Lembah Klang Bakal Kembali Jadi Hotspots Covid 19 Kes Melonjak


 AGENDA DAILY
Pecahan kes mengikut negeri yang dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri pada 30 Oktober 2021.
Lembah Klang bakal mengulangi status sebagai ‘hotspots’ Covid-19 di negara ini jika kes harian, terutama di Selangor, menyaksikan ianya kekal melonjak.
Dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya, menyumbang 1,739 kes baharu Covid-19.
Dalam tempoh itu Selangor merekodkan jumlah tertinggi nasional sebanyak 1,401 kes berbanding 1,328 kes semalam, manakala Kuala Lumpur mencatat 309 kes berbanding 299 semalam, dan Putrajaya 29 kes baharu (44 semalam).
Sementara itu berdasarkan maklumat Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang COVIDNOW, kumulatif kes positif di Lembah Klang sejak awal tahun lalu hingga hari ini adalah sebanyak 910,442 kes. Sehingga semalam, seramai 881,783 pesakit dilaporkan telah sembuh.
Sehingga semalam, terdapat 18,364 kes aktif di Lembah Klang, dengan 15,309 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 1,626 ditempatkan di PKRC, 1,315 dirawat di hospital dan 114 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi dengan 73 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sehingga semalam, Lembah Klang mencatat 12,165 kematian, termasuk 2,711 pesakit yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau brought in death (BID).
Sementara itu, selain Selangor dan Kuala Lumpur yang merekodkan peningkatan kes hari ini, Sabah, Sarawak dan Terengganu turut merekodkan pertambahan jangkitan baharu.
Sabah merekodkan 650 kes baharu hari ini berbanding 589 semalam, diikuti Sarawak (646 kes baharu, 566 semalam); dan Terengganu (266 kes baharu, 251 semalam).
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata hanya dua kluster baharu dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, menjadikan keseluruhannya 5,765 kluster dengan 5,327 telah ditamatkan dan 438 lagi masih aktif.
Menurutnya, dua kluster yang dikesan itu membabitkan kumpulan berisiko tinggi di Jalan Puncak Iskandar, Perak Tengah dengan seramai tujuh individu daripada 40 saringan disahkan positif.
Sementara satu lagi iaitu kluster tempat kerja iaitu Kluster Industri Batu Berendam 2 yang menular di tiga daerah membabitkan Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah dengan 148 individu daripada 370 yang disaring, dijangkiti Covid-19.
Beliau juga memaklumkan daripada keseluruhan 5,854 kes baharu hari ini, 79 pesakit atau 1.3 peratus melibatkan kategori 3, 4 dan 5, manakala 5,775 pesakit atau 98.7 peratus lagi adalah pesakit kategori 1 dan 2.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/lembah-klang-bakal-kembali-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Covid 19 Di Selangor Naik 4 Hari Berturut Turut 12 Kluster Dikesan

Kes Covid 19 Di Selangor Naik 4 Hari Berturut Turut 12 Kluster Dikesan

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 279 hits
AGENDA DAILY Pecahan kes baharu Covid 19 mengikut negeri pada 22 Oktober 2021 berdasarkan statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan negeri hari ini merekodkan peningkatan kes baharu Covid 19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 ten...
2 Kes Pertama Covid 19 Varian Delta Plus Dikesan Dari 2 Pelajar Malaysia Pulang Dari Uk

2 Kes Pertama Covid 19 Varian Delta Plus Dikesan Dari 2 Pelajar Malaysia Pulang Dari Uk

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 272 hits
2 kes pertama Covid 19 varian Delta Plus dikesan dari 2 pelajar Malaysia pulang dari UKKementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan penemuan dua kes pertama Covid 19 subvarian Delta AY 4 2 di negara ini melibatkan pelajar Malaysia ya...
Kes Baru Covid 19 Menurun Sekali Lagi Bawah 5 000

Kes Baru Covid 19 Menurun Sekali Lagi Bawah 5 000

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 261 hits
MALAYSIA NOW Kes keseluruhan Covid 19 meningkat sebanyak 2 497 265 kes Seorang wanita berjalan melalui sebuah mural sambil melayari internet pada telefon bimbitnya di Jalan Panggung Orang ramai yang lengkap divaksinasi mendapat kelonggaran ...
Fuh Hati2 Ya Kes Covid 19 Dijangka Meningkat Kj

Fuh Hati2 Ya Kes Covid 19 Dijangka Meningkat Kj

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 497 hits
Khairy memberi penjelasan mengenai kes Covid 19 TREND penurunan kes harian Covid 19 antara 6 000 hingga 7 000 sejak seminggu lalu dijangka meningkat tidak lama lagi dengan sebahagiannya disebabkan oleh perjalanan rentas negeri Kementerian K...
Kes Covid 19 Lebih Tinggi Berbanding Indonesia Kj Perlu Jelaskan

Kes Covid 19 Lebih Tinggi Berbanding Indonesia Kj Perlu Jelaskan

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 242 hits
Oleh LIM KIT SIANG October 22 2021Khairy Jamaluddin perlu menjelaskan mengapa dalam 53 hari sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Kesihatan yang baharu pada 30 Ogos Malaysia mempunyai jumlah jangkitan dan korban Covid 19 lebih ting...
Covid 19 Israel Kesan Kes Pertama Varian Delta Plus Ay 4 2

Covid 19 Israel Kesan Kes Pertama Varian Delta Plus Ay 4 2

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 249 hits
Israel melaporkan kes pertama varian Delta Plus COVID 19 Israel kesan kes varian AY 4 2 BAITULMAQDIS Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan satu kes COVID 19 dikesan membabitkan subvarian Delta yang direkodkan di beberapa negara Eropah se...
Hiburan Kit Ujian Kendiri Covid 19 Bakal Dijual Di Stesen Minyak Dipasarkan Bawah Rm10

Hiburan Kit Ujian Kendiri Covid 19 Bakal Dijual Di Stesen Minyak Dipasarkan Bawah Rm10

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 255 hits
Penjualan kit ujian kendiri COVID 19 dilaporkan akan mula dipasarkan di rangkaian stesen minyak dan pasar raya dalam masa terdekat ini ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementPerkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Neger...
Awani Borneo 17 10 2021 Prosedur Baharu Jpbn Sarawak Ambil Kira Kes Covid 19

Awani Borneo 17 10 2021 Prosedur Baharu Jpbn Sarawak Ambil Kira Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 338 hits
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Syaff Shukri membawakan tumpuan berikut AWANIBorneo 17 Oktober 2021 Hanya orang Sarawak tidak perlu mohon EnterSarawak Pembangkang gesa GPS tidak terburu buru adakan PRN 12 Ada inisia
Kata Who Soal Perkiraan Pandemi Covid 19 Bakal Usia

Kata Who Soal Perkiraan Pandemi Covid 19 Bakal Usia

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 333 hits
Direktur Jenderal Organisasi Kesehatan Dunia Tedros Adhanom Ghebreyesus menyebutkan jika pandemi COvid 19 bisa berakhir dengan syarat jika dunia memilih untuk mengakhirinya
Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Growth Mindset In Startups

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Arenaa Batik Boutique Hotel

Narrowing Data Gaps To Ensure No Woman Or Girl Left Behind

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua

Malam Ni Kita Makan Mee Kuah Tulang Cara Utaqa Sebab Akak Orang Utaqa Penang

Individu Terkilan Ibu Kritik Gaji Sekolah Tinggi Tapi Gaji Macam Takde Sekolah

Malaysia Akan Hantar Pegawai Ke Washington Bincang Soal Tarif Trump Pmx