Laksana Rundingan Belanjawan Jika Pm Muhyiddin Junjung Titah Agong



Pakatan Harapan (PH) sedia menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong untuk menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentang oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekiranya diwujudkan rundingan bersama sebelum sesi Parlimen 6 November ini.
Majlis Presiden PH dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, menyambut baik titah Agong menasihatkan semua Ahli Parlimen memberi sokongan kepada belanjawan demi kesejahteraan rakyat dan pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
“Belanjawan 2021 perlu memberi fokus kepada keperluan petugas barisan hadapan yang menjadi benteng rakyat Malaysia dari wabak Covid-19.
“Ia perlu menetapkan halatuju yang mampu memastikan negara terus maju sewaktu dan selepas pandemik – termasuk mengenalpasti strategi-strategi pembangunan baharu untuk ekonomi dan membantu jutaan rakyat yang terkesan.
“Berjuta-juta rakyat yang berada pada atau di bawah paras kemiskinan amat mengharapkan bantuan melalui belanjawan ini. Golongan yang tidak harus ketinggalan juga adalah yang mengharapkan moratorium pinjaman dilanjutkan.
“Atas sebab-sebab ini Majlis Presiden amat bersetuju dengan DYMM Yang di-Pertuan Agong bahawa amat penting dan serius untuk Belanjawan 2021 dirundingkan dengan Pembangkang sebelum dibentang di Parlimen,” ujar kenyataan tersebut yang dikeluarkan sejurus usai mesyuarat di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, Selangor.
Sehubungan itu, Majlis Presiden PH mengharapkan Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin yang sebelum ini gagal mendapat perkenan Agong mengisytihar darurat ke seluruh negara untuk berkongsi dokumen belanjawan agar dimaklumi dan diberi sumbang saran oleh pihak Pembangkang.
Sekiranya hal itu gagal dilakukan, maka pihak PM Muhyiddin boleh dilihat tidak ikhlas mahu berdamai dan kekal berpoliticking biar pun ditegah Yang di-Pertuan Agong.
“Maka Perdana Menteri harus menjunjung titah Agong dengan mengadakan perbincangan dan rundingan segera dengan pihak Pembangkang berkenaan isi kandungan Belanjawan 2021 sebelum ia dibentangkan di Parlimen, supaya ia dapat mencapai objektif-objektif yang diingini Tuanku.
“Majlis Presiden yakin semua Ahli Parlimen akan terlibat di dalam sesi perbahasan yang sihat untuk memastikan belanjawan mengutamakan kepentingan negara dan rakyat, serta menepati aspirasi seperti yang telah dititah oleh Tuanku,” kata kenyataan itu lagi.
Selain itu, kenyataan bersama Majlis Presiden turut menjunjung kasih terhadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja di atas penolakan berprinsip terhadap permohonan PM untuk mengisytihar darurat.
“Kenyataan Majlis Raja-Raja bertarikh 25 Oktober menjelaskan pertimbangan yang telah diambil kira oleh Raja-Raja Melayu dalam isu yang amat serius ini.
“Duli-Duli Tuanku sedar tentang hak dan budi bicara serta peranan seperti yang termaktub di dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dalam mengimbangi pelbagai tuntutan demi menjamin berlakunya keadilan dan membatasi unsur penyalahgunaan kuasa, dan telah membuat keputusan berdasarkan perkara tersebut,” kata mereka lagi.
Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30369

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 473 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Agong Berkenan Adakan Rundingan Dengan Raja Raja Melayu Untuk Bincang Cadangan Muhyiddin

Agong Berkenan Adakan Rundingan Dengan Raja Raja Melayu Untuk Bincang Cadangan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 392 hits
1 024 total views 1 024 views today Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan mengadakan rundingan dengan Raja Raja Melayu dalam masa terdekat bagi membincang dan memperhalusi cadangan dikemukakan...
Agong Titah Ahli Parlimen Sokong Belanjawan 2021

Agong Titah Ahli Parlimen Sokong Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 419 hits
Foto Ihsan Istana NegaraM Update 28 10 2020 Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menasihati ahli Dewan Rakyat supaya memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 Baginda bertitah ini demi kesejahteraa...
Mb Junjung Kasih Titah Agong Fokus Isu Rakyat

Mb Junjung Kasih Titah Agong Fokus Isu Rakyat

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 275 hits
SHAH ALAM 25 OKT Dato Menteri Besar menjunjung kasih atas keputusan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang bertitah tiada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau ma...
Umno Junjung Titah Agong Pru Perlu Lepas Covid19 Zahid Hamidi

Umno Junjung Titah Agong Pru Perlu Lepas Covid19 Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 246 hits
Umno memutuskan agar mandat rakyat dikembalikan dengan mengadakan pilihan raya umum bagi mewujudkan kerajaan yang stabil setelah pandemik Covid 19 dapat dikawal dan berada di tahap minimum Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata...
Perdana Menteri Harus Junjung Titah Tuanku Dan Berunding Segera Dengan Pembangkang Berkenaan Belanjawan 2021

Perdana Menteri Harus Junjung Titah Tuanku Dan Berunding Segera Dengan Pembangkang Berkenaan Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 396 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan menjunjung kasih terhadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan Majlis Raja Raja di atas penolakan berprinsip terhadap permohonan Perdana Menteri untuk mengisytihar darurat Kenyataan Majlis Raja ...
6020 Belanjawan 2021 Ppim Harap Semua Pihak Junjung Perintah Agong Malaysia Gazette 26 10 2020

6020 Belanjawan 2021 Ppim Harap Semua Pihak Junjung Perintah Agong Malaysia Gazette 26 10 2020

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 371 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia meminta semua pihak menjunjung perintah dan mendokong titah Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mengenai kepentingan Belanjawan Negara 2021 Pengerusi PP...
Pakatan Ingatkan Pm Titah Agong Runding Belanjawan

Pakatan Ingatkan Pm Titah Agong Runding Belanjawan

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 208 hits
SHAH ALAM 29 OKT Pakatan Harapan mengingatkan perdana menteri agar mengadakan rundingan segera dengan pembangkang berhubung isi kandungan Belanjawan 2021 sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 November ini Menerusi kenyataan bersama Ma...
Belanjawan 2021 Keadilan Hayati Titah Nasihat Agong

Belanjawan 2021 Keadilan Hayati Titah Nasihat Agong

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 333 hits
KEADILAN menjunjung kasih dan menghayati titah nasihat Yang di Pertuan Agong yang mahu kebajikan rakyat diutamakan dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentang di Parlimen bulan depan Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution Ismail berkata...
Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Fuel Prices Remain Unchanged

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Clicks To Conversion E Com Startups

Mak Pergi Menuai Hasil Tanaman

Amalan Kelebihan Malam Nisfu Syaaban

11 Cinta Sebelum Kamu

Renew Domain Dan Kembali Menulis

Kacang Soya Kebaikan Keburukan Kesan Berlebihan