Pengecualian Ujian Teori Lesen Memandu Malaysia Oleh Jpj Berkuatkuasa 15 September 2023


Pengecualian Ujian Teori Lesen Memandu Malaysia Oleh JPJ Berkuatkuasa 15 September 2023 2 Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengumumkan dasar baharu berkaitan dengan kursus pembelajaran dan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) untuk memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM). Dasar baharu ini membolehkan individu yang sudah mempunyai LMM untuk motosikal atau kereta untuk memperoleh LMM dalam kategori yang berbeza tanpa perlu mengikuti Kursus KPP01 dan Ujian Teori KPP01 sekali lagi.
Dasar ini bertujuan memudahkan rakyat Malaysia dalam memperoleh LMM tanpa mengurangkan tahap kecekapan pemandu.
Pelaksanaan dasar ini berdasarkan maklum balas awam dan bertujuan menghemat masa dan kos dalam proses memperoleh LMM yang sah.
Sertai Telegram Informasi Terpantas Kerajaan Malaysia Pengecualian Ujian Teori Lesen Memandu Malaysia Oleh JPJ Berkuatkuasa 15 September 2023 Untuk mempermudah pengambilan Lesen Memandu Malaysia (LMM), terutamanya bagi golongan muda, Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengumumkan Ketetapan Dasar Baharu berkaitan dengan bahagian pembelajaran dan Kursus Teori dalam Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) bagi memperoleh LMM.
Mulai 15 September 2023, individu-individu yang kini sudah memiliki LMM dalam kategori motosikal atau motokar, dan berkeinginan untuk mendapatkan LMM dalam kategori yang berbeza (motosikal atau motokar), akan dikecualikan daripada keperluan menghadiri Kursus KPP01 dan Ujian Teori KPP01. (Rujuk Lampiran 1)
Hanya Satu Ujian Teori Bagi Lesen Motosikal, Kereta Sebagai contoh, individu yang telah berjaya melalui ujian KPP01 (Teori) untuk lesen memandu motosikal tidak perlu mengambil semula ujian KPP01 apabila mereka memilih untuk mendapatkan lesen memandu motokar.
Namun, penting untuk diingat bahawa calon tetap dikehendaki menjalani latihan dan menghadiri ujian KPP02 (Praktikal di Litar) dan KPP03 (Praktikal di Jalanraya) secara berasingan apabila mereka mengambil LMM untuk motosikal dan LMM untuk motokar. Individu tersebut hanya perlu menyemak semula dan memperbaharui Lesen Belajar Memandu (LDL) mereka, dan selepas itu, mereka boleh mendaftar di Institut Memandu untuk menyelesaikan latihan dan ujian peringkat KPP02 dan KPP03 dalam kategori kenderaan yang bersesuaian.
Syarat umur yang diperlukan untuk memperoleh LMM motosikal adalah 16 tahun atau lebih, manakala untuk motokar adalah 17 tahun atau lebih. Selain itu, individu juga dikehendaki bebas daripada sebarang rekod tindakan senarai hitam yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Penggabungan Kursus & Ujian Memandu Sebagai contoh, individu yang sudah lulus ujian KPP01 (Teori) untuk lesen memandu motosikal tidak perlu mengambil KPP01 lagi ketika ingin memperoleh lesen memandu kereta. Namun, calon masih dikehendaki menjalani latihan dan ujian KPP02 (Praktikal di Litar) dan KPP03 (Praktikal di Jalanraya) secara berasingan apabila ingin memperoleh LMM untuk motosikal dan LMM untuk kereta.
Individu tersebut hanya perlu memperbaharui Lesen Belajar Memandu (LDL) dan kemudian mendaftar di Institut Memandu untuk menjalani latihan dan ujian KPP02 serta KPP03 dalam kategori kenderaan yang berkaitan.
Perbandingan Dasar Lama & Baru Dasar lama yang digunakan sebelum 15 September 2023 Ada Lesen Motosikal dan Ambil Lesen KeretaAda Lesen Kereta dan Ambil Lesen MotosikalKPP01WajibWajibKPP02WajibWajibKPP03WajibWajib Dasar baharu yang akan digunakan berkuatkuasa bermula 15 September 2023 Ada Lesen Motosikal dan Ambil Lesen KeretaAda Lesen Kereta dan Ambil Lesen MotosikalKPP01Tidak WajibTidak WajibKPP02WajibWajibKPP03WajibWajibDefinisi Ujian dan Latihan:
KPP01: Teori
KPP02: Praktikal di Litar
KPP03: Praktikal di Jalan Raya Diharapkan inisiatif ini akan memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia dalam usaha memperoleh Lesen Memandu Malaysia (LMM) bagi kelas Motosikal atau Motokar tanpa mengganggu tahap kecekapan pemandu. Pelaksanaan ini berdasarkan maklum balas awam dan bertujuan untuk mengurangkan penggunaan masa dan kos yang diperlukan untuk memperoleh LMM yang sah, sejajar dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan untuk menjaga kesejahteraan rakyat melalui konsep Malaysia Madani.
Untuk maklumat lanjut mengenai penggabungan kursus dan ujian memandu untuk motosikal dan kereta, sila layari laman web Kementerian Pengangkutan.
Soala Faq Mengenai Dasar Baharu JPJ Apakah Syarat Kelayakan Inisiatif Baharu Ini? Untuk memenuhi syarat kelayakan bagi mendapatkan lesen memandu melalui dasar baharu ini, individu perlu memenuhi syarat berikut:
-Untuk motosikal, umur minimum adalah 16 tahun ke atas, manakala untuk kereta, umur minimum adalah 17 tahun ke atas.
-Individu perlu bebas daripada sebarang tindakan senarai hitam Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bagaimana Dengan Mereka Yang Sudah Melepasi Ujian Teori Kedua-dua? Bagi mereka yang sudah melepasi ujian teori motor dan motokar adalah mereka disahkan lulus untuk kedua-dua ujian. Adapun bagi mereka yang masih belum melepasi tetapi mempunyai rekod ujian teori daripada motor atau kereta adalah dilepaskan dengan dasar baharu.
Adakah Selamat Untuk Pemandu Jika Tidak Melepasi Kedua-dua Ujian Teori Dan Hanya Bergantung Dengan Satu Ujian Teori Dari Motorsikal dan Kereta? Ya, selamat untuk semua para pemandu. Hal ini sudah dijelaskan bahawa dasar ini dilaksanakan untuk mengurangkan kos rakyat yang mengambil lesen dan dalam masa yang sama tidak mengurangkan kecekapan para pemandu.
Bagaimana Dengan Ujian Teori Memandu Yang Melibatkan Lesen PSV dan GDL? Sebelum ini,Kerajaan telah mengumumkan pemansuhan ujian teori bagi Lesen Vokasional melibatkan Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Lesen Kenderaan Barangan (GDL) berkuat kuasa serta-merta.
Turut memaklumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke , kelas teori bagi Lesen Vokasional boleh dilaksanakan secara atas talian.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/09/pengecualian-ujian-teori-lesen-memandu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengambilan Pembantu Tadbir Di Parlimen Malaysia Bagi Kemasukan September 2023

