Kenapa Wanita Menyukai Lelaki Lebih Muda


Wanita menjalinkan hubungan dengan lelaki yang lebih muda bukanlah perkara baru.Menurut ahli psikologi, wanita yang memiliki pasangan lebih muda biasanya sudah mantap daripada segi sosioekonominya.

Gambar hiasan

Rata-rata usia mereka melebihi 30 tahun, hidup berdikari dan mempunyai pekerjaan sendiri. Mereka menjalinkan hubungan dengan lelaki lebih muda mungkin kerana lelaki yang sebaya sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Tambahan pula, kebanyakan teman sepejabat adalah daripada golongan lelaki yang lebih muda. Lebih-lebih lagi jika teman lelakinya itu dapat memenuhi harapannya. Jadi, mengapa tidak menjalinkan hubungan istimewa?

Hubungan wanita dengan jejaka yang lebih muda masih dianggap normal, selagi si lelaki tidak berasa terpaksa. Mungkin si lelaki memang ingin memiliki pasangan yang mantap agar dapat membimbingnya.

Lelaki sebegitu tidak mahu menjalin hubungan dengan wanita yang lebih muda, yang biasanya lebih manja. Jadi, dia memilih wanita yang dapat mengurus dan membimbingnya.

Walau bagaimanapun, pada umumnya wanita cenderung memilih pasangan yang lebih tua kalau tidak pun sebaya. Namun usia bukanlah satu-satunya faktor pengukur kematangan berfikir dan emosi.

Kadang-kadang lelaki muda juga matang psikologinya dan mampu membuatkan pasangannya berasa selesa untuk menjalinkan hubungan mesra.

Mungkin juga wanita memilih lelaki lebih muda kerana ia membuatkan hidup mereka lebih bersemangat.

Secara umum, lelaki yang lebih muda adalah lebih aktif, lebih menyeronokkan apabila bersiar-siar atau keluar bersama dan masih gemar melakukan aktiviti mencabar seperti berkhemah dan mengembara. Jika sebaya, mereka mungkin akan keletihan apabila pulang daripada bekerja dan hanya mahu berehat di rumah.

Wanita yang memilih pasangan yang lebih muda biasanya memiliki keyakinan diri yang lebih tinggi. Mereka berasa yakin lantaran kedudukan diri yang sudah kukuh dan stabil.

Di luar negara, isu wanita berpasangan dengan lelaki lebih muda sudah menjadi lumrah. Apatah lagi dalam kalangan selebriti, yang mana wanitanya sudah mapan.

Sebaliknya di negara , jika dia dalam kategori wanita biasa, biasanya dia hanya mencari keselesaan dan merasai cabaran. Dan lelaki yang masih aktif melakukan pelbagai perkara mungkin menarik baginya.

Namun, hubungan berbeza usia tetap ada halangannya. Ini kerana wanita mahu pun lelaki akan berkembang seiring pertambahan usia. Jika lelaki semakin matang dan mantap sedangkan yang wanitanya tidak mampu mengimbangi perkembangan itu, maka masalah akan timbul.

Jadi, wanita yang memiliki pasangan lebih muda harus berfikir tentang masa depan mereka. Apabila usia bertambah, setiap individu pasti akan berubah.

Perbezaan usia pasangan janganlah terlalu jauh, hanya sekitar 4-5 tahun. Perbezaan yang tidak terlalu jauh membolehkan pasangan menghadapi halangan dengan lebih mudah berbanding mereka yang memiliki perbezaan usia melebihi 10 tahun.

Tips:

Wanita yang mempunyai pasangan lebih muda harus selalu bertenaga dan aktif.

Wanita harus memiliki pengetahuan yang luas, memperluaskan wawasan selain sentiasa berusaha membangunkan diri.

Wanita harus pandai menjaga kesihatan dan penampilan agar dapat mengimbangi kekasih/suaminya yang lebih muda.

Pasangan berkenaan harus sentiasa dapat berkomunikasi dengan baik termasuk membincangkan masalah yang dihadapi.

Wanita janganlah terlalu cemburu terhadap pasangannya yang lebih muda meski pun kekasih/suaminya itu mempunyai ramai kawan sebaya. Berikan ruang kepada mereka yang lebih muda.
Menjalin hubungan dengan lelaki lebih muda adalah suatu pilihan yang boleh diterima akal, namun wanita harus memberi perhatian terhadap beberapa perkara agar hubungannya itu berkekalan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Benarkah Usia Bukan Penentu Kebahagiaan Rumah Tangga?5 Kelebihan Lelaki Berusia Di Mata Wanita
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2013/06/kenapa-wanita-menyukai-lelaki-lebih-muda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Tidak Tahu Wanita Berpipi Tembam Akan Kekal Muda Remaja

