Lagi Kes Cubaan Menipu Jemaah



22 Feb | Sudah menjadi impian untuk semua penganut agama Islam untuk menunaikan ibadah umrah dan haji setidak-tidaknya sekali semua hidup.

Namun, apa yang menyedihkan apabila ada segelintir manusia yang cuba mengambil kesempatan terhadap impian orang lain dengan membuat pelbagai jenis penipuan dengan pakej haji dan umrah.

Bukan sekali dua perkara sebegini berlaku. Sudah banyak kali dan ramai telah menjadi mangsa penipuan pakej yang kononnya murah dan berpatutan.

Semalam, hampir berlaku satu lagi penipuan terhadap pakej umrah yang melibatkan satu agensi pelancongan yang secara realitinya mendakwa tidak terlibat langsung dalam pakej umrah yang mana pelanggan hanya perlu membayar RM1500 sahaja dan selebihnya ditanggung oleh sebuah badan koperat yang bergelar jutawan.

Perkara ini didedahkan oleh seorang pengguna Facebook yang juga salah seorang yang berada ditempat kejadian ketika itu, Azizul Asri Ahmad Tajuddin.

Jom ikuti kisah yang dikatakan cubaan menipu jemaah umrah dengan harga yang murah. Semoga kita tidak menjadi mangsa penipuan untuk melakukan ibadah.

Pencuri di belakang Kaabah!

6.30 ptg : Saya mendapat 1 info dari whatsapp group bahawa akan ada 1 taklimat Umrah Pakej RM6000 yang dijadualkan berangkat pada bulan Nov 2018. Jemaah hanya perlu bayar 'RM1500' sahaja. Baki (RM4500) akan ditaja oleh 1 kumpulan Usahawan Jutawan atas nama Infaq Niaga dengan kerjasama (kononnya) Housecoff Travel. Taklimat jam 8 mlm di Tadika Nur Raihan sebelah Masjid Kuarters KLIA.

8.45mlm : Saya tiba di lokasi. Perjumpaan telah berlangsung hampir 30 minit. Hampir 20 orang hadir. Taklimat dikendalikan oleh wanita berbaju & bertudung merah. Kami diberitahu bahawa banyak group telah berlepas sebelum ini. Siapa yang hadir diminta menulis nama dan pasangan serta anak2. Kuota hanya 300 orang untuk bayaran hanya RM1500.

Baki RM4500 ditaja. Bila ditanya siapa yang menaja. Jawapannya Infaq Niaga. Tanya lagi, siapa mereka? Dijawab mereka nie orang kaya di belakang tabir yang tidak mahu dihebohkan. Nie jutawan balak & kuari. Tanya lagi, dah berapa lama pakej dengam Housecoff Travel nie? Jawapannya since 2002.

Mereka tidak tahu dalam majlis tu ada anak owner Housecoff yang menyamar sebagai pelanggan. Para jemaah lain dilihat berminat. Siapa yang tidak tertawan dengan umrah hanya bayar RM1500.

Jemaah diminta bayar RM500 sebagai deposit segera. Ada yang minta tangguh sampai petang esok. Lalu 'dia' menelefon seorang 'Datuk' sambil bercakap untuk menangguhkan deposit sampai esok supaya jemaah yang berminat dapat bawa lagi orang lain bersama. Sebab pakej terhad untuk 300 orang saja.

Ada jemaah yang dah bayar RM500. Lalu resit dikeluarkan. 2-3 jemaah pula dilihat bersungguh bertanya soalan dan berkempen (Akhirnya diketahui bahawa mereka ini 1 pasukan)

Akhirnya anak owner Hosecoff buka mulut. Tercengang mencari jawapan. Lalu dijawab bukan kerjasama Housecoff Travel. Petik pulak nama Enigma & Ukhuwah Firdausi. Setelah di 'brainwash' duit deposit yang jemaah bayar pada malam tu dipulangkan kembali.

Jawapannya 1 saja. Niat mereka baik. Nak bantu jemaah pergi umrah. Diulang2 jawapan itu.

Saya melihat riak wajah jemaah yang hadir. Tercengang. Terpinga. Tak tahu yang mana betul. Berita jemaah terkandas & umrah murah yang menipu di dada akhbar saban tahun gagal memahamkan mereka.

Ada yang dah daftar untuk 7 orang. Ada yang daftar dengan mak ayah. Saya cuba jelaskan 1 persatu. Pergi umrah bukan macam kita beli tiket balik kampung. Atau beli baju di supermarket. Ia melibatkan duit, visa, kelulusan kerajaan untuk mengutip dana kerana melibatkan wang yang banyak. Apatah lagi dah ramai yang terkena.

Ada pula jemaah yang mengaku dapat pergi sebelum nie cuma bayar RM3800 saja. Katanya tak tipulah. Mmg pakej ni betul2 ada.

Saya jelaskan. Makcik, yang dapat pergi dengan RM3800 tu bukan kerana ditaja, tetapi diambil duit jemaah yang daftar lewat untuk makcik pergi. Nie adalah 'money game'. Duit orang bawah hantar orang atas.

Jemaah perlu dididik dengan betul. Tidaklah berdosa jika kita mati & tak sempat ke Makkah jika tidak tidak mampu. Asal ada usaha simpan duit sedikit2. Tetapi amatlah berdosa jika kita tahu penipu sedang menipu di belakang kelambu kaabah lantas kita cuba sekali bersembunyi bersama. RM1500 bukan sahaja tak boleh pergi Makkah, nak beli tiket flight pun belum lepas.

Ini baru 1 kes. Mereka bergerak underground. Melalui masjid dan surau. Group2 wassap. Undang2 sedia ada agak lemah. Yang ada pun setelah ditipu, terkandas, buat report polis, masuk muka depan metro & utusan, barulah tindakan diambil. Itu pun duit belum tentu dapat, pencuri belum pasti ditangkap.

Tahun berikutnya, mereka mulakan modus operandi baru. Jemaah baru & duit baru.

Tuan2 yang mulia, YB bagi kerusi kat masjid atau sekolah pun mau tulis nama. Bagi duit 1k 2k pun mau buat cheque besar2 masuk Sinar. Nie lagi ratus2 ribu nak sponsor takkan tak nak mileage? Mereka ini muncul memanipulasi keinginan jemaah yang kurang kemampuan tetapi membuak keinginan untuk ke Makkah!

Maafkan saya sebab mention nama organisasi & wajah mereka di dalam posting ini. Kerana maslahat jemaah yang ditipu dan bakal ditipu lebih utama.

Amat jelik mereka yang menipu umrah. Lantas bersembunyi di belakang kiswah!

Yang benar,
Azizul Asri Ahmad Tajuddin
Suffah Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/LN6898|LKU144)
CSQ Training Centre


Sumber: Siakapkeli


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://hajiterengganu.blogspot.com/2018/02/lagi-kes-cubaan-menipu-jemaah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video 3 Pembunuh Buat Lakonan Semula Kes Pembunuhan Sumbat Cangkul Terjawab Semuanya

Video 3 Pembunuh Buat Lakonan Semula Kes Pembunuhan Sumbat Cangkul Terjawab Semuanya

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 329 hits
VIDEO 3 PEMBUNUH Buat Lakonan Semula Kes Pembunuhan Sumbat Cangkul TERJAWAB SEMUANYA AKHIRNYA SAAT YANG DINANTI DAH TIBA 3 Penjenayah ni buat lakonan semula macam mana dorang rogol seksa dan bunuh mangsa Segalanya TERJAWAB lepas korang teng...
6 Tertuduh Kes Bunuh Zulfarhan Terlepas Hukuman Gantung

6 Tertuduh Kes Bunuh Zulfarhan Terlepas Hukuman Gantung

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 232 hits
The ReporterMahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia bersalah di atas pertuduhan membunuh Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lalu Hakim Datuk Azman Abdullah me...
Lagi Kes Antara Dua Darjat

Lagi Kes Antara Dua Darjat

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 204 hits
Dah jadi norma baharu di Malaysia Kesalahan dibuat oleh dua pihak tapi cuma satu pihak didapati bersalah Sebelum ini kes rasuah Yang beri rasuah didapati bersalah dan dihukum manakala yang terima rasuah pula lepas bebas Sekarang ini Najib d...
Kes Bunuh Zulfarhan 6 Penuntut Upnm Dipenjara 18 Tahun 12 Rakan Mereka Dipenjara 3 Tahun

Kes Bunuh Zulfarhan 6 Penuntut Upnm Dipenjara 18 Tahun 12 Rakan Mereka Dipenjara 3 Tahun

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 337 hits
Susulan kes kematian Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun ke atas enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang didapati bersalah menyebab...
Hiburan Susulan Kes Kematian Zulfarhan Enam Tertuduh Utama Terlepas Hukuman Gantung

Hiburan Susulan Kes Kematian Zulfarhan Enam Tertuduh Utama Terlepas Hukuman Gantung

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 336 hits
Susulan daripada kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lalu enam suspek utama yang dibicarakan dilaporkan terlepas hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi A...
Bayar Deposit Tuan Rumah Lesap Awas Kes Scam Rumah Sewa Makin Menjadi Jadi

Bayar Deposit Tuan Rumah Lesap Awas Kes Scam Rumah Sewa Makin Menjadi Jadi

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 339 hits
Oleh KEBELAKANGAN ini banyak pula kes tipu rumah sewa Bayar deposit kemudian tuan rumah hilang Lebih kasihan penipuan ini tak kira mangsa Pelajar yang mencari rumah sewa selepas institusi pengajian tinggi dibuka semula pun turut jadi mangsa...
Kes Bunuh Zulfarhan Nasib 18 Penuntut Upnm Diketahui Esok

Kes Bunuh Zulfarhan Nasib 18 Penuntut Upnm Diketahui Esok

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 282 hits
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah membacakan keputusan di akhir kes pembelaan
Harapan Lihat Kes Merosot Meleset

Harapan Lihat Kes Merosot Meleset

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 229 hits
Kuala Lumpur Jangkaan untuk melihat kes harian baharu Covid 19 terus berkurangan selepas rekod sekitar 4 000 kes pada pertengahan minggu ini ternyata meleset apabila angka jangkitan mula meningkat sedikit demi sedikit
Lembah Klang Bakal Kembali Jadi Hotspots Covid 19 Kes Melonjak

Lembah Klang Bakal Kembali Jadi Hotspots Covid 19 Kes Melonjak

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 238 hits
AGENDA DAILY Pecahan kes mengikut negeri yang dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri pada 30 Oktober 2021 Lembah Klang bakal mengulangi status sebagai hotspots Covid 19 di negara ini jika kes harian terutama di Selangor menyaksikan ianya kekal...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha