Lain Macam Aura Anak Lelaki Memang Lasak Tapi Cukup Sayang Ibu Dia


Bila ada anak lelaki, memang pening! Dia punya lasak tu macam-macam perangai dia buat. Akal pun panjang, ada saja idea. Anak lelaki ada kebaikan mereka tersendiri, biarpun kuat bermain tapi mereka cukup prihatin dan peka dengan perasaan orang terutamanya ibu mereka.
Artikel Menarik: [Rajin Doakan Anak, Dia Berjaya. Suka Puji, Jadi Yakin Diri & Berani!]

Nak jaga anak lelaki atau perempuan, kedua-duanya bukan mudah. Ada cabaran tersendiri, maklumlah setiap anak ada perwatakan dan kerenah tersendiri kan? Untuk ibu ayah yang mempunyai anak lelaki, berikut beberapa tip yang boleh Pa&Ma kongsikan untuk anda;
PANTAU TAHAP AGRESIF ANAK
Ia perkara normal apabila anak lelaki suka bermain dengan senjata (pistol, pedang dan sebagainya), dan kemudian beraksi seolah-olah mereka membunuh orang jahat. Jika anak lelaki anda pernah bermain begini, ia menunjukkan impian mereka untuk menjadi penyelamat dan menegakkan keadilan.
Kredit foto: Facebook Mohd Azizi Melakonkan watak sebagai polis dan penjahat atau bermain ala-ala situasi berdepan zombi dapat menggalakkan anak untuk bertindak mengikut logik (yang mana betul dan salah). Setiap kali mereka bermain begini, anda memainkan peranan penting untuk memantau dan menegur jika ia keterlaluan.
Artikel Menarik: [Tak Perlu Cakap, Bila Cium & Peluk Anak Dia Tahu Kita Sayang. Selalulah Buat!]
Banyak menonton rancangan di televisyen juga boleh menjadi faktor mereka bermain dengan kasar. Oleh itu, anda harus sentiasa peka dengan cara mereka bermain dan pastikan mereka tahu sejauh mana mereka boleh bermain secara kasar dan agresif.
Tidak perlu marah, cukup sekadar menerangkan perkara yang harus mereka tahu supaya mereka faham dan bukannya mengelak daripada melakukannya kerana takut dimarahi anda.
TUNJUKKAN CONTOH YANG BAIK
Anak lelaki biasanya lebih banyak menyimpan memori dan sentiasa ingat apa yang berlaku di persekitaran mereka. Untuk membentuk sahsiah diri yang baik dalam diri mereka, anda harus menjadi contoh terbaik. Ayah terutamanya digalakkan untuk melayan isteri, ibu dan adik-beradik perempuan dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang agar anak-anak dapat menjadikan anda contoh.
Artikel Menarik: [Auto Sebak Tengok Reaksi Pakcik Ni Bila Tahu Anaknya Mengandung. Sedih!]
Salah satu cara yang baik untuk mengajar anak lelaki cara untuk melayan orang lain dengan baik adalah dengan sentiasa bercerita kepada mereka akan kepentingan serta ganjaran menjadi manusia yang sentiasa baik dengan orang lain.
Kredit foto: Facebook Mohd Azizi TEKANKAN CIRI-CIRI KEBAIKAN DAN SENSITIVITI
Untuk mengembangkan sisi sensitif anak lelaki, jelaskan kepada mereka kepentingan berkongsi alat mainan dengan rakan atau berbuat baik kepada haiwan. Anda juga boleh membacakan cerita tentang lelaki dalam sejarah yang memperjuangkan keamanan dan kebaikan. Cari peluang untuk mewujudkan peranan sebagai lelaki yang positif dengan menghabiskan masa berkualiti dengan mereka atau mengalakkan mereka untuk menyertai kerja-kerja amal.
Meraikan anak lelaki dengan kasih sayang dan penghargaan juga boleh menjadikan mereka lebih mudah mendengar kata.
GALAKKAN EKSPRESI EMOSI
Sentiasa berikan galakan kepada anak  untuk meluahkan perasaan mereka. Biasanya anak lelaki lebih suka memendam perasaan mereka, tetapi sebagai ibu ayah anda harus peka dan bijak untuk menggalakkan mereka bercerita. Anda boleh bercerita dan minta pendapat mereka tentang seusatu hal.
Ini memberi mereka satu perasaan dihargai dan menjadikan mereka lebih bersikap terbuka untuk berkongsi sebarang masalah. Jangan judge tetapi beri galakan untuk mereka bercerita dengan memberi pendapat yang neutral dan tidak menyalahkan anak.
Kredit foto: Facebook Mohd Azizi BERI ANAK RUANG
Anak lelaki suka bermain secara bebas. Mereka tidak selesa dikawal dan dikongkong. Beri ruang kepada mereka untuk bermain dengan menyediakan satu kawasan khas untuk mereka bermain. Di situ, biarkan mereka untuk menjadi diri sendiri tanpa dihalang untuk berbuat apa saja. Sesekali sertai mereka dan sediakan aktiviti yang boleh dibuat bersama.
Jika bermain dengan ayah, banyakkan permainan survival. Ibu pula boleh banyakkan bermain dengan aktiviti skil harian.
Jika diberi peluang dan ditunjukkan cara sebenar untuk membesar menjadi anak yang menyenangkan, ibu bapa harus mengambil inisiatif untuk melatih anak-anak sedari kecil. Elakkan terlalu banyak memarahi mereka kerana ia akan memberi impak kepada emosi serta tumbesaran mereka.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

