Lahir Lebih Awal Dari Tarikh Jangkaan Diana Rafar Zamarul Hisham Selamat Timang Anak Lelaki Tahniah
Kelahiran baru dalam sesebuah keluarga tentu membawa seribu rahmat. Tahniah diucapkan kepada pelakon Diana Rafar kerana telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada hari Jumaat yang lalu sekitar jam 11.33 malam.
Berita gembira tersebut dikongsi oleh suaminya yang juga seorang pelakon, Zamarul Hisham. Menurut Zamarul dia dan isteri tidak menyangka bayinya itu akan bersalin lebih awal dari tarikh yang dijangka.
“Alhamdulillah.. Hari Jumaat jam 11.33 malam, lahir la seorang putera seberat 3.57kg, di @avisenawcsh. Kelahiran yg bakal menceriakan lagi Keluarga Kami.
“Terima kasih Allah atas rezeki yg kau berikan. Terima kasih wahai anak ku kerana kelahiran mu membuat kan papa terasa semakin muda,” tulis Zamarul pada satu entri dengan tiga keping gambar bersama putera yang masih belum dikongsi namanya itu.
Baca: Tetap Cantik Walau Dah Sarat, Niena Baharun Bakal Timang Anak Perempuan!
Zamarul turut berterima kasih kepada keluarga, teman dan peminat yang turut mendoakan isterinya itu.
“Terima Kasih kepada Followers yg sentiasa mendoakan diana, ingatkan baby nak keluar 16hb rupa-rupanya dia nak hari Jumaat jugak. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan,” tulis Zamarul lagi.
View this post on Instagram
Syukur Alhamdulillah.. hari Jumaat jam 11.33 malam, lahir la seorang putera seberat 3.57kg, di @avisenawcsh . Kelahiran yg bakal menceriakan lagi Keluarga Kami. Terima kasih Allah atas rezeki yg kau berikan. Terima kasih wahai anak ku kerana kelahiran mu membuat kan papa terasa semakin muda.
Terima Kasih kepada Followers yg sentiasa mendoakan diana, ingatkan baby nak keluar 16hb.. rupa2 nya dia nak hari Jumaat jugak.Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan.
. #avisenaspecialisthospital #avisenawomensandchildrenspecialisthospital
A post shared by Zamarulhisham Mohamed (@zamarulhisham93) on Sep 19, 2020 at 7:20am PDT
Atas kelahiran putera mereka itu, ruangan komen Instagram Zamarul dihujani ucapan tahniah daripada rakan artis dan juga warga maya.
Sebelum putera ketiga ini, perkahwinan antara Zamarul Hisham dan Diana Rafar dikurniakan dua orang anak iaitu Kashfi Haikal dan Kayla Reysha.
Seronoknya dapat baby baru dalam famili. Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti ini. Semoga dengan kehadiran bayi baru ini akan membawa lebih keceriaan untuk seluruh ahli keluarga. Selamat berpantang juga buat Diana Rafar!
Sumber: Gempak & IG Zamarul Hisham
Baca: Anak Takut Basah Kena Air? Mungkin Tanda Masalah Sensori. Doktor Saran Aktiviti Hujung Minggu Nak Rangsang Deria Sentuhan Anak
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
The post Lahir Lebih Awal Dari Tarikh Jangkaan, Diana Rafar & Zamarul Hisham Selamat Timang Anak Lelaki. Tahniah! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/lahir-lebih-awal-dari-tarikh-jangkaan-diana-rafar-zamarul-hisham-selamat-timang-anak-lelaki-tahniah/