Icwc 23 Membentuk Masa Depan Pelancongan Malaysia Perniagaan Global Melalui Kepelbagaian Budaya


Acara 'A Taste of ICWC' yang menakjubkan yang dirasmikan oleh Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan di dalam lanskap budaya dan perniagaan, sebagai pembuka tirai kepada Persidangan Antarabangsa dan Pameran Budaya Dunia 2023 (ICWC '23). Dianjurkan oleh UDS Media Sdn. Bhd., acara ini memberikan gambaran menarik kepada persidangan yang bakal berlangsung pada bulan November, dengan penekanan yang kuat pada memacu perniagaan melalui pelancongan dan kerjasama merentas budaya



'A Taste of ICWC' melangkaui pameran kepelbagaian budaya; ia turut membawa para pengunjung menyelami pelbagai budaya dunia. Wakil dari negara seperti New Zealand, Fiji, Australia, Cuba, Ukraine dan banyak lagi berinteraksi secara langsung dengan para pengunjung melalui gerai pameran interaktif yang direka khas bagi menyampaikan intipati budaya mereka yang menjadi asas untuk perkongsian merentas budaya

Dato’ Sri Haji Fadillah berkata, “ICWC ‘23 berfungsi sebagai platform dinamik untuk pertukaran ekonomi dan budaya. Ia memberikan negara-negara yang terlibat peluang yang tidak ternilai untuk mempromosikan pelancongan, perdagangan dan peluang pelaburan. Dengan mempamerkan khazanah budaya, ia berupaya untuk menarik pelancong, usahawan dan peminat yang ingin meneroka dan terlibat dengan keajaiban yang ditawarkan mereka.”


Sepanjang acara berlangsung, para pengunjung disajikan dengan persembahan kebudayaan yang menarik seperti Muzikal Angklung Indonesia, Tarian Flamenco Cuba, Tarian Bachata Republik Dominican, persembahan Dikir Barat Malaysia, Muzikal Orkestra Istana Budaya, dan balada 'Azizah' yang dipersembahkan oleh penyanyi terkemuka P. Radhi, terkenal dengan penampilannya sebagai arwah Tan Sri P. Ramlee yang tercinta

Di samping itu, 'A Taste of ICWC' memperkenalkan 'Anugerah Kecemerlangan Budaya Aziza' yang pertama disampaikan kepada Allahyarham P. Ramlee. Anugerah ini diterima oleh cucunya, Najua Nasir, sebagai mengiktiraf sumbangan besar beliau kepada warisan budaya Malaysia



Memandang ke hadapan, ICWC '23 bersedia untuk menjadi acara yang bersifat transformatif, dengan menampilkan strategi inovatif bertujuan untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan persefahaman global. Strategi ini termasuk program Penyerapan Budaya seperti lawatan berpandu dan bengkel untuk pengalaman budaya asli, pemadanan perniagaan B2B bagi menghubungkan perniagaan tempatan dengan delegasi antarabangsa untuk meluaskan jangkauan atau membuka pasaran baharu, berserta Pakej Pelancongan Budaya yang direka khas dengan kerjasama agensi pelancongan tempatan yang menawarkan pengalaman terpilih, termasuk lawatan ke mercu tanda budaya dan pengembaraan juadah dan sajian, sejajar dengan tema persidangan pertukaran silang budaya

Encik Azmi Mustapha, Presiden ICWC, berkata, “Acara ini adalah jemputan untuk mempromosikan budaya sebagai aset pelancongan. Budaya tidak statik; ia adalah entiti yang hidup dan bernafas yang memperkayakan kehidupan kita dan mempunyai potensi untuk memacu pertumbuhan ekonomi. Dengan mempamerkan warisan budaya negara, kita mampu menarik pelancong yang mencari pengalaman tulen, memacu pendapatan pelancongan dan pembangunan mampan.”