Ramai Tidak Tahu Wanita Berpipi Tembam Akan Kekal Muda Remaja

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 1642 hits
Zaman sekarang wanita sering berlumba lumba untuk sentiasa kelihatan cantik dimata semua orang Kebanyakkan dari mereka impikan rupa paras yang cantik kurus serta bergaya Rata ratanya menginginkan bentuk wajah yang tirus dan nampak langsing ...
Mengapa Bayi Lebih Teruja Dengan Ibu Wanita Ini Kongsi Apa Sebabnya

Mengapa Bayi Lebih Teruja Dengan Ibu Wanita Ini Kongsi Apa Sebabnya

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 287 hits
Menyusukan anak sememangnya memenatkan bagi seorang ibu Terutama bagi mereka yang bekerja Tidur malam turut terganggu kerana perlu berjaga di tengah tengah malam untuk menyusukan anak Kadang kadang ada ibu yang lebih memilih untuk memberika...
Benarkah Minum Jeruk Nipis Bisa Buat Wanita Lebih Cepat Hamil

Benarkah Minum Jeruk Nipis Bisa Buat Wanita Lebih Cepat Hamil

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 995 hits
Dokter spesialis kebidanan dan kandungan Grace Valentine Menurut Grace memang betul bahwa jeruk nipis adalah buah yang kaya antioksidan Namun belum ada studi yang mengatakan bahwa mengonsumsi jeruk nipis terbukti meningkatkan peluang seoran...
Benarkah Wanita Lebih Setia Dari Lelaki

Benarkah Wanita Lebih Setia Dari Lelaki

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 405 hits
Lumrahnya begitu Sifat kesetiaan sudah sebati ada dalam darah daging wanita Biarpun hakikatnya wanita juga mampu melakukan kesilapan besar tetapi kaum Hawa adalah umat paling jarang menduakan pasangannya Manakala lelaki sering menggunakan a...
Tampil Lebih Muda Dan Cerah Berseri Dengan Rangkaian Safi Youth Radiance

Tampil Lebih Muda Dan Cerah Berseri Dengan Rangkaian Safi Youth Radiance

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 909 hits
Tampil Lebih Muda dan Cerah Berseri Dengan Rangkaian Safi Youth Radiance Siapa yang tak kenal dengan Safi Jenama yang dipercayai dari dulu hingga kini Kinah dari zaman sekolah dulu Safi je la pilihan kinah Masa tu sekolah lagi safi je la ya...
Wanita Yang Menikah Lebih Dari Sekali Di Surga Berkumpul Dengan Suami Yang Mana

Wanita Yang Menikah Lebih Dari Sekali Di Surga Berkumpul Dengan Suami Yang Mana

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 281 hits
Tak sedikit seorang perempuan yang menikah lebih dari sekali ada yang karena suaminya telah kembali keharibaan Tuhan atau karena perceraian Seorang perempuan yang pernah menikah lebih dari sekali tersebut maka akan bersama suami yang mana k...
Eizlan Yusof Tamat Zaman Duda Bersama Pasangan Lebih Muda 19 Tahun

Eizlan Yusof Tamat Zaman Duda Bersama Pasangan Lebih Muda 19 Tahun

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 1690 hits
Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof 48 selamat bergelar suami kepada Natasha Rosa Boudville 29 dengan hanya sekali lafaz dalam majlis penuh istiadat yang diadakan cukup meriah di The Glass Suite Boraombak Marina Putrajaya berlangsung petang tad...
Wanita Usia 30an Lebih Yakin Dengan Tubuh Sendiri

Wanita Usia 30an Lebih Yakin Dengan Tubuh Sendiri

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 550 hits
Bukan sedikit wanita beranggapan bahawa semakin bertambahnya umur maka semakin bertambah pula berat badan Tapi mengikut kajian yang dijalankan oleh Sanctuary Spa Active Reverse Body di usia 34 tahun wanita berasa lebih bahagia dengan tubuh ...
7 Easy Ways To Top Up Your Touch N Go Card In Malaysia

Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Rabu Tanpa Kata

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Pengalaman Perit Masa Lalu Membuatkan Ku Lebih Bersyukur

Cameron Highlands Di Hari Hujan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Coffee Trains Good Vibes At Myrail Coffee Sendayan

Pertama Kali Melihat Kaabah Depan Mata

Malaysia Juara Dalam Best Cuisine Di Pertandingan Worldchefs National Cuisine Challenge 2025 Dubai

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke

Resepi Rendang Daging Batang Pinang Yang Sangat Sedap Lembut Juicy Dan Dimakan Bersama Nasi Himpit Dan Kuah Kacang

Penceramah Agama Ditahan Disyaki Memberi Ceramah Tanpa Tauliah