Pantang Style Keluarga Malaysia Dapat Mentua Baik Sayang Macam Anak Sendiri


Tak kaya harta tak apa, asalkan dapat keluarga yang baik dan sentiasa hidup berkasih sayang pun dah bersyukur sangat. Begitu jugalah bagi pasangan suami isteri ini yang berkahwin campur dan kehidupan mereka sangat harmoni sekali.
Biasanya cabaran untuk memahami budaya lain pasti ada tapi yang uniknya bagi keluarga Dr Siti Hajar Md Hanif, keluarga mentua cukup baik sekali dan saling menghormati antara satu sama lain.
Menerusi video dikongsikan Dr Siti Hajar, ibu mentuanya yang berbangsa India, Thaivanai A/P Muniady melayannya dengan baik sekali serta membantu menguruskan dirinya ketika berpantang selepas bersalin pada 30 Jun lalu.
@hajarangelique Pantang style Keluarga Malaysia. Melayu, Cina, India.. semua ada 🥰 #fyp #fypシ #fypage #foryou #foryoupage #keluargamalaysia #malaysiatiktok ♬ Kenangan Terindah – Geisha “Saya bersalin anak ketiga tahun ini. Sebelum tu memang dah rancang, masa pamtang mak mentua datang dari Perak jaga saya.
“Dua minggu sebelum bersalin lagi dia dah datang sebab masa tu saya memang sarat. Dia tolong masak untuk saya yang makin tak larat nak bergerak, siap bantu uruskan budak-budak (cucu) nak pergi sekolah.

“Bila dah bersalin, dia sambung jaga saya. Masak makanan pantang, siapkan air mandian herba, mengasuh baby masa saya berurut. Kemas rumah dan basuh pakaian pun dia tolong buat, ” ujarnya.
Lebih menarik lagi, Dr Siti Hajar memberitahu, suaminya memeluk Islam pada 2014 dan kini bernama Iskandar Chai Yoong Sang.
Bercerita lanjut mengenai keunikan keluarganya, wanita berusia 36 tahun itu berkata bapa mentuanya berbangsa Cina dan beragama Kristianmanakala ibu mentuanya berbangsa India dan beragama Hindu.

Mengimbas mengenai proses berpantang, Dr Siti Hajar berkata Thaivani menguruskan dirinya mengikut cara Melayu tetapi memasak masakan masyarakat Cina.
“Ibu mentua biasanya masak ikan atau ayam kukus, ikan masak taucu, udang masak kam heong dan sup ayam untuk hari biasa atau sewaktu sambutan Tahun Baharu Cina. Waktu pantang, dia masakkan saya ayam kukus bersama kurma merah dan goji berry.
“Ibu memang pandai masak masakan tu semua sebab lepas kahwin dulu dia dudukdengan ibu mentua berbangsa Cina. Masa pantang ibu mentua dia yang jaga, jadi dia banyak belajar masak ikut cara Orang Cina.

“Walaupun berlainan amalan dan budaya tetapi sebenarnya tak banyak beza pun cara berpantang tiga bangsa ini. Kelainan pada masakan saja sebab saya pun tak ikut betul-betul pantang macam Melayu zaman dulu,” katanya.
Menurutnya, ini kali kedua ibu mentua membantu menguruskan dirinya sehingga hari ke-30 berpantang.

Susulan perkongsiannya itu ramai yang gembira melihat keakraban keluarga ini yang hidup dengan penuh kasih sayang.
“Alhamdulilah..dapat mil yang baik pun adalah salah 1 rezeki dari Allah”
“Hargai ibu mentua mu puan….1 dalam 10 tu….rezeki puan 🥰”

“Seronok tengok keluarga macam ni. Saya doakan yang baik-baik sahaja untuk keluarga akak”
“Bangsa dan agama bukan ukuran untuk bahagia. Namun sesiapa yang memilih Allah untuk bahagia bersama adalah satu ANUGERAH. Alhamdulillah🤲”
Kredit: TikTok hajarangelique & mStar
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post “Pantang ‘Style’ Keluarga Malaysia.” Dapat Mentua Baik, Sayang Macam Anak Sendiri appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pantang-style-keluarga-malaysia-dapat-mentua-baik-sayang-macam-anak-sendiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lain Macam Aura Anak Lelaki Memang Lasak Tapi Cukup Sayang Ibu Dia

