Idealisme Anak Muda Serantau Perlu Kental Hadapi Perubahan Zaman


 



Idealisme anak-anak muda serantau, sama ada di Indonesia mahu pun Malaysia perlu kental menghadapi perubahan dan kebobrokan zaman.



Hal itu ditegaskan lewat pidato Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Sidang Kemuncak Forum Persahabatan Malaysia - Indonesia yang dianjurkan Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara (Pepiat), semalam.


Katanya, generasi muda yang merdeka fizikal hari ini perlu menguatkan mental mereka untuk bangkit sebagai manusia yang berprinsip dan idealis.


"Wajar ditekankan waktu menuntut tindakan yang berbeza. Tetapi semua bicara tentang idealisme. Bicara soal kemerdekaan jiwa, bukan sahaja fizikal


"Anak muda itu diharapkan bukan usianya tetapi idealismenya, semangat yang kental kepada keinginan membawa perubahan.


"Kita ini warisan penjajah, ramai kepimpinan kita itu sikapnya seperti penjajah. Menindas, merompak, memunggah khazanah dan kekayaan negara. Jadi hal ini patut dielak dan dibatalkan.


"Penjajah itu berjaya menguasai pemikiran dan jiwa kita. Oleh yang demikian, usaha anak muda untuk tampil memimpin mesti dipersiapkan dengan sarat ilmu dan juga akhlak," katanya dalam sidang maya tersebut yang bertajuk "Perpaduan Teras Kebangkitan Nusantara".


Dalam pidato itu Anwar menekankan betapa pentingnya ilmu dan intergriti membina sahsiah kepimpinan generasi muda.


Katanya, generasi muda wajar meneruskan kepimpinan pelajar terdahulu tetapi dengan mengambil persekitaran semasa dan keresahan rakyat hari ini sebagai inti teras perjuangan.


"Bagi kita contohi Rasullulah kerana selain akidah, adalah akhlaknya. Kita tambahi tentang kefahaman tentang masalah semasa.


"Saya nak tekankan, kita tentu berbeza kedudukan tetapi masalah manusia tidak lari. Sebelum Covid, semasa Covid, pasca Covid problemnya itu penguasa elit yang tidak mewakili rakyat yang menganggap kuasa dan politik itu sebagai wahana untuk mengumpul kekayaan, dan mempamerkan kesombongannya (berlanjut) dari zaman Yunani, hingga zaman Rasul saw hinggalah sekarang.


"Oleh itu keperluan untuk kita menyuntik semangat dan menanam kekuatan dalam diri kita. Kalau tidak, kita sekadar mengganti penjajah tetapi kalau lihat sikap dan sosok hampir sama. Cuma kulit sahaja berbeza," katanya.


Dalam kesempatan itu juga, Ahli Parlimen Port Dickson itu sempat menyingkap situasi di Malaysia yang masih bobrok dan pemikiran lama masih menghantui elit politik.


"Sampai sekarang di Malaysia ada lagi yang berkongsi pandangan mitos pribumi malas, walau seratus tahun lalu Jose Rizal menulis 'the indolence of the Filipinos' tentang satu sikap yang diasak oleh penjajah Sepanyol untuk memiskinkan rakyat dari segi pendapatan dan memiskinkan pemikiran mereka. Ini saya tegaskan keperluan untuk membina kekuatan dan juga asas ilmu yang cukup (mantap)," katanya lagi.


Tegas Anwar generasi muda, terutama pemuda muslim tidak harus terperangkap dengan minda penjajah, sebaliknya perlu menggilap kecemerlangan dari asas ilmu Islam dan tamadunnya untuk dikembangkan dalam persekitaran semasa.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/idealisme-anak-muda-serantau-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Anak Muda Sekali Lagi Akan Mengajar Kerajaan Gagal Agar Tahu Menghormati Mandat Rakyat

Anak Anak Muda Sekali Lagi Akan Mengajar Kerajaan Gagal Agar Tahu Menghormati Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 249 hits
Perjuangan anak2 muda seperti ini tidak akan kita lupakan Perjuangan mereka berbaloi kerana akhirnya rejim GST dan 1MDB itu berjaya kita alahkan pada PRU14 yang lalu Akhirnya wujudlah kerajaan PH yang mengkotakan janji menghapuskan GST Bany...
Bosan Cara Politik Lama Anak Muda Cetuskan Gerakan Pangkah Burung

Bosan Cara Politik Lama Anak Muda Cetuskan Gerakan Pangkah Burung

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 441 hits
Pemuda cetus gerakan ubah politik seperti biasa Sean AugustinMenerusi gerakan Pangkah Burung Syed Nabil mahu mencipta gangguan dalam situasi politik negara PETALING JAYA Suatu ketika pada Julai perbualan Syed Nabil 29 dengan rakan rakannya ...
Perubahan Iklim Ekonomi Dunia Bakal Hadapi Kerugian Pakar

Perubahan Iklim Ekonomi Dunia Bakal Hadapi Kerugian Pakar

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 315 hits
GENEVA Perubahan iklim sedang berlaku kita harus bertindak sekarang kata Ketua Ekonomi Swiss Reinsurance Company Dalam satu temu bual dengan Xinhua pada Isnin Jerome Haegeli berkata keadaan itu boleh menjejaskan ekonomi dunia terutama negar...
Merdeka Kehidupan Anak Muda Tersepit Tatkala Pemimpin Berebut Kuasa

Merdeka Kehidupan Anak Muda Tersepit Tatkala Pemimpin Berebut Kuasa

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 466 hits
Anak muda Malaysia belum lagi merdeka secara sesungguhnya di bawah pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional 2 0 yang gagal Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Akmal Nasir perebutan kuasa yang berterusan antara parti pemerintah di bawah pent...
Rapatkan Jurang Dengar Rintihan Anak Muda Mb Selangor

Rapatkan Jurang Dengar Rintihan Anak Muda Mb Selangor

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 308 hits
Perayaan kemerdekaan kali ke 64 tahun ini harus digunakan untuk memahami jurang generasi yang semakin serius di antara generasi muda dan dewasa Ketika generasi muda mahukan politik baharu yang peka rakyat generasi lebih dewasa sebaliknya le...
Kelaku Burok Pak Lebai Malu Ke Anak Muda

Kelaku Burok Pak Lebai Malu Ke Anak Muda

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 193 hits
HAMZAH RIE NABila belum dapat jawatan kuasa mereka persoal Tapi bila dah semuanya diam diam sahaja sudahla SR
Laksana Undi 18 Jika Tidak Anti Anak Muda

Laksana Undi 18 Jika Tidak Anti Anak Muda

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 279 hits
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuching kelmarin dalam kes 5 orang anak muda memperjuangkan hak mengundi mereka dalam umur 18 20 tahun dialu alukan KEADILAN Sarawak Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Sarawak Abun Sui Anyit perintah mahkamah supaya Ke...
Jangan Jadi Bacul Ugut Akvitis Anak Muda Amk

Jangan Jadi Bacul Ugut Akvitis Anak Muda Amk

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 507 hits
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia mengecam tindakan mengugut seorang aktivis anak muda saudari Shakila Zen oleh individu tertentu yang telah mendatangkan ancaman keselamatan terhadap beliau Menurut Ketua AMK Malaysia Akmal Nasir ugutan terhad...
No Promotions For Macc Officers With Bmi Above 27 From Next Year

Tnb S Share Price Falls After Federal Court Decision On Lhdn Case

Ahli Parlimen Temerloh Gesa Kerajaan Agensi Berkaitan Naik Taraf Dan Baik Pulih Bekalan Air Pahang Tanpa Alasan

Nak Tanya Bekas Ketua Polis Negeri Sarawak Apa Manfaat Vape Ni Ye

Zunar Diam Membisu Cukai 1malaysia Vs Cukai Madani Mana Korang Suka

Bank Rakyat Defends Ex Ybr Ceo S Termination Says Proper Procedures Followed

Masak Lemak Udang Dan Bab Dosa Media Social

Senior Glc Manager In Sabah Nabbed Over Alleged Bribery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terima Kasih Kakak

Doa Dipermudahkan Urusan

Daripada Stalk Dia Baik Saya Pergi Cari Jodoh Baharu

Monolog Jiwa Hikmah Di Balik Kekurangan

Putera Bobo Korban Rindu Chord

Roadster Rescue A Handsome Kawasaki Z1000 By Hb Custom