Pengambilan Pembantu Tadbir Di Parlimen Malaysia Bagi Kemasukan September 2023

papar berkaitan - pada 18/9/2023 - jumlah : 249 hits
Makluman terkini berkaitan dengan satu info kerjaya dibawah Parlimen Malaysia Parimen Malaysia merupakan badan perundangan kebangsaan Malaysia berdasarkan sistem Parlimen Westminster Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan...
Festival Permainan Malaysia 15 September 2023

Festival Permainan Malaysia 15 September 2023

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 268 hits
Festival Permainan Malaysia di Kuala Lumpur bakal diadakan pada tarikh 15 hingga 17 September 2023 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur Festival Permainan Malaysia merupakan sebuah program yang bertujuan untuk memartabatkan kembali permainan tra...
Sambutan Hari Malaysia 16 September 2023

Sambutan Hari Malaysia 16 September 2023

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 280 hits
Sambutan Hari Malaysia 16 September 2023Hari Malaysia 16 September 2023 ke 60 jatuh pada hari Sabtu dan merupakan cuti umum bagi seluruh rakyat Malaysia Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan 2023 akan diadakan di Stadium Perpaduan Kuc...
Contoh Poster Ucapan Selamat Hari Malaysia 2023 Daripada Brand Tempatan

Contoh Poster Ucapan Selamat Hari Malaysia 2023 Daripada Brand Tempatan

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 315 hits
SELAMAT HARI MALAYSIA 2023Marilah bersama sama kita lafazkan rasa syukur dan menzahirkan rasa bangga atas nikmat kesejahteraan dan kemakmuran yang telah berjaya dipertahankan selama ini dan berdoa agar ia terus berkekalan Sambutan Hari Mala...
Kemas Kini Btc Untuk 08 September 2023 Sasaran Atas Telah Dicapai Dan Zon Rintangan Sedang Diuji

Kemas Kini Btc Untuk 08 September 2023 Sasaran Atas Telah Dicapai Dan Zon Rintangan Sedang Diuji

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 239 hits
Analisis teknikal BTC USD telah diniagakan ke atas di latar belakang dan sasaran atas telah dicapai pada 26 400 Walaupun begitu rintangan utama sedang diuji dan ada potensi untuk kitaran penurunan harga Sekiranya terdapat penolakan terhadap...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

Ford S Suv Recall A Commitment To Driver Safety

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Merpati Band Kamu Tak Sendiri Chord


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Santai Dan Nikmati Semua Rasa Malaysia Ada Di Butter Kaya Kopitiam

Str Bujang 2024 Vs 2025 Apa Yang Berubah

Str 2025 Cara Kemaskini Data Untuk Permohonan Baru

19 Bulan Bersama Hud Aryan Kini Perginya Dalam Kenangan

Berbuka Puasa 2025 Dengan Bufet Syoknya Ramadan Di New York Hotel Jb

Dapur Sambal Jb Kini Dibuka Kerjasama Istimewa Dengan Cerebral Palsy Johor Untuk Menyokong Komuniti