Laksa Utara Gerenti Sedap





Alhamdulillah kerana banjir di Kelantan dan Terengganu beransur surut sebelum kami balik ke Kelantan pagi esok. Risau juga untuk balik dengan anak cucu yang masih kecil jika keadaan masih banjir di sana.
Kami mengambil homestay yang berdekatan dengan Pantai Irama Bachok kerana ingin dekat dengan majlis perkahwinan anak buah yang diadakan di Bukit Marak. Selepas majlis kami akan check in di Hotel Perdana Kota Bharu untuk membolehkan anak cucu bermain dan mandi kolam renang. 
Sebelum balik kampung, saya menerima periuk non stick dari Vantage yang bersaiz agak besar iaitu 36 cm. Saya memang suka produk die cast Vantage ini. Permukaannya dilapisi dengan gliter non stick. Walaupun bersaiz agak besar tapi ianya ringan dan mudah untuk diuruskan. 
Saya memang concern sedikit dengan masalah ini selepas mengalami masalah carpal tunnel sehingga perlu mengambil injection untuk mengurangkan kesakitannya. Bila memasak, saya hanya menggunakan satu tangan untuk mengangkat periuk atau kuali. 
Dengan saiz seperti ini, memang memasak kuah laksa, kuah sup, kuah kacang dsb menjadi sangat mudah. Tak perlu risau untuk mengacau ngacau sehingga terkeluar dari periuk. Jadi jom apa lagi, dapatkan periuk ini yang sangat memudahkan kerja kerja anda di dapur. 
Saya belajar membuat laksa ini dari sahabat baik saya yang berasal dari Perlis. Selain mengajar saya, dia juga datang merasainya ketika saya memasak untuk majlis rumah terbuka raya di rumah kami. Dia menambah asam dan garam bagi menjadikanya secukup rasa. Dari situ lah, saya belajar bagaimana laksa seharusnya menpunyai rasa masam masam dan masin. 
Laksa yang saya buat hari ini adalah untuk separuh adunan sahaja iaitu menggunakan 500 gram ikan kembung. Jika mahu buat 1 kg ikan, cuma ganda kan sahaja. Kuah laksa lebih sedap jika menpunyai rasa yang masam masam sedikit. Jadi jika disediakan sebelah malam, lagi sedap dimakan keesokan harinya. 
Kuah laksa utara memang berwarna agak cerah kerana ianya tidak menggunakan cili kisar yang banyak. Jika ingin rasa pedas, lebihkan cili hiris atau cili padi semasa dihidangkan. 
Jom layan resipi di bawah ini serta cara penyediaannya. Jangan lupa menonton video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Laksa UtaraOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 pek laksa beras kering - cap cili½ kg ikan kembung2 sudu besar cili kisarSegenggam asam keping - 30 kpg1 sudu besar garam halus1 ikat daun kesum1 kuntum bunga kantan
Bahan kisar½ biji bawang merah besar4 biji bawang merah½ sudu kecil belacan
Bahan lain:Daun selom/daun saladTimunBawang besarCili merah/cili padiLimau kasturi - belah 2Telur rebus - belah 2Otak udang - jika suka
Cara cara:Rebus ikan dengan 2 liter air. Kisar isi ikan dengan air rebusan dan ketepikan. Kisar pula kepala dan tulang ikan dengan baki air rebusan dan ketepikan.
Masak bahan kisar sehingga hampir kering dan masak. Masukkan air tulang ikan, isi ikan dan 1 liter air. Masukkan asam keping dan garam. Masak atas api sederhana sehingga mendidih.
Setelah mendidih, masukkan daun kesum dan bunga kantan. Biarkan merenih sehingga rasanya sebati.
Nota:Kalau guna laksa basah, basuh laksa dan celur dalam air mendidih. Jika guna laksa kering, rendam laksa hingga lembut. Kemudian direbus hingga laksa betul betul lembut mengikut arahan pada bungkusan laksa. Atau boleh juga direbus dengan menggunakan periuk tekanan Noxxa seperti di bawah:
Cara rebus laksa Noxxa
Bahan - Bahan1 bungkus Laksa Cap Kampung
Cara - CaraBilas sekejap laksa kering dengan air biasa kemudian letakkan dalam periuk noxxa.
Masukkan air sehingga paras laksa. Tutup dan putar tombol ke pressure, tekan RICE selama 6 minit.
Selepas bunyi beep tekan off dan putar tombol ke steam untuk lepaskan wap. Tos dalam penapis dan bilas dengan air sejuk untuk hilangkan kanji.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/12/laksa-utara-gerenti-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Tart Nanas Premium Gerenti Sedap Dan Tak Jemu Dimakan

Resipi Tart Nanas Premium Gerenti Sedap Dan Tak Jemu Dimakan

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 143 hits
Tart nanas adalah sejenis kuih yang semestinya akan ada ketika kita menyambut Aidilfitri Membuat tart nanas yang sedap dan tak jemu dimakan adalah skill yang perlu ada bagi pembuat tart nanas Tart yang sedap pasti akan jadi kegemaran dan di...
Resipi Laksa Sardin Tin Sedap Kalah Kedai Kopitiam

Resipi Laksa Sardin Tin Sedap Kalah Kedai Kopitiam

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 138 hits
Menu laksa memang menjadi kesukaan ramai Kepekatan kuah laksa memberikan kenikmatan ketika makan Boleh cuba buat laksa guna sardin tin Memang sedap Terus jadi rajin bila mudah pula nak memasaknya Laksa Sardin TinBahan kuah 2 tin sardin4 bij...
Resipi Masak Lemak Cili Api Udang Galah Dan Lala Dua Dua Sedap

Resipi Masak Lemak Cili Api Udang Galah Dan Lala Dua Dua Sedap

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 231 hits
Masak lemak cili api adalah sejenis lauk yang disukai bagi penggemar hidangan pedas Lazimnya masyarakat Negeri Sembilan Lagi pedas lagi menarik cita rasa Antara lauk yang sedap dijadikan masak lemak adalah udang galah dan lala Jom kita liha...
Nasi Goreng Cili Kering Sedap Pembuka Selera

Nasi Goreng Cili Kering Sedap Pembuka Selera

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 239 hits
Assalamualaikum semua telah lama saya tak bersiaran Tak tahu kenapa kebelakangan ini mood ke laut sahaja Walaupun hari hari memasak saya tidak ada mood untuk update di dalam blog Sementara itu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepa...
Kole Kacang Mencabar Nak Buat Tapi Berbaloi Sedap Sungguh Ini Resipi Guna Sukatan Cawan

Kole Kacang Mencabar Nak Buat Tapi Berbaloi Sedap Sungguh Ini Resipi Guna Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 185 hits
Melihat pada cara membuat kuih kole kacang memang agak mencabar untuk membuat kuih tradisional ini Silap buat tahi minyak jadi pahit Tapi dengan teknik dan resipi yang betul memang boleh dibuat Lama lama cuba buat mesti makin lama makin sed...
Nak Sup Tulang Lagi Sedap Tumis Daun Saderi Lobak Merah Yang Dikisar

Nak Sup Tulang Lagi Sedap Tumis Daun Saderi Lobak Merah Yang Dikisar

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 291 hits
Sup tulang enak kalau dihirup panas panas tambah pula dapat nikmati dengan daging yang lembut Teringin nak masak sup tulang lembu boleh lah try resepi ni Sup ni dimasak secara manual Kalau yang ada pressure cooker lagi memudahkan masa untuk...
Cara Masak Sambal Udang Yang Sedap Cuba Buat Udang Masak Thai Macam Ni

Cara Masak Sambal Udang Yang Sedap Cuba Buat Udang Masak Thai Macam Ni

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 264 hits
Selalu masak sambal cara kita apa kata cuba pula masak udang Thai style yang viral sebelum ini
Resepi Mudah Puding Roti Karamel Confirm Jadi Makan Sejuk Sejuk Memang Sedap

Resepi Mudah Puding Roti Karamel Confirm Jadi Makan Sejuk Sejuk Memang Sedap

papar berkaitan - pada 17/12/2022 - jumlah : 239 hits
Resepi Puding Karamel yang amat mudah disediakan dan rasanya memang sedap Sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu dan masa untuk menyediakannya pun tidak susah Resepi mudah pasti jadi PUDING ROTI KARAMEL Bahan A 4 sb gula 3 sb air cairkan gu...
Buat Sendiri Grilled Chicken Wrap Sedap Dan Puas Makan

Buat Sendiri Grilled Chicken Wrap Sedap Dan Puas Makan

papar berkaitan - pada 17/12/2022 - jumlah : 243 hits
Menikmati wrap juga boleh mengenyangkan Dengan sekeping wrap dibungkus dengan kepingan ayam dan pelbagai sayur sayuran boleh jadi kenyang juga Sesuai untuk dinikmati pada waktu pagi sebagai sarapan atau pada waktu tengah hari juga malam seb...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin