L Or Al Malaysia Membantu Wanita Muda Membina Hidup Berkualiti Menerusi Kecantikan
Graduan 2019 Program Beauty for a Better Life
Selepas menjalani latihan selama 12 bulan, 24 orang wanita berusia antara 16 dan 20 tahun yang merupakan kumpulan kelas 2019, kini lulus dari program Beauty for a Better Life (BFBL) L’Oréal Foundation. Mereka kini adalah pendandan rambut dan jururias yang diiktiraf, dan bersedia untuk mengorak langkah dalam industri kecantikan
Berdasarkan kepada prinsip memperkasa melalui pendidikan, program ini mula dilaksanakan oleh L'Oréal Malaysia sejak 2016 sebagai sumbangan syarikat dalam memainkan peranan untuk memperkasakan wanita muda di negara ini melalui pendidikan. Ia menyediakan wanita muda dengan latihan berkualiti tinggi dan tanpa bayaran dalam sektor dandanan rambut dan kecantikan profesional. Dengan kerjasama Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) menerusi Pusat Peluang Latihan Vokasional YWCA (VTOC), program ini bertujuan untuk mendidik wanita muda Malaysia yang tidak berpeluang mendapat akses pendidikan yang baik untuk memperoleh pensijilan yang diiktiraf dalam bidang dandanan rambut dan kecantikan. Dengan kemahiran ini, kumpulan wanita muda ini dapat memperoleh motivasi dan bangga terhadap sendiri, serta berintegrasi secara profesional ke dalam komuniti masing-masing
Upacara graduasi diserikan lagi dengan kehadiran Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat. Menurutnya, program Beauty for a Better Life ini melengkapkan usaha kementerian untuk membangunkan wanita yang kurang bernasib baik dengan menyediakan peluang latihan vokasional pada mereka yang tidak berkemampuan. Beliau juga menekankan bahawa latihan percuma ini mampu mengatasi rintangan bagi wanita muda dari keluarga yang miskin mendapatkan kemahiran profesional, dan yang lebih penting meningkatkan gaya hidup melalui pekerjaan atau memulakan perniagaan perkhidmatan selepas itu
Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh juga terus menekankan bahawa kerajaan sendiri tidak boleh atau mampu menyediakan latihan vokasional seperti ini tanpa bekerjasama dengan organisasi yang berjaya dalam industri tersebut seperti L’Oréal untuk memberi panduan dan membimbing wanita muda menempatkan mereka dan kekal relevan dalam pasaran ini
Pengarah Komunikasi Korporat L’Oréal Malaysia, Zaireen Ibrahim menegaskan bahawa L’Oréal adalah peneraju global dalam kecantikan dengan semangat komuniti untuk memberi bantuan kepada yang memerlukannya. “Di Malaysia, kami komited untuk memberi balik kepada komuniti melalui pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan salah satunya adalah program Beauty for a Better Life. Dengan program ini, visi kami adalah untuk membantu mengubah hidup wanita muda dengan memberi inspirasi dan pembelajaran kualiti tinggi untuk kerjaya dalam sektor kecantikan dan dandanan rambut, dengan ini membantu mereka untuk menerima pendapatan yang lestari bagi kehidupan yang lebih bagus. Sejak bermulanya program ini, kami telah membantu dengan menubuhkan pusat latihan yang baru, melatih jurulatih, menyediakan latihan motivasi, mengadakan latihan kelas master bersama L’Oréal Professionnel dan padanan kerja bagi pelatih selepas tamatnya program ini
Semasa majlis graduasi di Pusat Peluang Latihan Vokasional YWCA di Kuala Lumpur, kelas siswazah 2019 menunjukkan kemahiran mereka dengan memberi perkhidmatan memotong rambut serta solekan kepada para pelajar daripada Akademi Inovasi SOLS 24/7, pertubuhan bukan untung yang berteraskan pembelajaran dan memperkasakan komuniti yang kurang bernasib baik. Mereka termasuk termasuk remaja yang akan menghadiri temuduga kerja boleh mendapatkan perkhidmatan dandanan rambut dan solekan profesional untuk membantu mereka tampil yakin untuk pekerjaan impian mereka
Para graduan tahun ini termasuk empat wanita muda dari masyarakat asli di Gua Musang, Kelantan. Mereka memiliki prestasi cemerlang sepanjang latihan mereka dan tiga daripadanya telah mendapat pekerjaan sebelum tamat pengajian mereka
Bagi Amisha A/P Rudin yang berusia 18 tahun dari Gua Musang, Kelantan, menerima Anugerah Prestasi Terbaik merupakan suatu kejutan besar buatnya. "Saya tidak pernah menjangka dipilih - ia adalah satu penghormatan untuk saya dan saya bersyukur kerana peluang yang diberikan oleh L'Oreal untuk saya mengejar impian menjadi pendandan rambut profesional. Selepas tamat PT3, saya berpindah ke Melaka untuk mencari peluang yang lebih baik sebelum diperkenalkan kepada program Beauty for a Better Life oleh paderi gereja saya. Sepanjang program tersebut, saya mendapat banyak pengalaman dan membuat ramai kawan baharu. Walaupun latar belakang kami berbeza, saya menjadi sangat rapat dengan rakan sekelas saya, yang merupakan sesuatu yang saya tidak pernah saya alami di tempat lain." Pada ketika ini, Amisha menjalani latihan kerja di sebuah salon kecantikan di Seputeh, Kuala Lumpur dan beliau berharap akan dapat terus bekerja di sana selepas tamat pengajian, dan seterusnya dapat membuka salun sendiri di Kuala Lumpur pada masa depan
Penerima Anugerah Pelatih Cemerlang, Ramapriya Ramarao, 20, dari Selekoh, Perak, berkongsi bahawa hidupnya berubah menjadi lebih baik sejak menyertai program Kecantikan untuk Kehidupan yang Lebih Baik. Dia yang suka melukis, mula berlatih membuat mehendi (inai) pada adik-beradik dan ibunya sejak berusia sembilan tahun. Datang dari keluarga ibu tunggal, dia mendapat tahu tentang program ini melalui seorang guru di VTOC selepas menamatkan SPM. Melalui program Kecantikan untuk Kehidupan yang Lebih Baik, Ramapriya belajar berdikari.
Setelah mendapat pekerjaan sebelum tamat pengajian lagi, dia berkata dia akan menggunakan kemahirannya untuk tujuan baik sebagai seorang artis kecantikan dan henna, dan mengubah minatnya menjadi satu kerjayanya
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang L'Oréal Foundation dan program Beauty for Better Life, sila layari www.fondationloreal.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2019/12/loreal-malaysia-membantu-wanita-muda.html