Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis
Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis 5
Ramai antara kita keliru mengenai sebutan yang betul, sama ada tasbih kifarah atau tasbih kaffarah? Artikel ini akan menerangkan perbezaan maksud tasbih kifarah dan tasbih kaffarah, lafaz tasbih kaffarah, dan kelebihan tasbih kaffarah sebagai doa pembersih majis.
Apakah itu Tasbih Kaffarah?
Tasbih kaffarah merupakan doa penutup bagi sesuatu majlis. Selalu di dalam mana-mana majlis ataupun mesyuarat ianya akan diakhiri dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah al Asr.
Perbezaan Makna Kifarah dan Kaffarah
Kifarah bererti balasan Allah SWT ke atas hambaNya yang mukmin ketika hidup di dunia akibat daripada dosa-dosa yang dilakukan olehnya.
Kaffarah pula dari sudut bahasa (al-Kafru) yang bermaksud menutup. Dinamakan kaffarah kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah SWT. Dari sudut istilah ia bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa.
Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis 6
Lafaz Tasbih Kaffarah Rumi
Lafaz Tasbih Kaffarah:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلهَ إِلَاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
Lafaz Rumi:
Subhaanaka Allaahumma wa bihamdika, 'ash-hadu 'an laa 'ilaaha 'illaa 'Anta, 'astaghfiruka wa 'atoobu 'ilayka.
Terjemahan:
Maha suci Engkau Ya Allah, dengan memujiMu, aku mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon keampunan dan aku bertaubat kepadaMu.
Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis 7
Dalil Berkaitan Tasbih Kaffarah
Diriwayatkan bahawa setiap kali Rasulullah SAW duduk di suatu tempat, apabila selesai membaca Al-Quran dan selesai melakukan solat, baginda mengakhirinya dengan membaca kalimah tasbih kaffarah dan diikuti surah Al Asr.
1. Berkaitan dengan membaca doa di akhir majlis, doa tersebut lebih dikenali sebagai tasbih kaffarah merupakan amalan yang telah sabit dalam hadis.
Perkara berkaitan ini telah disebut oleh Abu Hurairah RA di dalam riwayatnya, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ جَلَسَ فِي مَجْلِسٍ فَكَثُرَ فِيهِ لَغَطُهُ، فَقَالَ قَبْلَ أَنْ يَقُومَ مِنْ مَجْلِسِهِ ذَلِكَ: سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
Maksudnya: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis lalu banyak bergurau senda dalam majlis tersebut, sebelum meninggalkan itu hendaklah dia berdoa: Maha suci Engkau ya Allah dan segala puji-pujian bagi-Mu. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Engkau dan aku memohon ampun dan taubat kepada-Mu”. (Riwayat al-Tarmizi)
2. Dalam riwayat yang lain pula, Imam al-Baihaqi menukilkan riwayat Abu al-Barzah al-Asalmi. Riwayat berkenaan turut menyatakan bagi orang yang ingin meninggalkan majlis sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
)سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْك (. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ تَقُولُ كَلَامًا مَا كُنْتَ تَقُولُهُ فِيمَا خَلَا قَالَ: (هَذَا كَفَّارَةُ مَا يَكُونُ فِي الْمَجْلِسِ)
Maksudnya: “Maha suci Engkau ya Allah dan segala puji-pujian bagi-Mu. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan engkau dan aku memohon ampun dan bertaubat kepada-Mu. Mereka barkata: wahai Rasulullah SAW! Sesungguhnya kami mengucapkan perkataan yang diucapkan oleh Mu. Berkata Rasulullah SAW: ini adalah penutup bagi majlis” (Riwayat al-Baihaqi).
3. Daripada Abdullah bin Amr bin Al-As;
Sesungguhnya baginda (SAW) telah berkata:
“Suatu ucapan yang tidak diucapkan oleh seseorang apabila hendak bangun meninggalkan majlis sebanyak 3 kali melainkan dihapuskan dosa yang telah dilakukan dalamnya, dan tidak diucapkannya dalam suatu majlis yang baik dan majlis zikir melainkan ditutup dengan ucapan itu: سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau.
4. Daripada Ibnu Umar berkata bahawasanya Rasulullah SAW biasa menyebut sebelum meninggalkan suatu majlis sebanyak 100 kali:
رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الْغَفُوْرُ
Maksudnya: Ya Tuhanku,ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau adalah Maha Penerima Taubat dan Maha Pengampun).
Manfaat Baca Tasbih Kaffarah dan Surah Al Asr
1. Menghapuskan dosa
Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr dibaca sebagai penghapus dosa sepanjang berlangsungnya majlis.2. Menerangkan pengertian kerugian dalam Surah Al-Asr
Menerangkan pengajaran yang besar iaitu manusia sentiasa berada dalam kerugian dan supaya memberi peringatan kepada manusia.3. Menerangkan berusaha bersungguh-sungguh hingga berjaya dalam Surah Al-Asr
Mengajar kita tentang berusaha bersungguh-sungguh daripada masa yang telah kita habiskan sehingga menimbulkan sesuatu hasil.
Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis 8
Soalan FAQs Berkenaan Tasbih Kaffarah
Apakah sebutan yang betul, tasbih kifarah atau kaffarah?
Tasbih kaffarah.
Apakah maksud tasbih kaffarah?
Tasbih kaffarah dari sudut bahasa (al-Kafru) yang bermaksud tasbih penutup.
Apakah surah yang dibaca dengan tasbih kaffarah seusai majlis selesai?
Surah al Asr
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/04/tasbih-kaffarah.html