Rukun Wuduk Niat Doa Selepas Wuduk


Rukun Wuduk adalah satu rukun atau proses yang perlu dipatuhi oleh umat Islam bagi menyucikan diri mereka sebelum melakukan ibadah solat.
Jika tidak melaksanakan rukun wuduk ini dengan sempurna, ibadah solat yang bakal dilakukan adalah tidak sah sama sekali.
Oleh itu, untuk mengetahui cara melaksanakan wuduk dengan sempurna, pastikan anda terus membaca artikel ini sehingga ke penghujung artikel.
Pengertian Wuduk Wuduk atau Wudhu’ secara ringkasnya membawa maksud kebaikan dan kebersihan. Dari sudut syarak pula, wudhu’ ini adalah perbuatan membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat.
Wuduk ini dilakukan oleh umat Islam sebagai cara menyucikan diri sebelum mereka laksanakan ibadah solat seperti yang dinyatakan dalam firman Allah S.W.T di bawah:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغْسِلُوا۟ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى ٱلْمَرَافِقِ وَٱمْسَحُوا۟ بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى ٱلْكَعْبَيْنِ ۚ وَإِن كُنتُمْ جُنُبًۭا فَٱطَّهَّرُوا۟ ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰٓ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَآءَ أَحَدٌۭ مِّنكُم مِّنَ ٱلْغَآئِطِ أَوْ لَـٰمَسْتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمْ تَجِدُوا۟ مَآءًۭ فَتَيَمَّمُوا۟ صَعِيدًۭا طَيِّبًۭا فَٱمْسَحُوا۟ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُ ۚ مَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍۢ وَلَـٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Makna: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.  dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah – debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
Surah Al-Ma’idah: Ayat 6 Rukun Wuduk Rukun Wuduk ini berbeza mengikut mazhab, namun begitu, di Malaysia kita digalakkan untuk untuk mengikut mazhab Syafie kerana ia merupakan mazhab rasmi  untuk amalan fatwa dan mahkamah di negara kita.
Dalam mazhab Syafie ini telah ditekankan bahawa rukun wuduk yang perlu dipenuhi oleh umat Islam ada enam rukun, iaitu:
Niat (Niat di dalam hati ketika mula membasuh muka) Membasuh muka (Basuh seluruh muka dari tempat tumbuh rambut sehingga bawah dagu dan dari anak telinga kanan ke kiri) Membasuh kedua belah tangan hingga ke siku Menyapu sebahagian kepala Membasuh kedua belah kaki hingga buku lali Tertib (Membasuh anggota-anggota tadi mengikut urutan rukun yang dinyatakan) Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM *NOTA: Tidak sah wudhu’ seseorang daripada kita jika tertinggalnya salah satu rukun ini. Oleh itu pastikan anda mengikut dengan tertib panduan ini sehingga selesai melaksanakan wudhu’ anda.
Niat Wuduk Niat wuduk juga merupakan perkara yang amat penting untuk dipelajari sebagai umat Islam, kerana tanpa niat, wuduk anda tidak sah kerana niat merupakan salah satu rukun wuduk yang perlu dipenuhi.
Berikut merupakan niat beserta bacaan rumi sebagai panduan anda:
نَوَيْتُ الْوُضُوْءَ اللَّهِ تَعَالَى
Nawaitu Wudhua Lillahi Taala
Makna: Sahaja aku mengambil wudhu’ kerana Allah Taala
Doa’ Selepas Wudhu’ Setelah selesai mengambil wuduk, anda disunatkan membaca doa selepas wuduk ini bagi mendapatkan ganjaran pahala yang berlipat ganda :
أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِيْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ. سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ.
Asy-hadu An Laa Ilaha illallahu Wahdahu Laa Syarikalah Wa-asy-hadu Anna Muhammadan ‘Abduhu Warasuluh.Allahummaj-’alni Minat Tauwabin,Waj-’alni Minal Mutatahhirin. Waj-’alni Min ‘ibadikas-solihin. 
Makna Doa:
Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah yang esa , tiada sekutu bagi-Nya . dan saya bersaksi bahwa nabi Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya . Ya Allah jadikanlah aku orang yang ahli taubat , dan jadikanlah aku orang yang suci , dan jadikanlah aku dari golongan hamba-hamba Mu yang soleh.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM Perkara Yang Membatalkan Wuduk Berikut merupakan beberapa perkara yang mampu membatalkan wudhu anda. Jika anda melakukan perkara-perkara berikut sebelum atau semasa melakukan ibadah, anda perlu berhenti dan mengambil semula wudhu anda.
Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul atau dubur). Hilang akal, sama ada sementara atau kekal. Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Menyentuh kemaluan atau pintu dubur dengan telapak tangan. Tidur, kecuali apabila dalam keadaan duduk dan tidak berubah kedudukannya. Murtad Kelebihan Berwuduk Selain menyucikan diri, wudhu’ ini mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan jika diamalkan. Perkara ini telah dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W seperti dalam hadis berikut:
“Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik, dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya.”
Hadis Riwayat Muslim(361) Antara kelebihan berwuduk ini ialah:
Menghilangkan segala kotoran badan terutama anggota wuduk. Mengembalikan kesegaran pada tubuh dan semangat beribadat. Dapat menghadap Allah S.W.T dalam keadaan suci, bersih dan sempurna. Menzahirkan kesopanan hamba sewaktu menghadap penciptanya. Membersihkan jiwa dan tingkah laku daripada sifat-sifat buruk. Menghilangkan rasa letih dan malas. Menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh anggota wuduk. Baca juga: 13 Rukun Solat & Perkara-Perkara Membatalkan Solat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/rukun-wuduk/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rukun-wuduk

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Yang Berlaku Selepas Halving Bitcoin Bulan April Nanti Nak Beli Ke Nak Jual Btc

Apa Yang Berlaku Selepas Halving Bitcoin Bulan April Nanti Nak Beli Ke Nak Jual Btc

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 211 hits
Peristiwa Halving Bitcoin keempat akan berlaku dalam masa beberapa hari lagi dan para pelabur kripto kini melihat semula peristiwa peristiwa Halving sebelumnya untuk mempertimbangkan bagaimana situasi peristiwa Halving kali ini boleh member...
Islam Agama Rantau Tanah Melayu 40 Tahun Selepas Nabi

Islam Agama Rantau Tanah Melayu 40 Tahun Selepas Nabi

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 244 hits
Islam agama Rantau Tanah Melayu 40 tahun selepas Nabi ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be qBtBDJGdH7s src in org https www youtube com embed qBtBDJGdH7s wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www you...
Apa Selepas Raya Bersatu

Apa Selepas Raya Bersatu

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 108 hits
Biar mereka beraya dulu selepas itu kita akan ambil langkah langkah sewajarnya kata Muhyiddin Yassin dalam video di Facebook pada 5 April terhadap enam Ahli Parlimen Bersatu menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang disasarkan untuk diko...
Malak Haniyeh Cucu Perempuan Ismail Haniyeh Meninggal Selepas 6 Hari Serangan Israel

Malak Haniyeh Cucu Perempuan Ismail Haniyeh Meninggal Selepas 6 Hari Serangan Israel

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 121 hits
Bernama AnadoluPENDUDUK Palestin melihat kereta dinaiki keluarga Ismail Haniyeh yang dibedil tentera Israel pada Aidilfitri lalu FOTO AFP Istanbul Malak Haniyeh cucu perempuan kepada pemimpin Hamas Ismail Haniyeh meninggal dunia pada Isnin ...
Ditahan Bersama Pistol Selepas Pergelutan Dengan Polis

Ditahan Bersama Pistol Selepas Pergelutan Dengan Polis

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 140 hits
BernamaKota Bharu Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 Sepang Selangor ditahan di Jalan Bayam di sini Suspek Hafizul Hawari 38 ditahan di hadapan Hospital Pakar Perda...
7 Cara Hilangkan Rasa Sunyi Selepas Raya

7 Cara Hilangkan Rasa Sunyi Selepas Raya

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 178 hits
Setelah Allah hadiahkan beberapa siri kemeriahan semasa ramadhan dan raya pasti kesunyian pula muncul buat ibu ayah di kampung atau di bandar apabila anak anak pulang semula ke rumah masing masing Namun terdapat beberapa cara yang boleh dil...
Banyak Pemudik Bandel Melewati Batas Jalur Contraflow Selepas Exit Tol Cikampek Utama

Banyak Pemudik Bandel Melewati Batas Jalur Contraflow Selepas Exit Tol Cikampek Utama

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 143 hits
Petugas Patroli dari Polantas pun berusaha menertibkan pengendara yang melewati jalur contraflow
Tanda Tanda Yang Perlu Diberi Perhatian Selepas Ibu Bersalin Jangan Abaikan

Tanda Tanda Yang Perlu Diberi Perhatian Selepas Ibu Bersalin Jangan Abaikan

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 181 hits
Bila ibu bersalin mereka akan kehilangan banyak darah serta tenaganya Tak kisahlah bersalin normal atau melalui pembedahan letihnya sama saja Badan penat minda dan emosi juga mudah terusik Ibu selepas bersalin memerlukan rehat yang cukup se...
Dolar Mantap Selepas Komen Fed Pertaruhan Kadar Potongan Yen Berada Dekat Paras Terendah 34 Tahun

Dolar Mantap Selepas Komen Fed Pertaruhan Kadar Potongan Yen Berada Dekat Paras Terendah 34 Tahun

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 150 hits
Matawang dolar kekal stabil pada hari Rabu menjadikan yen hampir di tahap terendah dalam 34 tahun selepas komen dari pegawai Federal Reserve termasuk Pengerusi Jerome Powell menunjukkan kadar faedah AS kemungkinan akan kekal tinggi untuk ma...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids