Selamat Pengantin Baru Farah Fendi
Assalamualaikum WBT

LEPAS siap sarapan pagi semalam, siap kemas dapur semua, Sk lepak-lepak jer la di ruang tamu. Masak sarapan simple jer, sosej sorang dua, telur sorang satu bersama kacang panggang dalam tin. Bancuh teh o dua mug, siap! Lepas tu sembang dalam grup whatsapp, Cik Ani tanya, "Ko x p pantin ke de?"

Adoi, lupa betul ada jemputan walimatul urus dari Mak Nea, tuan rumah sewa masa kami tinggal di Jalan Johor, Pontian. Janji dengan Cik Ani, jumpa pukul 1 di tempat kenduri iaitu Dewan Jubli Intan, Pontian. Alhamdulillah, Mak Nea sihat dan mulutnya pun masih kecoh macam dulu-dulu jugak. Ni bergambar sebelum balik.

Kerepek dalam balang ni dah habis masa kami duduk di meja ni. Pengantin tentu peminat Hello Kitty. Farah merupakan cucu kepada Mak Nea.

Cik Ani yang sampai dulu, kalau Cik Ani tak tanya memang lupa terus

Pak Inche memang suka pergi makan kenduri asalkan time tu dia free.

Sedap jamuannya

Nasi BerianiAyam Masak MerahDaging BerianiDalchaPajeri NenasBurasakdan pelbagai kuih melayu tradisi seperti Pulut Panggang, Talam Suji, Talam Marble, Kaswi dan buah tembikai serta minuman kordial dan kopi o panas

Ada rojak asma jugak

Kitorang dah makan macam-macam, barulah Angah anak-beranak sampai. Mujurlah banyak meja kosong walaupun tetamu agak ramai juga

Doa untuk Pengantin
Nurfarahidayah & Mohd Noor Effendi
Dari Abu Hurairah R.A., beliau berkata, "Adalah Nabi Muhammad S.A.W. bila memberi ucapan kegembiraan terhadap seseorang yang menikah, Rasulullah mendoakan:
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
Ertinya: Semoga Allah melimpahkan keberkahan kepadamu dan keberkahan atas pernikahanmu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan" (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzy, An-Nasa`iy, dan Ibnu Majah)
Aminnn Ya Robbal Alamiiinnnn
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/04/selamat-pengantin-baru-farah-fendi.html