Doa 12 Pintu Pembuka Pintu Rezeki Segala Kebaikan
Doa 12 Pintu – Pembuka Pintu Rezeki & Segala Kebaikan
Terdapat satu doa yang baik untuk diamalkan pada bila-bila masa untuk memohon agar Allah SWT mengurniakan kebaikan, rezeki, kesihatan dan sebagainya.
Doa tersebut dikenali sebagai Doa 12 Pintu atau Doa Pembuka 12 Pintu. Berikut dikongsikan mengenainya.
BACA JUGA: Doa Murah Rezeki – Amalan Agar Rezeki Melimpah Ruah
Doa 12 Pintu
Bacaan Lafaz Rumi
Allahummaftahli abwabal khoiri wa abwassalamati wa abwasihati wa abwabanni’mati wa abwal barokati wa abwabal quwwati wa abwabal mawaddati wa abwabarrohmati wa abwabal rizqi wa abwabal ‘ilmi wa abwabal maghfiroti wa abwabal jannati ya arhamarrohimin
Maksud
Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Cara Mendapat Rezeki & Kebaikan Dalam Al-Quran
1. Beriman & Bertakwa
Allah akan memberikan nikmat yang berlimpah-ruah kepada orang yang beriman dan bertaqwa. Seperti firmanNya dalam Surah Al- A’raf, 96;
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ ٱلْقُرَىٰٓ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّقَوْا۟ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ
Maksudnya:
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.
2. Mengerjakan Suruhan & Menjauhi Larangan Allah
Allah akan memudahkan dan memberi jalan keluar bagi sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya). Seperti firmanNya dalam Surah At-Talaq, ayat 2;
فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍۢ وَأَشْهِدُوا۟ ذَوَىْ عَدْلٍۢ مِّنكُمْ وَأَقِيمُوا۟ ٱلشَّهَـٰدَةَ لِلَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ يُوعَظُ بِهِۦ مَن كَانَ يُؤْمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِ ۚ وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مَخْرَجًۭا ٢
Maksudnya;
Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
3. Suka Bertawakal
Allah juga akan memberikan rezeki yang tidak disangka-sangka kepadanya. Serta, menolong sesiapa yang berserah diri (bertawakal) kepadanya. Seperti firmanNya dalam Surah At-Talaq ayat 3;
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُۥٓ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمْرِهِۦ ۚ قَدْ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىْءٍۢ قَدْرًۭا ٣
Maksudnya:
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
4. Memohon Keampunan
Allah akan memberikan nikmat dan rezeki kepada sesiapa yang suka memohon keampunan kepadaNya. Seperti firmanNya dalam Surah Nuh, ayat 10-12;
فَقُلْتُ ٱسْتَغْفِرُوا۟ رَبَّكُمْ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارًۭا ١٠ يُرْسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًۭا ١١ وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَٰلٍۢ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّـٰتٍۢ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَـٰرًۭا ١٢
Maksudnya:
“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.
“(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
“Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).
5. Bersyukur
Allah akan menambah nikmatNya kepada sesiapa yang bersyukur dan memberi azab kepada sesiapa yang kufur. Seperti firmanNya dalam Surah Ibrahim, ayat 7;
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌۭ
Maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.
6. Bersedekah/Berinfak
Allah akan memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menggantikan sedekah/infak yang kita diberikan dengan sesuatu yang lebih baik. Seperti firmanNya dalam Surah Saba, ayat 39:
قُلْ إِنَّ رَبِّى يَبْسُطُ ٱلرِّزْقَ لِمَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦ وَيَقْدِرُ لَهُۥ ۚ وَمَآ أَنفَقْتُم مِّن شَىْءٍۢ فَهُوَ يُخْلِفُهُۥ ۖ وَهُوَ خَيْرُ ٱلرَّٰزِقِينَ
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki”.
Sumber:
JAWI Official
Quran.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/doa-12-pintu/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-12-pintu