"ICWC dan "A Taste of ICWC" berperanan sebagai sebuah peringatan bahawa budaya boleh menghubungkan, bukan penghalang. Dalam dunia yang saling berkaitan, pertukaran budaya memupuk persefahaman, rasa hormat, dan kerjasama. Ia menghubungkan manusia dan negara, merentasi bahasa dan politik. Melalui budaya, kita mampu mencari titik persamaan dan bekerjasama untuk menangani cabaran global,” tambah beliau

Berlangsung dari 16 - 19 November 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), ICWC 23' disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan (MOTAC), & Yayasan Hasan, dan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Sarawak



Pelawat dan delegasi di ICWC '23 bakal menemui prospek menarik untuk meningkatkan keterlihatan negara mereka, menjalin hubungan berharga dengan rakan usaha sama perniagaan baharu, dan memacu pengembangan perniagaan dalam sektor pelancongan di seluruh dunia. Dalam hal ini, UDS Media amat mengalu-alukan penyertaan perniagaan tempatan dan antarabangsa untuk merebut prospek pertumbuhan yang ditawarkan di ICWC '23

Untuk maklumat lanjut bagi menjadi peserta pameran atau menghadiri ICWC ‘23, layari: https://www.icwc.global/








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2023/09/icwc-23-membentuk-masa-depan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tolak Perbezaan Demi Masa Depan Malaysia Gemilang Titah Agong

Tolak Perbezaan Demi Masa Depan Malaysia Gemilang Titah Agong

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 215 hits
Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mencuba tarian tradisional suku kaum Murut Tarian Magunatip pada Majlis Santapan Malam Kerajaan Sabah di Kota Kinabalu malam ini KOTA KINABALU Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Sha...
Kita Tidak Boleh Mengubah Masa Lalu Tapi Boleh Mengubah Masa Depan Insyaallah

Kita Tidak Boleh Mengubah Masa Lalu Tapi Boleh Mengubah Masa Depan Insyaallah

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 295 hits
Kita Tidak Boleh Mengubah Masa Lalu Tapi Boleh Mengubah Masa Depan InsyaAllah Kencing manis dengarnya seperti penyakit biasa sebab ianya seakan akan normal berlaku di sekeliling kita Tetapi sebenarnya ia adalah penyakit pembunuh utama Pesak...
Hubungan Malaysia Indonesia Mencakupi Seni Budaya Kata Anwar

Hubungan Malaysia Indonesia Mencakupi Seni Budaya Kata Anwar

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 218 hits
Anwar Ibrahim menghadiri program bersama pempengaruh dan selebriti di Jakarta Indonesia malam ini JAKARTA Hubungan Malaysia dan Indonesia melangkaui bidang diplomatik dan ekonomi malah turut mencakupi seni budaya seiring konsep kerajaan Mad...
Hal Memberatkan Vonis 5 Tahun Penjara Shane Lukas Merusak Masa Depan David

Hal Memberatkan Vonis 5 Tahun Penjara Shane Lukas Merusak Masa Depan David

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 164 hits
Shane Lukas divonis 5 tahun penjara dalam kasus penganiayaan berat terhadap David Ozora
Zulkifli Hasan Beberkan Visi Masa Depan Pan Mewujudkan Kedaultan Pangan

Zulkifli Hasan Beberkan Visi Masa Depan Pan Mewujudkan Kedaultan Pangan

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 261 hits
Kedaulatan pangan menjadi salah satu isu yang akan dikawal Partai Amanat Nasional ke depan
Nendia Punya Baguih Walaun Manusia Masa Depan Ni Dia Pi Alam Akhirat Keluaq Mai Balik

Nendia Punya Baguih Walaun Manusia Masa Depan Ni Dia Pi Alam Akhirat Keluaq Mai Balik

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 170 hits
Woww dia ni dah mati dulu ke sebab dah nampak orang Selangor lebih ramai masuk neraka dari orang kelantan Jauh menyimpang tu walaun oiii
Pengenalan Modul Hadis 40 Tepat Pada Masa Malaysia Post 24 08 2023

Pengenalan Modul Hadis 40 Tepat Pada Masa Malaysia Post 24 08 2023

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 331 hits
MODUL Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi tepat dengan keperluan semasa dan masa depan negara untuk memupuk kesederhanaan dalam kalangan generasi muda Muslim kata Angkatan Belia Islam Malaysia Presiden Abim Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata m...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Mom Of Boys Surviving The Chaos

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

Lirik Lagu Untuk Semua Jiwa Hun Haqeem Ft Noki