah anak-anak muda Sarawak yang berumur 18-20 tahun dapat mengundi di dalam Pilihan Raya Negeri ke 12 dijangka selepas 2 Februari 2022.
“Jika Kerajaan serius menghormati hak anak muda, Undi 18 ini perlulah digazetkan oleh Kerajaan Persekutuan sekarang. Ini kerana Parlimen semasa era Kerajaan Pakatan Harapan telah pun meluluskan Undi 18 berkuatkuasa Julai 2021 sebelum ditunda oleh Kerajaan PN ke September 2022,” katanya.
Menurut Abun lagi, kerajaan Persekutuan seharusnya menghormati hasrat anak muda di seluruh negara dan jangan mengemukakan rayuan ke atas keputusan berkenaan, yang akan memberi alasan melambatkan lagi pelaksanaan Undi 18 untuk beberapa tahun akan datang.
“Justeru, KEADILAN Sarawak menyeru agar Kerajaan tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi ini, tetapi lebih baik menyegerakan Undi 18 sebelum 31 Disember,” katanya.
Sebelum itu, KEADILAN Sarawak mengucapkan tahniah di atas kemenangan anak muda dalam kes semakan kehakiman tersebut yang menunjukkan kepada kerajaan, dari rakyat sehingga institusi kehakiman menyokong Undi 18, hanya kerajaan yang takutkan anak-anak muda sahaja menolak pelaksanaannya.
“KEADILAN Sarawak mengucapkan tahniah kepada mereka di atas keputusan yang memihak mereka yang mewakili jutaan anak muda dalam lingkungan 18 tahun yang sepatutnya layak mengundi sejak Julai 2021 dan bakal menjadi pemimpin masa depan.
“Anak muda berjaya apabila Mahkamah membatalkan (quash) keputusan Kerajaan Persekutuan PN yang telah mengubah tarikh kuatkuasa Undi 18 dari Julai 2021 kepada September 2022,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32991

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bosan Cara Politik Lama Anak Muda Cetuskan Gerakan Pangkah Burung

Bosan Cara Politik Lama Anak Muda Cetuskan Gerakan Pangkah Burung

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 410 hits
Pemuda cetus gerakan ubah politik seperti biasa Sean AugustinMenerusi gerakan Pangkah Burung Syed Nabil mahu mencipta gangguan dalam situasi politik negara PETALING JAYA Suatu ketika pada Julai perbualan Syed Nabil 29 dengan rakan rakannya ...
Idealisme Anak Muda Serantau Perlu Kental Hadapi Perubahan Zaman

Idealisme Anak Muda Serantau Perlu Kental Hadapi Perubahan Zaman

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 255 hits
Idealisme anak anak muda serantau sama ada di Indonesia mahu pun Malaysia perlu kental menghadapi perubahan dan kebobrokan zaman Hal itu ditegaskan lewat pidato Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Sidang Kemuncak Forum Persahab...
Amk Kecam Ugutan Ke Atas Aktivis Anak Muda Shakila Zen

Amk Kecam Ugutan Ke Atas Aktivis Anak Muda Shakila Zen

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 437 hits
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia mengecam tindakan mengugut seorang aktivis anak muda saudari Shakila Zen oleh individu tertentu yang telah mendatangkan ancaman keselamatan terhadap beliau Menurut Ketua AMK Malaysia Akmal Nasir ugutan terhad...
Jangan Jadi Bacul Ugut Akvitis Anak Muda Amk

Jangan Jadi Bacul Ugut Akvitis Anak Muda Amk

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 471 hits
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia mengecam tindakan mengugut seorang aktivis anak muda saudari Shakila Zen oleh individu tertentu yang telah mendatangkan ancaman keselamatan terhadap beliau Menurut Ketua AMK Malaysia Akmal Nasir ugutan terhad...
Rapatkan Jurang Dengar Rintihan Anak Muda Mb Selangor

Rapatkan Jurang Dengar Rintihan Anak Muda Mb Selangor

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 279 hits
Perayaan kemerdekaan kali ke 64 tahun ini harus digunakan untuk memahami jurang generasi yang semakin serius di antara generasi muda dan dewasa Ketika generasi muda mahukan politik baharu yang peka rakyat generasi lebih dewasa sebaliknya le...
Bantu Anak Jadi Anti Rasuah Mak Ayah Perlu Mainkan Peranan Tanam Jati Diri Sejak Kecil

Bantu Anak Jadi Anti Rasuah Mak Ayah Perlu Mainkan Peranan Tanam Jati Diri Sejak Kecil

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 261 hits
Ibu bapa menjadi watak utama dalam membentuk anak kecil untuk sedar dan tahu akan kepentingan buruknya anasir rasuah yang membelenggu masyarakat kita hari ini Malah ibu bapalah jugalah memainkan peranan utama sejak kecil lagi untuk membentu...
Menengok Perspektif Anak Muda Dari 23 Negara Mengenai Perubahan Iklim Dalam Laporan Terbaru British Council

Menengok Perspektif Anak Muda Dari 23 Negara Mengenai Perubahan Iklim Dalam Laporan Terbaru British Council

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 328 hits
Beberapa temuan utama Global Youth Letter Report menegaskan alasan anak muda perlu terlibat dalam kebijakan perubahan iklim
Rupanya Ada 2 Cucu Ibu Mila Jirin Nampak Sebaya Dengan Anak Anak Awet Muda

Rupanya Ada 2 Cucu Ibu Mila Jirin Nampak Sebaya Dengan Anak Anak Awet Muda

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 379 hits
Juara Akademi Fantasia Musim Ke 5 ini bijak merencana perjalanan kariernya dalam dunia perniagaan Memulakan langkah dengan menyertai dunia katering seterusnya membina jenama dalam industri perkahwinan menerusi Bizmilla Wedding Centre Walaup...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin