Perdana Menteri Harus Junjung Titah Tuanku Dan Berunding Segera Dengan Pembangkang Berkenaan Belanjawan 2021
Majlis Presiden Pakatan Harapan menjunjung kasih terhadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja di atas penolakan berprinsip terhadap permohonan Perdana Menteri untuk mengisytihar darurat. Kenyataan Majlis Raja-Raja bertarikh 25 Oktober menjelaskan pertimbangan yang telah diambil kira oleh Raja-Raja Melayu dalam isu yang amat serius ini. Duli-Duli Tuanku amat sedar tentang hak dan budi bicara serta peranan seperti yang termaktub di dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dalam mengimbangi pelbagai tuntutan demi menjamin berlakunya keadilan dan membatasi sebarang unsur penyalahgunaan kuasa, dan telah membuat keputusan berdasarkan perkara tersebut.
Majlis Presiden juga mengambil maklum kenyataan Istana Negara bertarikh 28 Oktober 2020 yang menyampaikan titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Dalam kenyataan tersebut, Tuanku telah menasihatkan semua Ahli Parlimen untuk memberi sokongan kepada Belanjawan 2021 demi kelangsungan kesejahteraan rakyat dan pemulihan ekonomi negara yang cukup terkesan akibat pandemik Covid-19
Belanjawan 2021 perlu memberi fokus kepada keperluan petugas barisan hadapan yang menjadi benteng rakyat Malaysia dari wabak Covid-19. Ia juga perlu menetapkan halatuju yang mampu memastikan Malaysia akan terus maju sewaktu dan selepas pandemik - termasuk dengan mengenalpasti strategi-strategi pembangunan baharu untuk ekonomi serta membantu jutaan rakyat Malaysia yang terkesan sama ada akibat kehilangan pekerjaan mahupun pendapatan pada tahun 2020 ini
Berjuta-juta rakyat Malaysia yang berada pada atau di bawah paras kemiskinan amat mengharapkan bantuan melalui belanjawan ini. Golongan yang tidak harus ketinggalan juga adalah yang mengharapkan moratorium pinjaman dilanjutkan
Atas sebab-sebab ini Majlis Presiden Pakatan Harapan amat bersetuju dengan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa amatlah penting dan serius untuk Belanjawan 2021 ini dirundingkan dengan Pembangkang sebelum dibentang di Parlimen
Maka Perdana Menteri harus menjunjung titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan mengadakan perbincangan dan rundingan segera dengan pihak Pembangkang berkenaan isi kandungan Belanjawan 2021 sebelum ia dibentangkan di Parlimen pada 6hb November, supaya ia dapat mencapai objektif-objektif yang diingini Tuanku
Majlis Presiden yakin bahawa semua Ahli Parlimen akan terlibat di dalam sesi perbahasan yang sihat untuk memastikan Belanjawan 2021 mengutamakan kepentingan negara dan rakyat, serta menepati aspirasi seperti yang telah dititah Tuanku
YB Dato’ Seri Anwar IbrahimParti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
YB Lim Guan EngParti Tindakan Demokratik (DAP)
YB Hj Mohamad SabuParti Amanah Negara (AMANAH)
MR : Kena mereka sangat beriya-iya nak bersama dalam belanjawan?
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mindarakyat.net/2020/10/perdana-menteri-harus-junjung-titah.html