Labubu Jadi Kegilaan Patung Pelik Ini Angkat Anak Muda Jadi Jutawan


Patung kecil berbulu, bermata besar dan berwajah pelik ini mungkin nampak seperti mainan biasa untuk si kecil, tapi siapa sangka, Labubu kini jadi fenomena seluruh dunia!
Bukan sekadar mainan, Labubu kini digilai kanak-kanak, remaja malah orang dewasa termasuk selebriti terkenal seperti Lisa BLACKPINK, Rihanna, Dua Lipa dan Kim Kardashian yang turut mempunyai koleksi peribadi Labubu mereka.

Lebih menarik, di sebalik kegilaan ini, tersembunyi kisah kejayaan seorang anak muda China, Wang Ning, yang berjaya bergelar jutawan termuda di negaranya hasil daripada perniagaan patung koleksi seperti Labubu.
Baru berusia 38 tahun, Wang Ning kini tersenarai sebagai individu ke-10 terkaya di China dengan kekayaan mencecah AS$22.7 bilion atau lebih RM107 bilion, menurut laporan Forbes.
Dari Buku Cerita ke Koleksi Rare Labubu bukan calang-calang watak. Ia mula diperkenalkan oleh Kasing Lung, seorang artis berdarah campuran Hong Kong-Belgium, melalui siri ilustrasi The Monsters pada tahun 2015.

Pada tahun 2019, Pop Mart, syarikat milik Wang Ning, memperoleh lesen memasarkan watak Labubu, dan sejak itu, dunia mula mengenali patung comel berwajah pelik ini. Pop Mart memperkenalkan konsep blind box, iaitu kotak misteri yang tidak diketahui isinya sehingga dibuka.
Konsep ini membuatkan ramai ibu bapa dan anak-anak seronok setiap kali membuka kotak, selain ada yang menjadikannya koleksi istimewa atau pelaburan jangka panjang.
Apa Istimewanya Labubu? Labubu dikategorikan sebagai ugly-cute, atau dalam bahasa mudah, ‘pelik tapi comel’. Ciri-ciri seperti berbulu, bermata besar dan ekspresi unik ini memang menjadi tarikan kanak-kanak. Golongan dewasa pula tertarik kerana keunikan dan nilai sentimental yang ada pada patung ini.

Tidak hairanlah, patung edisi khas Labubu pernah dilelong sehingga 1.08 juta Yuan (lebih RM700,000) di Beijing!
Kini, Labubu bukan sahaja menjadi koleksi kanak-kanak, malah sudah diangkat sebagai simbol budaya pop antarabangsa, malah mendapat kerjasama jenama mewah seperti Coach dan Louis Vuitton.
Wang Ning: Dari Kedai Kecil ke Empayar Berbilion Wang Ning memulakan Pop Mart pada tahun 2010 sebagai sebuah kedai gaya hidup kecil di Beijing. Selepas memberi tumpuan penuh kepada perniagaan patung koleksi, terutamanya art toys, Pop Mart berkembang pesat.
Nilai saham Pop Mart melonjak lebih tiga kali ganda dalam masa setahun, menjadikan syarikat itu antara pemain utama dalam pasaran mainan koleksi dunia.
Kini, Pop Mart memiliki kedai di bandar utama dunia seperti New York, Tokyo, London, dan taman tema khas di Beijing, yang menjadi destinasi wajib untuk peminat Labubu dan koleksi Pop Mart.
Mainan & Minat Anak, Ada Potensi Besar Fenomena Labubu membuktikan bahawa minat anak-anak terhadap patung dan permainan bukan sekadar suka-suka. Hari ini, koleksi mainan boleh jadi simbol status, pelaburan, malah sumber inspirasi kejayaan besar.
Kisah Wang Ning adalah contoh bahawa dengan kreativiti dan usaha, minat terhadap dunia kanak-kanak boleh membina empayar perniagaan bertaraf global.
Nota Pa&Ma:
Ibu ayah, jangan pandang rendah minat anak-anak, walaupun sekecil mengumpul patung comel seperti Labubu. Mana tahu, inilah permulaan kepada kejayaan besar mereka suatu hari nanti!
The post Labubu Jadi Kegilaan! Patung Pelik Ini Angkat Anak Muda Jadi Jutawan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/labubu-jadi-kegilaan-patung-pelik-ini-angkat-anak-muda-jadi-jutawan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tragedi Dera Anak Angkat Kanak Kanak 5 Tahun Maut Selepas Dua Bulan Bersama Ibu Bapa Angkat

Tragedi Dera Anak Angkat Kanak Kanak 5 Tahun Maut Selepas Dua Bulan Bersama Ibu Bapa Angkat

papar berkaitan - pada 29/6/2025 - jumlah : 152 hits
Satu lagi kes penderaan kanak kanak yang menyayat hati telah berlaku di Taman Malkop Silibin Ipoh apabila seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun maut dipercayai akibat didera oleh ibu bapa angkatnya Mangsa Baru Dua Bulan Bersama I...
Demontrasi Anak Muda Mereka Kena Fikir Secara Intelektual Menilai Yg Mana Permata

Demontrasi Anak Muda Mereka Kena Fikir Secara Intelektual Menilai Yg Mana Permata

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 151 hits
Ramai yang meminta pelajar yg membakar karikatur PMX diambil tindakan tegas Tapi PMX berbeza pendapat dan mengarahkan KPT dan UMS agar tidak mengambil tindakan keras sehingga menamatkan pengajian mereka PMX lebih sayangkan masa depan anak a...
Anak Lagi Penting Lee Donggun Bercinta Dengan Pelakon Muda Kini Respon Padu Jo Yoonhee Tular

Anak Lagi Penting Lee Donggun Bercinta Dengan Pelakon Muda Kini Respon Padu Jo Yoonhee Tular

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 176 hits
Jo Yoon hee mendedahkan kehidupannya kini Artikel Berkaitan Mengimbas kembali perjalanan lakonannya pelakon wanita itu berkongsi Saya seronok berlakon tetapi kegembiraan sebenar datang apabila menonton hasil akhir Melihat bagaimana emosi da...
Demi Anak Saya Angkat Simen Batu Bata Ibu Tunggal Bina Rumah Dengan Kudrat Sendiri

Demi Anak Saya Angkat Simen Batu Bata Ibu Tunggal Bina Rumah Dengan Kudrat Sendiri

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 143 hits
Seorang ibu sanggup lakukan apa sahaja demi anak anak tercinta Itulah yang dibuktikan oleh seorang ibu tunggal dari Perak Auni Hazwani Faizun 33 tahun yang sanggup memerah keringat mengangkat simen dan memasang bata seorang diri demi membin...
Steven Sim Terus Mengambil Anak Angkat Demi Pendidikan Mereka

Steven Sim Terus Mengambil Anak Angkat Demi Pendidikan Mereka

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 173 hits
Syukur hari ini saya bertambah seorang lagi anak angkat Shun Yong pelajar tahun 2 di USM Sejak kecil dia tak pernah mengenali ayahnya Ibunya pula meninggal dunia ketika dia Tingkatan 2 Sejak itu nenek tua berusia 87 tahun menjadi tempat Shu...
Rupanya Ini Reaksi Fattah Amin Bila Anak Nak Pergi Disneyland Sweetnya Daddy

Rupanya Ini Reaksi Fattah Amin Bila Anak Nak Pergi Disneyland Sweetnya Daddy

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 115 hits
Benarlah kasih seorang ayah itu sepanjang masa Walaupun rumah tangga musnah dilanda badai hubungan antara ayah dan anak tetap utuh tidak pernah terputus oleh jarak mahupun waktu Paparan posting video di istagram milik anaknya telah meraih p...
Anak Billionare Goyang Kaki

Anak Billionare Goyang Kaki

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 164 hits
ANAK BILLIONARE GOYANG KAKI Follow Follow Follow Follow Subscribe
Anak Tak Nak Pergi Sekolah Cuba Fahami Dulu Sebelum Nak Melenting

Anak Tak Nak Pergi Sekolah Cuba Fahami Dulu Sebelum Nak Melenting

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 205 hits
Kadang kadang pagi yang sepatutnya tenang boleh jadi huru hara bila anak tiba tiba tak nak pergi sekolah Kita dah siapkan baju sarapan pun dah tunggu atas meja tapi anak masih lagi kat atas katil tarik selimut atau mula tunjuk tanda tanda d...
Quant Finance In 2026 The Age Of Hybrid Intelligence

Cara Tebus Bantuan Tunai Rm100 Sara Guna Mykad

Quantum Internet The Future Of Ultra Secure Communication

Kereta Idaman Keluarga Tak Sampai Pegawai Bank Hilang Ratusan Ribu Kwsp Terpedaya Scammer

Anwar Heads To Indonesia For Annual Meet Abang Jo Hajiji In Tow

Yasin Tahlil Doa Selamat Kesyukuran

Khasiat Daun Asam Gelugur Menurunkan Kolestrol Dan Kawal Berat Badan

Pasaran Telah Memilih Strategi Menang Menang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Akan Turun Lebih Besar

Opportunity For Improvement Loke Offers Maxim And Indrive Chance To Address Compliance Concerns

Menteri Kpkt Kata Lain Tapi Penguatkuasa Buat Lain

Quiet Like Stone

5 Minit Je Perkongsian Lelaki Claim Bagasi Baru Di Klia Jadi Tumpuan

Frentastix Cari Jalan Pulang Chord