The post Lain Macam Aura Anak Lelaki. Memang Lasak, Tapi Cukup Sayang Ibu Dia! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lain-macam-aura-anak-lelaki-memang-lasak-tapi-cukup-sayang-ibu-dia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebab Saya Sayang Mama Saya Rajin Tolong Ibu Ramai Cair Tengok Kerajinan Anak Puteri Sarah

Sebab Saya Sayang Mama Saya Rajin Tolong Ibu Ramai Cair Tengok Kerajinan Anak Puteri Sarah

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 181 hits
Sejuk hati ibu yang mengandungkan bila mana melihat anak yang rajin tulang membantu ibunya walaupun masih lagi kecil Perkongsian pelakon Puteri Sarah Liyana yang memuat naik video anak sulungnya Syaikhul Islam yang ringan tulang membantunya...
Pantang Style Keluarga Malaysia Dapat Mentua Baik Sayang Macam Anak Sendiri

Pantang Style Keluarga Malaysia Dapat Mentua Baik Sayang Macam Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 225 hits
Tak kaya harta tak apa asalkan dapat keluarga yang baik dan sentiasa hidup berkasih sayang pun dah bersyukur sangat Begitu jugalah bagi pasangan suami isteri ini yang berkahwin campur dan kehidupan mereka sangat harmoni sekali Biasanya caba...
Pinggang Macam Nak Putus Tak Cukup Rehat Jaga Anak Raja Ilya Lega Suami Bantu

Pinggang Macam Nak Putus Tak Cukup Rehat Jaga Anak Raja Ilya Lega Suami Bantu

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 181 hits
Bergelar ibu bukannya mudah sepenuhnya perhatian diberikan kepada bayi yang masih kecil Bagi pelakon Raja Ilya yang selamat melahirkan bayi perempuannya pada Julai lalu mengakui cabaran baru bergelar ibu Biarpun amat bahagia dengan momen da...
Anak Najib Bakal Menggantikan Najib Di Pekan Tapi Najib Nak Ke Mana

Anak Najib Bakal Menggantikan Najib Di Pekan Tapi Najib Nak Ke Mana

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 303 hits
SHAH ALAM Walaupun Mahkamah Persekutuan belum mendengar rayuan terakhir bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pembabitannya dalam kes syarikat SRC International Sdn Bhd namun sudah ada cakap cakap mengenai siapa bakal m...
Penyokong Mohon Mahkamah Adil Terhadap Najib Tapi Banyak Macam Makcik Zuraida Ni

Penyokong Mohon Mahkamah Adil Terhadap Najib Tapi Banyak Macam Makcik Zuraida Ni

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 213 hits
MOHD SHAH RIMPuan Zubaida ni very Najib makan najib minum najib tidur pun najib kau tak boleh argue atau explain kenapa najib bersalah dia akan tetap cakap najib tidak bersalah Ni bukti kekuatan UMNO kerana ramai yang mcm Puan Zubaida Dulu ...
4 Waktu Efektif Menasihati Anak Yang Ibu Ayah Kena Praktis Insyaallah Menjadi

4 Waktu Efektif Menasihati Anak Yang Ibu Ayah Kena Praktis Insyaallah Menjadi

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 136 hits
Memberi nasihat adalah proses pengajaran yang berpanjangan dan tiada limitasi usia Apabila bergelar ibu bapa memberi nasihat adalah salah satu tugas rutin yang menjadi kewajipan utama pada anak anak Setiap ibu bapa sudah tentu mahu membesar...
Tapi Yusuf Menari Elok Lagi Dari Daddy Gelagat Anak Hairul Azreen Men Ri Cuit H Ti Ramai

Tapi Yusuf Menari Elok Lagi Dari Daddy Gelagat Anak Hairul Azreen Men Ri Cuit H Ti Ramai

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 195 hits
Seronok lihat keluarga bahagia pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha bercuti keluar negara dan mengha biskan masa bersama Pelbagai aktiviti mereka lakukan di sana dan manfaatkan masa bersama sepenuhnya sebelum masing masing sib...
Dagu Tu On Point Macam Anak Mat Salleh Geram Tengok Anak Dara Mua Bellaz

Dagu Tu On Point Macam Anak Mat Salleh Geram Tengok Anak Dara Mua Bellaz

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 224 hits
Sejak Nur Aisywara Nealofa lahir dan tiap kali Mua Bellaz memuat naik gambar anak perempuannya pasti ramai yang memuji kecomelan Aisywara Manakan tidak dengan mata yang bulat pipi yang kemerah merahan tak puas menatap wajahnnya Sesuai sungg...
Setandan Buah Kelapa Sawit Bukan Ringan Berat Macam Tong Gas Tapi Gadis Ini Selamba Saja Angkat

Setandan Buah Kelapa Sawit Bukan Ringan Berat Macam Tong Gas Tapi Gadis Ini Selamba Saja Angkat

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 210 hits
Jant na dan kudr t seorang perempuan tidak menjadi masalah buat gadis berusia 20 tahun ini untuk melakukan kerja kerja b rat Walaupun mempunyai fiz kal kecil dan berat badan sekitar 40 kil0gram namun dia mampu membuat kerja di kebun kelapa ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game