Demi Anak Saya Angkat Simen Batu Bata Ibu Tunggal Bina Rumah Dengan Kudrat Sendiri


Seorang ibu sanggup lakukan apa sahaja demi anak-anak tercinta. Itulah yang dibuktikan oleh seorang ibu tunggal dari Perak, Auni Hazwani Faizun, 33 tahun, yang sanggup memerah keringat, mengangkat simen dan memasang bata seorang diri demi membina rumah impian untuk keluarganya.
Bukan mudah bergelar ibu tunggal. Namun, cabaran hidup itu tidak melemahkan semangat Auni untuk terus melangkah ke hadapan.
“Ramai cakap saya gila. Mana ada perempuan buat kerja berat macam ni, angkat simen, acuan besi, pasang bata semua sendiri. Tapi saya tak peduli. Selagi niat saya betul, demi anak-anak, saya sanggup buat apa sahaja,” ujar Auni penuh yakin.
Minat Sejak Kecil, Bina Impian Sendiri Auni berkongsi, minatnya terhadap seni dan kerja tangan sudah mula berputik sejak kecil. Siapa sangka, minat yang sederhana itu akhirnya membawa dirinya ke dunia pertukangan dan pembinaan rumah.
Auni melakukan kerja membina rumah impiannya sendiri. “Dulu saya suka sangat melukis. Bila dah besar, minat tu berubah kepada kerja-kerja DIY. Saya mula jatuh cinta tengok konsep rumah kecil atau ‘tiny house’ dari rancangan TV. Dari situ saya tanam impian, satu hari nanti mesti ada rumah sendiri,” kongsinya.
Namun, sebagai ibu tunggal, soal kewangan menjadi cabaran utama. Kos untuk mengupah tukang dan membeli bahan binaan tidak murah.
“Bila kira bajet, memang tak mampu. Jadi saya nekad buat sendiri. Saya belajar sikit-sikit, tengok YouTube, baca perkongsian orang lain. Kalau orang lain boleh, kenapa saya tak boleh?” katanya penuh semangat.
Penat, Tapi Demi Anak, Terus Kuat Menurut laporan Sinar Harian, membina rumah sendiri tanpa pengalaman bukan perkara mudah. Tambahan pula, semua kerja berat dilakukan seorang diri.
“Masa mula-mula dulu, semua simen saya bancuh sendiri, manual. Nak buat ground beam, lantai slab, pasang dinding — semua saya buat seorang. Memang penat, ada masa rasa nak tumbang,” ujarnya.
Namun, setiap kali keletihan atau hampir putus asa, Auni kembali mengingatkan dirinya tentang impian dan masa depan anak-anak.
“Kalau saya berhenti, siapa nak tolong saya? Saya ibu, saya kena kuat. Saya fikir, anak-anak perlukan tempat berteduh yang selesa, yang mereka boleh panggil rumah,” katanya.
Tak Peduli Kata Orang, Yakin Pada Diri Sendiri Bukan mudah menghadapi pandangan skeptikal daripada sekeliling. Ada yang memandang rendah kebolehan Auni hanya kerana dia seorang wanita.
“Orang pernah cakap, mana boleh perempuan buat semua ni sorang-sorang. Tapi saya dah biasa dengar orang cakap macam tu. Saya jadikan semua itu pembakar semangat. Kalau kita terlalu dengar cakap orang, sampai bila-bila impian kita tak jadi kenyataan,” katanya tegas.
Kini, rumah kecil impian Auni sudah siap hampir 70 peratus, jauh lebih awal daripada jangkaan lima tahun yang ditetapkannya.
Tiada Yang Mustahil Bila Demi Anak Bagi Auni, kisah ini bukan hanya tentang membina rumah, tetapi tentang membina keyakinan diri dan masa depan.
@wanifaizun PART 1 : Dinding Dapur ✅ #diy #smallhouse #rumah #rumahkoi21 #fyp #fypシ #fypage ♬ Yang Penting Halal – Wali
“Kalau kita rasa impian kita besar, ingat, Allah lagi Maha Besar. Tak ada yang mustahil bila kita usaha dan doa sungguh-sungguh. Cepat atau lambat, Allah akan tolong,” kongsinya.
Walaupun kisahnya tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi, Auni memilih untuk hanya fokus pada sokongan positif.
“Ramai yang kagum, ada yang tak percaya perempuan buat kerja berat macam ni. Tapi sokongan yang saya dapat sangat positif. Yang negatif tu, saya abaikan. Yang penting, anak-anak saya gembira dan ada tempat berteduh,” katanya menutup bicara.
Sesungguhnya, kisah Auni Hazwani adalah lambang kekuatan seorang ibu. Tiada yang mustahil bila hati seorang ibu nekad dan penuh kasih buat anak-anak tercinta.
The post “Demi Anak, Saya Angkat Simen & Batu Bata” – Ibu Tunggal Bina Rumah Dengan Kudrat Sendiri appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/demi-anak-saya-angkat-simen-batu-bata-ibu-tunggal-bina-rumah-dengan-kudrat-sendiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mayat Ibu Anak Reput Ditemui Dalam Rumah

Mayat Ibu Anak Reput Ditemui Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 154 hits
Mayat ibu anak reput ditemui dalam rumah Anggota polis membawa mayat seorang wanita dan anak perempuannya yang ditemui di rumah tingkat sembilan sebuah apartment di Jalan Bukit Gambir di sini Foto TVN GEORGETOWN Mayat seorang wanita bersama...
Tragedi Dera Anak Angkat Kanak Kanak 5 Tahun Maut Selepas Dua Bulan Bersama Ibu Bapa Angkat

Tragedi Dera Anak Angkat Kanak Kanak 5 Tahun Maut Selepas Dua Bulan Bersama Ibu Bapa Angkat

papar berkaitan - pada 29/6/2025 - jumlah : 150 hits
Satu lagi kes penderaan kanak kanak yang menyayat hati telah berlaku di Taman Malkop Silibin Ipoh apabila seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun maut dipercayai akibat didera oleh ibu bapa angkatnya Mangsa Baru Dua Bulan Bersama I...
Anak Boleh Pandai English Dari Rumah 5 Cara Ibu Ayah Boleh Praktik Hari Ini

Anak Boleh Pandai English Dari Rumah 5 Cara Ibu Ayah Boleh Praktik Hari Ini

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 189 hits
Zaman sekarang fasih Bahasa Inggeris bukan lagi sekadar kelebihan ia satu keperluan Tapi tak semua anak dapat kelebihan belajar English dengan mudah Jangan risau mama papa kunci sebenar ada di rumah Dengan bimbingan betul anak boleh kuasai ...
Hiburan Ibu Terkedu Duit Asb Rm10k Lenyap Anak Withdraw Sendiri Beli Barang Mewah Kami Simpan Untuk Kos Pendidikan Dia

Hiburan Ibu Terkedu Duit Asb Rm10k Lenyap Anak Withdraw Sendiri Beli Barang Mewah Kami Simpan Untuk Kos Pendidikan Dia

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 145 hits
Seorang ibu meluahkan rasa kesal apabila mengetahui duit simpanan yang dikumpul demi masa depan anaknya telah lenyap kerana diambil secara sembunyi oleh anak sendiri Si ibu meluahkan rasa sebal di laman Threads di mana dia memaklumkan simpa...
Steven Sim Terus Mengambil Anak Angkat Demi Pendidikan Mereka

Steven Sim Terus Mengambil Anak Angkat Demi Pendidikan Mereka

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 170 hits
Syukur hari ini saya bertambah seorang lagi anak angkat Shun Yong pelajar tahun 2 di USM Sejak kecil dia tak pernah mengenali ayahnya Ibunya pula meninggal dunia ketika dia Tingkatan 2 Sejak itu nenek tua berusia 87 tahun menjadi tempat Shu...
2 Anak Serah Ibu Ke Rumah Kebajikan Arah Jangan Maklum Jika Meninggal

2 Anak Serah Ibu Ke Rumah Kebajikan Arah Jangan Maklum Jika Meninggal

papar berkaitan - pada 29/6/2025 - jumlah : 122 hits
Kisah seorang ibu warga emas yang ditinggalkan di pusat jagaan tanpa sebarang hubungan lagi dengan dua anak perempuannya mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat Lebih mengejutkan mereka mengarahkan agar pihak pusat tidak mem...
Anak Menyesal Tinggalkan Ibu Di Pusat Jagaan Menangis Depan Polis Lepas Terima Kecaman Netizen

Anak Menyesal Tinggalkan Ibu Di Pusat Jagaan Menangis Depan Polis Lepas Terima Kecaman Netizen

papar berkaitan - pada 29/6/2025 - jumlah : 127 hits
Seorang wanita menangis di hadapan anggota polis selepas video dirinya menghantar ibu kandung ke pusat jagaan warga emas tular dan mengundang kecaman ramai Wanita itu tampil menyesal dan akhirnya menjemput semula ibunya pulang Sorotan utama...
Ibu Minta Polis Tangkap Anak Tukar Durian Dengan Pil Kuda

Ibu Minta Polis Tangkap Anak Tukar Durian Dengan Pil Kuda

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 121 hits
Ibu minta polis tangkap anak tukar durian dengan pil kuda SEORANG ibu memuat naik gambar durian dan sepeket makanan di Facebook Foto Facebook BANGKOK Seorang ibu warga Thailand meluahkan rasa terdesaknya di media sosial dan meminta campur t...
Dua Mayat Ibu Dan Anak 2 Tahun Ditemui Sudah Reput Dalam Bilik Tidur Sebuah Pangsapuri

Dua Mayat Ibu Dan Anak 2 Tahun Ditemui Sudah Reput Dalam Bilik Tidur Sebuah Pangsapuri

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 184 hits
NOOR HASLIZA NUSIMayat dua beranak ditemukan sudah reput di dalam bilik tidur sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Gambir petang tadi GEORGE TOWN Polis mengesahkan penemuan mayat dua beranak warga tempatan yang dijumpai dalam keadaan sudah repu...
Pencuri Rumah Imam

Academic Redirect Anger Over Preacher Pair Not At Agc

Moments You Missed At G Dragon S Bermensch World Tour In Malaysia Without The Huawei Pura 80 Ultra

Gubahan Hantaran Nikah

Malaysia S Leviathan Anwar S Pact For Order

Lauk Gulai Ikan Tongkol Ni Buat Tambah Nasi Berkali Kali

Pm S Announcement Shows Comprehensive Effort To Address Rising Cost Of Living Says Fahmi

Netflix S Culinary Class Wars Athwart Allegations Of Format Theft In China No Licensing Agreement Secured


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jellyfish Parenting Gaya Baru Ibu Bapa Muda Zaman Sekarang Lembut Tapi Tetap Tegas

Bila Anak Batuk Tak Berhenti Apa Yang Perlu Ibu Bapa Risaukan

Menu Menu Dari Bunga Kantan

Apa Saya Boleh Beli Dengan Rm100 Di Lotus S Supermarket

Petai Belalang Mengkarung Dan Timun Tikus

Bosan Menjadi Guru