Kwsp Catat Pendapatan Pelaburan Kasar Rm12 16 Bilion Pada Suku Pertama 2020



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mencatat jumlah pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM12.16 bilion untuk suku tahun pertama berakhir 31 Mac 2020, semasa cabaran pandemik global COVID-19.

Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias  berkata, “Pandemik ini telah memberikan impak besar ke atas dunia yang tidak bersedia menghadapinya. Ini telah mengakibatkan perubahan mendalam kepada kehidupan seharian serta menyebabkan kemelesetan ekonomi yang luar jangkaan. Lebih-lebih lagi kerana ianya berlaku dalam persekitaran global yang sememangnya lemah akibat kejatuhan harga minyak dan ketidaktentuan pasaran yang didorong oleh isu geopolitik yang masih berterusan sejak 2019.”

“Semua pasaran domestik dan global terjejas teruk, terutamanya pasaran ekuiti yang mengalami penurunan yang ketara, dengan kejatuhan pasaran global sehingga 32%, manakala prestasi FTSE Bursa Malaysia KLCI telah jatuh 15% sehingga 31 Mac 2020. Selain itu, kebanyakan bank-bank pusat sedunia memperkenalkan pelbagai dasar monetari bagi membantu isi rumah dan peniaga, mengakibatkan penurunan kadar faedah yang mengurangkan hasil daripada pelaburan dalam aset pendapatan tetap. Prestasi pelaburan KWSP juga tidak terkecuali daripada impak COVID-19 dan mencatatkan penurunan pendapatan pada masa yang sama.”

Instrumen pendapatan tetap telah menyumbang RM4.87 bilion kepada pendapatan kasar. Sektor hartanah dan infrastruktur, dan instrumen pasaran wang pula masing-masing telah menyumbang RM0.43 bilion dan RM0.54 bilion, manakala ekuiti pula mencatatkan RM6.32 bilion, yang mewakili 52% daripada jumlah pendapatan kasar. Pendapatan pelaburan bersih yang dicatatkan adalah sebanyak RM7.50 bilion setelah mengambil kira penghapusan ke atas nilai ekuiti tersenarai, yang merupakan amalan berhemah KWSP dalam memastikan portfolio pelaburan jangka panjang kekal sihat.


Pemulihan berwaspada dalam norma baharu 

“Walaupun ketidaktentuan pasaran dijangka akan berterusan, KWSP telah melihat beberapa pemulihan dalam pelbagai pasaran dunia sejak bulan April. Berikutan pelaksanaan rancangan yang agresif oleh ekonomi-ekonomi besar untuk menangani impak virus tersebut dan memulakan langkah pemulihan ekonomi selepas COVID-19, kami berharap sentimen pasaran akan terus beransur pulih.”

“Walau bagaimanapun, sebagai dana simpanan jangka masa panjang dengan pelaburan di serata dunia, KWSP mengamalkan sistem penilaian dan pengurusan yang tegas dalam membuat sebarang keputusan pelaburan, yang berpandukan strategi jangka masa panjang bagi memastikan kami sentiasa berwaspada dan tidak membuat keputusan secara terburu-buru mengikuti pergerakan pasaran semasa. Oleh itu, KWSP berada dalam kedudukan yang lebih baik menghadapi ketidaktentuan pasaran dan berpeluang menambah pelaburan dalam aset-aset yang kukuh,” kata Alizakri.

Beliau menambah bahawa dalam keadaan ini, KWSP semakin mengambil manfaat daripada pelaburan yang berterusan dalam pasaran luar negara, yang merangkumi 28.8% daripada keseluruhan jumlah pelaburan aset KWSP.

Berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA), prestasi KWSP berjaya mengatasi kebanyakan dana ekuiti lain walaupun dalam keadaan kemerosotan pasaran, sementara tumpuan pelabur-pelabur kepada aset yang lebih stabil seperti bon telah meningkatkan pulangan daripada aset pendapatan tetap KWSP dan seterusnya mengurangkan impak daripada penurunan harga ekuiti.

SAA KWSP memperuntukkan 54% kepada Instrumen Pendapatan Tetap, 36% kepada Ekuiti, 6% kepada Hartanah dan Infrastruktur dan 4% kepada Instrumen Pasaran Wang. Ini mencerminkan matlamat jangka panjang KWSP dalam memastikan pelaburan berhemah dan berdisiplin menhadapi pergerakan pasaran yang tidak menentu.

Mencapai keseimbangan antara kepentingan jangka panjang dan keperluan jangka pendek ahli  


KWSP telah segera membuat penyesuaian ke atas perkhidmatan dan produknya bagi mengimbangi keperluan aliran tunai semasa ahli-ahli KWSP dalam menghadapi cabaran yang disebabkan oleh pandemik ini, di samping memenuhi mandatnya untuk melindungi simpanan persaraan mereka pada masa hadapan.

Pada bulan Mac, KWSP telah menurunkan kadar caruman berkanun pekerja daripada 11% kepada 7% untuk membantu pendapatan boleh-guna bulanan ahli. Sebagai tindak balas kepada keperluan aliran tunai ahli-ahli semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), KWSP juga telah memberikan pilihan untuk mengeluarkan sebahagian daripada dana persaraan di dalam Akaun 2 mereka melalui kemudahan Pengeluaran i-Lestari. Sehingga 5 Jun 2020, sebanyak 4.1 juta permohonan telah dibuat dengan jumlah pengeluaran bernilai RM1.94 bilion.

KWSP juga memahami keperluan terdesak majikan dalam menguruskan aliran tunai semasa berikutan pelaksanaan PKP. Untuk menangani masaalah ini, KWSP telah melancarkan Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP) pada bulan April untuk membolehkan majikan menangguh dan menstruktur semula caruman syer majikan kepada simpanan KWSP pekerja. Setakat 5 Jun 2020, KWSP telah meluluskan sebanyak 6,500 permohonan majikan yang bernilai RM42.9 juta.

Alizakri berkata, “Inisiatif-inisiatif ini dilancarkan kerana kami memahami cabaran yang dihadapi oleh ahli kami, berdepan dengan kemungkinan hilang kerja dan mata pencarian mereka, terutamanya semasa tempoh kuarantin dan dalam keadaan ekonomi yang lembap.”

“Pencapaian suku pertama menggambarkan dunia dan gaya hidup yang kini telah mengalami perubahan. Di sebalik ketidaktentuan akibat pandemik ini dan keadaan ekonomi yang merudum, kami masih yakin bahawa keadaan ini akan kembali pulih dan stabil semula. Namun, pengajaran serta pengalaman akibat daripadanya harus dihayati supaya kita dapat menyesuaikan diri sewajarnya. Dengan keadaan sebegini, kita juga patut memanfaatkan pelbagai peluang yang muncul berikutan krisis COVID-19 ini. Kita perlu merancang semula infrastruktur global serta model ekonomi dan model sosial negara untuk mencapai masa depan yang lebih baik,” menurut Alizakri ketika beliau membuat kesimpulan.

KWSP

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/06/kwsp-catat-pendapatan-pelaburan-kasar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
21 Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Untuk E Filing Tahun 2020

21 Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Untuk E Filing Tahun 2020

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 441 hits
Bg rakyat Malaysia yg membayar cukai pendapatan setiap thn pihak Lembaga Hasil Dlm Negeri telah mengeluarkan senarai 21 pelepasan cukai pendapatan thn 2019 utk e Filing thn 2020 Utk pengetahuan semua cukai pendapatan merupakan cukai yg dike...
Harga Emas Pelaburan Ditutup Tinggi Pada 20 6 2020

Harga Emas Pelaburan Ditutup Tinggi Pada 20 6 2020

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 966 hits
Anda nak tahu harga emas pelaburan pada hari ini Sabtu 20 6 2020 dan pergerakan harga emas akaun simpanan GAP pada Ahad dan seterusnya Isnin Jangan bimbang di sini saya akan beri sedikit penerangan bagaimana anda boleh tahu pergerakan harga...
Ini Dia Langkah Demi Langkah Untuk Anda Mula Jana Pendapatan Menerusi Program Affiliate Edisi 2020

Ini Dia Langkah Demi Langkah Untuk Anda Mula Jana Pendapatan Menerusi Program Affiliate Edisi 2020

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 470 hits
Saya tahu ada ramai individu yang mencari pendapatan tambahan di internet Anda mungkin salah seorang daripadanya Saya harap sepanjang usaha pencarian anda itu nanti anda tak terpesona dengan program program yang scam Jika saya ditanyakan so...
Pas My30 Prasarana Catat 10 000 Langganan Pada Hari Pertama

Pas My30 Prasarana Catat 10 000 Langganan Pada Hari Pertama

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 435 hits
Pas My30 adalah bagi pengangkutan rel Transit Aliran Ringan Transit Aliran Massa KL Monorail dan perkhidmatan bas Rapid di Lembah Klang KUALA LUMPUR Pas perjalanan tanpa had My30 yang diperkenalkan oleh Prasarana Malaysia Berhad sehingga te...
Daftar Permohonan Semakan I Saraan Kwsp 2020

Daftar Permohonan Semakan I Saraan Kwsp 2020

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 597 hits
DAFTAR PERMOHONAN SEMAKAN i SARAAN KWSP 2020 APA ITU INSENTIF i SARAAN KWSP 2020 i Saraan adalah program caruman sukarela dengan insentif untuk golongan yang bekerja sendiri Ciri utama kemudahan itu adalah pemberian insentif khas kerajaan s...
Kehilangan Pekerjaan Meningkat 42 Peratus Pada Suku Pertama Perkeso

Kehilangan Pekerjaan Meningkat 42 Peratus Pada Suku Pertama Perkeso

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 260 hits
KUALA LUMPUR Berikutan pandemik COVID 19 kehilangan pekerjaan di negara ini meningkat sebanyak 42 peratus untuk suku pertama tahun ini menurut Sistem Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial Dalam laporan bertajuk Em
Kenangan Ramadan Tahun 2020

Kenangan Ramadan Tahun 2020

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 556 hits
Ramadan telah pun lama berlalu dan kini Syawal pula kembali Walaupun Syawal kali ini sangatlah hambar tetapi tetap dirai dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi Kenangan Ramadan Alhamdulillah puasa kali ini diberi kesihatan yang baik Semua ...
Covid 19 Afl Batal Liga M3 Musim 2020

Covid 19 Afl Batal Liga M3 Musim 2020

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 386 hits
PETALING JAYA 8 Jun Liga Bolasepak Amatur membatalkan saingan Liga M3 musim 2020 yang berbaki 16 perlawanan atas faktor kesihatan dan kesan kewangan kelab susulan penularan Covid 19 kata pengerusinya Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata ke...
Dah Boleh Rentas Negeri Mulai 10 Jun 2020

Dah Boleh Rentas Negeri Mulai 10 Jun 2020

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 827 hits
Dah Boleh Rentas Negeri Mulai 10 Jun 2020 Kehidupan hari ini kian berubah Kalau dulu kemana mana ikut suka hati individu sahaja Tapi sekarang segala pergerakan rentas negeri adalah tidak dibenarkan Bagaimana perasaan anda ketika itu Bagaima...
Exploring Europa Nasa S Europa Clipper Mission

The Data Driven Approach How Cpg Brands Can Leverage Consumer Behavior For Growth

In Kg Kelaik Protecting The Forest Act Of Political Resistance

Bayi Maut Dilanggar Suv Dipandu Bapa

Agy S Fun Filled Aidilfitri Celebrations Are A Family Affair

How Does Private Equity Actually Work

Dbkl Siasat Insiden Penguatkuasaan Terhadap Penjaja Belon Di Jalan Tar

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buy Guncle Shirt Celebrating Gay Uncles With Style

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

Terculik Sana Tertukar Sini

Mi Goreng Kicap Resipi Simple Tapi Rasanya Tip Top

Juadah Hari Raya Sa

Kakitangan Jai Pahang Membuat Fitnah Harap Ambil Tindakan