Doa Nabi Khidir Agar Diampunkan Dosa Dimurahkan Rezeki Dikabulkan Hajat
Doa Nabi Khidir ~ Agar Diampunkan Dosa, Dimurahkan Rezeki, Dikabulkan Hajat
Dalam Islam, umat Islam diajarkan untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT. Kita boleh berdoa bermacam-macam hajat kepada Allah SWT mengikut keinginan.
Terdapat juga pelbagai jenis doa yang telah diajarkan atau diucapkan oleh Nabi-nabi terdahulu yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian. Salah satunya ialah Doa Nabi Khidir.
BACA JUGA: Doa Terbangun Tengah Malam – JAKIM
Siapakah Nabi Khidir?
Menurut laman sesawang Mufti WP, Nabi Khidir adalah merupakan salah seorang nabi daripada nabi-nabi Allah yang hidup di zaman Nabi Musa AS berdasarkan dalil daripada ayat-ayat al-Qur’an dan tafsiran kebanyakan ahli tafsir.
Kisah Nabi Khidir telah diceritakan di dalam al-Qur’an sepertimana yang dirakamkan dalam surah al-Kahfi, daripada ayat ke-60 sehingga ayat ke-82.
Khidir adalah nama yang diberikan kepadanya disebabkan peristiwa ajaib yang telah berlaku dengan izin Allah ke atasnya sebagaimana sabda Nabi SAW:
إِنَّمَا سُمِّيَ الخَضِرَ أَنَّهُ جَلَسَ عَلَى فَرْوَةٍ بَيْضَاءَ، فَإِذَا هِيَ تَهْتَزُّ مِنْ خَلْفِهِ خَضْرَاءَ
Maksudnya: “Sesungguhnya dinamakan Khidir kerana dia telah duduk di atas tanah putih (tanah yang kering tanpa tumbuhan), lalu bergoncang di belakangnya dan menjadi berwarna hijau (subur dengan tumbuhan).”
Riwayat al-Bukhari (3402)
Nama Sebenar Nabi Khidir
Nama sebenar nabi Khidir ialah Balya bin Mulkan bin Faligh bin ‘Amir bin Syaligh bin Arfakhsyad bin Sam bin Nuh AS. Menurut pandangan yang lain, nama Baginda ialah Khadrun bin ‘Umyayil bin al-Yafiz bin al-‘Aiz bin Ishaq bin Ibrahim al-Khalil. Dikatakan juga nama beliau Armaya bin Halqiya.
Menurut pandangan yang sahih nama Baginda Balya bin Mulkan sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Damiri di dalam karyanya dengan menukilkan pandangan Imam al-Sa’labi:
والأصح الذي نقله أهل السير وثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم، كما قاله البغوي وغيره، إن اسمه بليا
Maksudnya: “Menurut pandangan yang lebih sahih yang menukilkan pandangan ulama sirah dan jelas daripada Nabi SAW, seperti yang disebutkan oleh Imam al-Baghawi dan selainnya bahawa nama Baginda adalah Balya”.
Himpunan Doa Nabi Khidir
DOA 1: Agar Dikabulkan Segala Hajat
بِسْمِ اللهِ مَاشَاءَ اللهُ لَا يَسُوْقُ الْخَيْرَ إلَّا اللهِ
بِسْمِ اللهِ مَاشَاءَ اللهُ لَا يَصْرِفُ السُّوْءَ إلَّا اللهُ
بِسْمِ اللهِ مَاشَاءَ اللهُ مَا كَانَ مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنَ اللهِ
بِسْمِ اللهِ مَاشَاءَ اللهُ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إلَّا بِا للهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
Maksudnya:
“Dengan nama Allah yang segala sesuatu terjadi dengan kehendak-Nya, tidak ada yang mendatangkan kebaikan kecuali Allah.
Dengan nama Allah yang segala sesuatu terjadi dengan kehendak-Nya, tidak ada yang menyingkirkan keburukan kecuali Allah.
Dengan nama Allah yang segala sesuatu terjadi dengan kehendak-Nya, tidak ada kenikmatan melainkan dari Allah.
Dengan nama Allah yang segala sesuatu terjadi dengan kehendak-Nya, tiada daya untuk berbuat kebaikan kecuali dengan pertolongan Allah dan tiada kekuatan untuk menghindari dari perbuatan maksiat kecuali dengan perlindungan Allah yang maha tinggi dan maha agung.”
DOA 2: Agar Diberikan Kelapangan/Diampunkan Dosa/Dimurahkan Rezeki
اَللَّهُمَّ كَمَا لَطَفْتَ فِى عَظَمَتِكَ دُونَ اللُّطَفَاءِ، وَعَلوْتَ بِعَظَمَتِكَ عَلَى الْعُظَمَاءِ ، وَعَلِمْتَ مَاتَحْتَ أَرْضِكَ كَعِلْمِكَ بِمَا فَوْ عَرْشِكَ , وَكَانَتْ وَسَاوِسُ الصُدُورِ كَاْلعَلاَنِيَّةِ عِنْدَكَ ، وَعَلاَنِيَّةُ اْلقَوْلِ كَالسِّرِ فِى عِلْمِكَ ، وَانْقَادَ كُلُّ شَىْءٍ لِعَظَمَتِكَ ، وَخَضَعَ كُلُّ ذِى سُلْطَانٍ لسُلْطَانِكَ ، وَصَارَ أَمْرُ الدُّنْيَا والْأَخِرَةِ كُلُّهُ بِيَدِكَ، اِجْعَلْ لِى مِنْ كُلِّ هَمٍ أَصْبَحْتُ أَوْ أَمْسَيْتُ فِيهِ فَرَجًا وَمَخْرَجًا، اللَّهُمَّ إِنَّ عَفْوَكَ عَنْ ذُنُوبِى ، وَتَجَاوَزَكَ عَنْ خَطِيئَتىِ ، وَسِتْرَكَ عَلَى قَبِيحِ عَمَلِى ، أَطمِعْني أَنْ أَسْألَكَ مَا لاَ أَسْتَوْجِبُهُ مِنْكَ مِمَّا قَصَّرْتُ فِيهِ ، أَدْعُوكَ اَمِنًا وَأَسْألُكَ مُسْتَأْنِسًا . وَإِنَّكَ الْمُحْسِنُ إِلَىَّ، ، وَأَنَا الْمُسِيئُ إلىَ نَفْسِى فِيِمَا بَيْنِى وَبَيْنِكَ ، تَتَوَدَّدُ إِلَيَّ بِنِعْمَتِكَ، وَأَتَبَغَّضُ إلَيْكَ بِالْمعَاصِى، وَلَكِنَّ الثِّقَةَ بِكَ حَمَلَتْنِى علَى الْجَرَاءَةِ عَلَيْكَ، فَعُدْ بِفَضْلِكَ وإحْسَانِكَ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الَّرَحِيمُ، وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ
Maksudnya:
“Ya Allah, sebagaimana Engkau bersikap lemah lembut dalam keagungan-Mu melebihi segala yang lemah lembut, dan Engkau Maha Tinggi dengan keagungan-Mu atas segala yang agung, dan Engkau Maha Mengetahui apa yang ada di dalam bumi-Mu sebagaimana Engkau mengetahui apa yang ada di atas ‘arsy-Mu.”
“Dan bisikan hati di sisi-Mu sama seperti ucapan terang-terangan, dan ucapan terang-terangan sama di sisi-Mu dengan bisikan hati, dan tunduklah segala sesuatu kepada keagungan-Mu, dan merendahlah segala yang memiliki kekuasaan kepada kekuasaan-Mu,dan jadilah perkara dunia dan akhirat berada di tangan-Mu, jadikanlah bagiku dari segala keluh-kesah yang menimpaku pada petang/pagi hari kelapangan dan jalan keluar darinya.”
“Ya Allah, sesungguhnya kemaafan-Mu atas dosa-dosaku, dan penghapusan-Mu atas semua kesalahanku, dan penutupan-Mu atas perbuatan burukku, kesemuanya itu mendorongku untuk memohon kepada-Mu apa-apa yang aku tak layak menerimanya dari apa-apa yang aku lalai padanya.”
“Aku memohon kepada-Mu dalam keadaan aman, dan aku meminta kepada-Mu dengan keadaan rasa senang hati, sedangkan Engkau adalah selalu berbuat baik kepadaku, dan aku selalu berbuat jahat terhadap diriku sendiri dalam masalah yang menyangkut hubungan aku dengan Engkau.”
“Engkau selalu membuatku menyayangi-Mu dengan sentiasa memberi nikmat-Mu kepadaku meskipun Engkau tidak membutuhkan aku, dan aku selalu membuat-Mu murka dengan bermaksiat kepada-Mu,akan tetapi kepercayaanku kepada-Mu membawaku untuk berani (memohon) kepada-Mu.”
“Maka jenguklah aku dengan karunia dan kebaikan-Mu kepadaku, dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat, lagi Maha Penyayang. Semoga selawat dari Allah sentiasa terlimpah atas Nabi Muhammad SAW, keluarga, dan para sahabatnya sekalian.”
DOA 3: Memohon Taubat (Istighfar Nabi Khidir)
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَغْفـِرُكَ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ تُبْتُ إِلَيْكَ مِنْهُ ثُمَّ عُدْتُ فِيْهِ وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا وَعَدْتُكَ بِهِ مِنْ نَفْسِيْ ثُمَّ أَخْلَفْتُكَ فِيْهِ وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا أَرَدْتُ بِهِ وَجْهَكَ الْكَرِيْمَ فَخَالَطَهُ غَيْرُكَ وَأَسْتَغْفِرُكَ مِنْ كُلِّ نِعْمَةٍ اَنْعَمْتَ عَلَيْهَا عَلَيَّ فَاسْتَعَنْتُ بِهَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ وَأَسْتَغْفِرُكَ يَاعَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ اَتَيْتُهُ فِيْ ضِيَاءِ النَّهَارِ وَسَوَادِ اللَّيْلِ، فِيْ مَلَإٍ وَخَلاَءٍ، وَسِـرٍّ وَعَلاَنِـيَّـةٍ يَاحَلِيْمُ
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon ampun kepada-Mu dari segala dosa yang mana aku telah bertaubat kepada-Mu namun aku mengulanginya lagi. Sesungguhnya aku memohon ampun kepada-Mu atas apa yang aku telah berjanji kepada-Mu kemudian aku khilaf kepada-Mu.
Sesungguhnya aku memohon ampun kepada-Mu atas apa yang telah aku maksudkan untuk berbakti hanya kepada-Mu kemudian ada sesuatu selain dirimu yang mencampurinya. Sesungguhnya aku memohon ampun kepada-Mu atas semua nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku namun aku gunakan untuk bermaksiat kepada-Mu.
Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Mengetahui alam ghaib dan alam nyata, dari setiap dosa yang aku lakukan di siang hari dan di waktu malam, dalam keadaan ramai dan keadaan sepi, dalam keadaan sembunyi dan terang-terangan, wahai Dzat Yang Maha Sangat Mengampuni.
DOA 4: Untuk Ummat Nabi Muhammad
Maksudnya:
Ya Allah perbaiki ummat Sayyidina Muhammad
Ya Allah bebaskan ummat Sayyidina Muhammad
Ya Allah rahmati ummat Sayyidina Muhammad
Ya Allah ampunkan ummat Sayyidina Muhammad
Sumber:
AL-KAFI #1236: KHIDIR; SEORANG NABI ATAU WALI ALLAH? – Mufti WP
AL-KAFI #1876: BENARKAH KISAH NABI KHIDIR MEMINUM AIR MATA KEHIDUPAN (AIN AL-HAYAH) – Mufti WP
Doa Nabi Khidir – SCRIBD
Bacaan Istighfar Nabi Khidir dan Istighfar Nabi Adam – Bincang Syariah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/doa-nabi-khidir/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-nabi-khidir