Awak Memang Hebat 14 Jam Bertarung Nyawa Lahirkan Zuriat Kita Tahniah Falyq Hikyle Isteri Selamat Timang Bayi Perempuan
Pengorbanan seorang isteri ketika melahirkan cahaya mata memang tak dapat disangkal lagi. Ada yang terpaksa bertarung nyawa sehingga berjam-jam malah seharian sebelum lahirnya anak yang dikandung.
Penyampai radio Zayan, Falyq Hikyle mengumumkan isterinya Siti Nabilla Abu Raihan telah selamat melahirkan bayi perempuan mereka awal pagi Sabtu yang lalu.
Menerusi laman sosial Instagram, Falyq berkongsi berita gembira itu untuk tatapan umum.
“Allahuakbar, subhanallah, alhamdulillah. Isteri saya selamat melahirkan anak pertama kami secara normal sebentar tadi, Sabtu 12/9/2020, 2.10 pagi,” ujar Falyq menerusi ruangan kapsyen.
Malah, Falyq turut mengambil kesempatan memberikan ucapan penghargaan kepada isterinya kerana 14 jam bertarung nyawa di dalam bilik bersalin.
“Terima kasih sayang, awak memang hebat. 14 jam awak bertarung nyawa seorang diri dalam labour room untuk melahirkan zuriat kita. Power gila.
“Terima kasih juga untuk anda yang sentiasa doakan Lala dan Baby S. Semoga doa yang baik-baik itu kembalilah kepada anda semula, amin,” ujarnya lagi.
View this post on Instagram
Allahuakbar. Subhanallah. Alhamdulillah. Isteri saya selamat melahirkan anak pertama kami secara normal, sebentar tadi. Sabtu, 12/9/20, 2.10 pagi.
Terima kasih sayang. Awak sangat hebat. 14 jam awak bertarung nyawa seorang diri dalam labour room untuk melahirkan zuriat kita. Power gilaa. Terima kasih juga untuk anda yang sentiasa doakan Lala & baby S. Semoga doa yang baik-baik itu di kembalikan kepada anda semula. Amin.
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ “Wahai Tuhanku kurniakanlah untukku anak-anak yang soleh.” (Surah Al-Shaffat : 100) #anakayah #babyninjaishere
A post shared by Falyq Hikyle (@falyqhikyle) on Sep 11, 2020 at 5:11pm PDT
Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya memberikan ucapan tahniah kepada Falyq dan isteri.
“Alhamdulillah tahniah ayah. Semoga anak sihat dan membesar menjadi anak yang solehah,” tulis Radin Era.
“Alhamdulillah baby girl cucu opah,” ujar Zarina Zainuddin.
“Alhamdulillah tahniah bro. Semoga sihat semuanya isteri dan baby. Moga jadi zuriat yang soleh. Bola turun eh macam biasa,” usik Fakhrul UNIC.
“Alhamdulillah tahniah Falyq dan Lala,” komen Sari Yanti.
“Selamat datang ke kelab ‘jangan harap nak tidur’ bro! Hahaha tahniah Falyq dan Lala,” kata Haziq Hot FM.
Sekadar info, Falyq dan Nabilla berkahwin pada 14 Disember 2019 dalam sebuah majlis yang diadakan di Evolve Concept Mall Ara Damansara, Selangor.
sumber: Gempak & Instagram Falyq
EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid
Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergauk dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?
Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
The post “Awak Memang Hebat, 14 Jam Bertarung Nyawa Lahirkan Zuriat Kita.” Tahniah Falyq Hikyle & Isteri, Selamat Timang Bayi Perempuan appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/awak-memang-hebat-14-jam-bertarung-nyawa-lahirkan-zuriat-kita-tahniah-falyq-hikyle-isteri-selamat-timang-bayi-perempuan/