Lain Macam Aura Anak Lelaki Memang Lasak Tapi Cukup Sayang Ibu Dia

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 190 hits
Bila ada anak lelaki memang pening Dia punya lasak tu macam macam perangai dia buat Akal pun panjang ada saja idea Anak lelaki ada kebaikan mereka tersendiri biarpun kuat bermain tapi mereka cukup prihatin dan peka dengan perasaan orang ter...
Arwah Baik Lbu Sayang Damin Sangat Rakan Gurau Main Api Lbu Sedih Anak Jadi Mngsa

Arwah Baik Lbu Sayang Damin Sangat Rakan Gurau Main Api Lbu Sedih Anak Jadi Mngsa

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 247 hits
Sejak malam tadi kec0h mengenai kejadian menimpa seorang remaja lelaki yang ditemui meninggaI dunia di dalam tandas terbiar di Bandar Puncak Alam Fasa 3 Kuala Selangor petang semalam Artikel Berkaitan Pemergianmu Penuh Misteri Adik Damin Te...
Kemeriahan Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia Di Aeon Mall Nilai Negeri Sembilan Selamat Hari Merdeka Ke 65

Kemeriahan Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia Di Aeon Mall Nilai Negeri Sembilan Selamat Hari Merdeka Ke 65

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 298 hits
Salam to all my readers Kemeriahan Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia di AEON Mall Nilai Negeri Sembilan Selamat Hari Merdeka ke 65 Selamat Hari Merdeka buat semua harini timeline media sosial aku dibanjiri dengan status kemerdekaan S...
Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia Sempena Hari Kebangsaan Ke 65 Disambut Penuh Patriotik Di Aeon Mall Nilai

Sambutan Kita Merdeka Kami Anak Malaysia Sempena Hari Kebangsaan Ke 65 Disambut Penuh Patriotik Di Aeon Mall Nilai

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 212 hits
Assalamualaikum Salam Kemerdekaan yang ke 65 buat semua rakyat Malaysia Kemeriahan sambutan pada tahun ini memang lain dari yang lain Fiza pun seronok sangat walaupun tak berkesempatan nak pergi Dataran Merdeka dapat tengok perarakan merdek...
Video Rindunya Nak Balik Raja Ilya Kongsi Nikmat Jadi Anak Malaysia

Video Rindunya Nak Balik Raja Ilya Kongsi Nikmat Jadi Anak Malaysia

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 266 hits
Pelakon Raja Ilya yang kini menetap di Australia selama kurang empat tahun akui rindu hendak pulang ke Malaysia Sempena Hari Kemerdekaan yang ke 65 hari ini dia berkongsi pengalamannya sejak kecil yang senyiasa teruja menyambut Hari Kebangs...
Jom Strim Hasil Karya Anak Anak Malaysia Kita Di Disney Hotstar Sempena Merdeka Ini

Jom Strim Hasil Karya Anak Anak Malaysia Kita Di Disney Hotstar Sempena Merdeka Ini

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 239 hits
Sempena Merdeka ini kami mengambil kesempatan untuk memperkenalkan enam anak malaysia berbakat kita yang telah mencetuskan impak dalam industri animasi global dan tempatan Daripada siri yang memenangi anugerah sehinggalah filem yang menyent...
Bila Suka Membaca Anak Jadi Pandai Semua Masalah Settle Sendiri

Bila Suka Membaca Anak Jadi Pandai Semua Masalah Settle Sendiri

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 152 hits
Bila anak selalu membaca buku cerita ia dapat merangsang pemikiran mereka Kemahiran berfikir sama pentingnya dengan kemahiran membaca menulis dan mengira Anak yang selalu didedahkan dengan buku cerita atau ibu ayahnya suka bercerita didapat...
Program Jualan Keluarga Malaysia 2022 Di Aeon Big Danau Kota

Program Jualan Keluarga Malaysia 2022 Di Aeon Big Danau Kota

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 260 hits
Program Jualan Keluarga Malaysia di Aeon Big Danau Kota Assalamualaikum and holla gais korang pernah tak dengar tentang Program Jualan Keluarga Malaysia ni Qaseh sebelum ni pernah dengar tapi tak pernah berkesempatan untuk pergi tapi hari n...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii