Ini Dia Langkah Demi Langkah Untuk Anda Mula Jana Pendapatan Menerusi Program Affiliate Edisi 2020


Saya tahu ada ramai individu yang mencari pendapatan tambahan di internet. Anda mungkin salah seorang daripadanya. Saya harap, sepanjang usaha pencarian anda itu nanti, anda tak terpesona dengan program-program yang scam.
 
Jika saya ditanyakan soalan tentang apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk buat duit online, sudah semestinya nama program affiliate akan saya masukkan dalam senarai.
 
Ya, kalau anda serius nak buat duit di internet, cubalah sertai program affiliate. Saya percaya, dengan usaha dan teknik yang betul, anda juga pasti mampu untuk hasilkan pendapatan.
 
Menerusi posting kali ini, saya akan tunjukkan kepada anda langkah-langkah yang anda boleh ambil untuk hasilkan pendapatan di internet melalui program affiliate.
 
Siapa saya dan adakah saya ini pakar affiliate marketing?
Eh eh mestilah tak.
 
Saya bukan pakar, tapi saya adalah sedikit pengalaman buat duit menerusi program affiliate ini.
 
Dekat luar sana, ada terlalu banyak program affiliate yang kita boleh sertai. Program ini pula silih berganti. Ada yang cuma bertahan dua atau tiga tahun, dan ada juga yang cemerlang dan bertahan lama.
 
Salah satu program yang saya sertai, telah memberikan saya komisen sebanyak RM13 ribu. Ini buktinya.

Bukan saya dapat RM13 ribu setiap bulan. Tapi jumlah keseluruhan yang saya dah pernah dapat adalah RM13 ribu.
 
Saya ada buat beberapa akaun dengan program ini. Sudah tentu guna nama yang berbeza. Selain program diatas, saya juga banyak sertai program-program affiliate yang lain.
 
Ok cukup rasanya saya bercerita tentang diri saya. Saya bukan nak jual apa-apa barang, ebook ataupun program latihan. Saya hanya nak kongsikan beberapa langkah yang anda boleh tiru, dan seterusnya boleh buat duit tambahan menerusi program affiliate juga.
 
Jadi tanpa membuang lebih banyak masa, ini dia yang anda perlu lakukan.

 
Langkah demi langkah untuk hasilkan pendapatan melalui program affiliate di Malaysia Topik mengenai pemasaran affiliate bukanlah satu perkara baru dalam kalangan penduduk di Malaysia. Boleh jadi anda sendiri pernah cuba sertai program affiliate dan sedang selesa menjana pendapatan melalui kaedah ini.
 
Atau boleh jadi juga anda tidak begitu bernasib baik dan kurang berjaya nak buat dengan kaedah ini. Tapi jangan risau, sebabnya saya akan kongsikan kepada anda perkara yang anda perlu lakukan untuk membantu anda buat duit dengan program affiliate.
 
Ringkasnya, ini adalah antara perkara-perkara yang anda perlu lakukan.
(1) Pilih niche
(2) Pilih platform pemasaran
(3) Kenalpasti produk untuk anda promosikan
(4) Hasilkan konten yang berguna dan berkualiti yang berkaitan dengan niche pilihan anda
(5) Kerja keras, konsisten dan sentiasa ikut strategi yang telah anda rancang
(6) Dari masa ke masa, sentiasa perbaiki usaha pemasaran dan edit mana-mana yang perlu
(7) Follow individu lain yang telah berjaya sebagai inspirasi
 
Kalau anda tak ada masa nak baca keseluruhan artikel ini, saya kira ringkasan poin yang telah saya gariskan diatas itu sudah cukup untuk memberi idea, apa yang perlu dilakukan untuk berjaya buat duit dalam affiliate marketing. Tapi kalau anda inginkan penjelasan yang lebih panjang, maka luangkanlah sedikit masa untuk baca perkongsian ini ya.
 
Saya akan kupas satu per satu. Ok jom.
 
(1) Pilih niche Perkara pertama yang perlu anda lakukan sebelum nak hasilkan pendapatan ribu-ribu ringgit menerusi program affiliate adalah, pilih niche untuk anda fokus.
 
Jika ini merupakan percubaan kali pertama untuk anda buat duit online menerusi program affiliate, saya percaya nasihat ini mungkin agak janggal bagi anda. Namun percayalah, ini adalah langkah yang sangat penting dan akan menentukan sama ada anda bakal mencapai kejayaan ataupun sebaliknya dimasa akan datang.
 
Namun, kalau sebelum ini anda dah pernah ada pengalaman buat duit melalui affiliate program, saya percaya anda telahpun mendengar nasihat seperti ini beberapa kali.
 
Sekiranya anda masih blur dan tak tau nak pilih niche apa, saya sarankan anda bermula dengan niche yang anda sendiri mempunyai minat yang mendalam.
 
Macam mana nak tahu, sama ada kita minat sesuatu niche tersebut atau tidak? Mudah sahaja.
(1) Bila kita baca sesuatu artikel di internet, apakah topik yang paling kita suka?
(2) Kalau ada video di Yotube, apakah video yang kita suka untuk tonton?
(3) Apakah rancangan TV yang paling anda gemari?
(4) Siapa individu yang anda follow dan apakah kepakaran beliau?
 
Setiap orang ada minat yang berbeza. Ada orang suka topik tentang kewangan, pendidikan, keagamaan, politik, hiburan dan sebagainya. Justeru, mari kita mulakan dari situ.
 
Katakanlah dalam banyak-banyak topik (atau niche) anda paling suka topik tentang pelaburan, maka saya syorkan anda bermula dari situ. Logiknya ialah, kalau anda suka dan minat topik ini, sudah pasti ada banyak perkara yang berkaitan dengan topik ini yang anda tahu. Boleh jadi dengan pengetahuan yang anda miliki, anda sebenarnya layak untuk digelar sebagai seorang yang pakar atau sifu!
 
Kita lihat pula langkah seterusnya.
 
(2) Pilih platform pemasaran Ada berbagai-bagai cara dan kaedah yang boleh digunakan untuk buat pemasaran affiliate. Apa yang penting, link affiliate anda itu nanti ada orang yang akan klik dan seterusnya individu tersebut buat pembelian. Terpulang pada anda sama ada nak gunakan salah satu daripada cara dibawah, atau nak guna semua sekali.
 
Saya berpendapat, pilih satu atau dua platform sudah memadai. Kalau banyak sangat, nanti bimbang tak terbuat pula.
 
i. Guna laman blog
Kalau anda pilih blog sebagai platform pemasaran, maknanya kita sama! Ya, saya juga guna blog untuk tujuan pemasaran.
 
Bila guna blog ini, kita perlu “motivasikan” diri untuk menulis. Lebih banyak kita hasilkan karya penulisan di blog lagi bagus. Pada masa yang sama, anda juga perlu tahu sedikit sebanyak peraturan tentang Search Engine Optimization atau lebih dikenali dengan istilah SEO. Tujuannya adalah untuk memastikan artikel yang kita tulis dan siarkan di blog kita dapat masuk ke halaman pertama Google untuk kata kunci tertentu.
 
Setelah artikel blog kita berjaya masuk ke halaman pertama Google, blog kita akan mula dikunjungi oleh para pelawat secara automatik tanpa perlu kita susah payah untuk buat kerja-kerja pemasaran setiap hari.
 
Untuk makluman anda, kebanyakkan sales affiliate yang berjaya saya hasilkan adalah menerusi teknik SEO. Alhamdulillah, saya boleh dapatkan sales setiap hari (walaupun ada hari-hari tertentu nilai komisen saya tak banyak) tanpa saya perlu saya menulis artikel baru setiap hari.
 
Jujur saya katakan, kadang-kadang saya rasa agak jemu juga untuk menulis di blog. Mujurlah ada artikel-artikel lama yang cukup kuat, yang masih mampu menyumbangkan sales untuk saya.
 
ii. Buat video dan siarkan di Youtube
Kalau anda tak berapa minat menulis, tetapi anda selesa beraksi dihadapan kamera, maka anda boleh pertimbangkan untuk memulakan channel Youtube anda sendiri. Ya, orang kata jadi Youtuber.
 
Saya juga ada channel Youtube, cuma tak rajin nak buat video. Mungkin nanti-nantilah. Sebenarnya ada banyak teknik untuk buat video. Salah satu teknik yang saya rasa agak mudah untuk dilakukan ialah, anda rakam suara kemudian baru anda masukkan gambar-gambar yang sesuai atau klip video yang berkaitan dengan topik yang anda bincangkan.
 
Untuk gambar-gambar ni, anda boleh tangkap sendiri menggunakan smartphone anda. Manakala untuk klip video yang percuma, boleh diperolehi menerusi laman web seperti pexels.com ataupun dari pixabay.com.
 
Bagi tujuan merakam suara, saya syorkan anda dapatkan microphone yang berkualiti. Saya syorkan microphone dari jenama Blue Microphone.
 
iii. Guna media sosial
Zaman sekarang ini, saya percaya kebanyakkan dari kita ada akaun media sosial. Tak kiralah sama ada Facebook, Instagram, Twitter, LinkedIn dan sebagainya. Ada sesetengah orang, dia mempunyai akaun dekat semua media sosial yang ada di internet. Boleh jadi sebab dia tak nak ketinggalan.
 
Apa yang penting ialah, guna media sosial pun boleh buat duit dengan affiliate. Cuma biasalah, kena ada follower dan fans yang ramai. Setiap kali kita post sesuatu di timeline, ada ramai yang akan datang tekan butang like, komen, atau ada yang suka share status kita.
 
Sekiranya anda mempunyai peminat yang ramai, maka bolehlah pertimbangkan untuk gunakan media sosial. Bagi saya sendiri, saya sedar yang saya tak ada follower yang ramai, jadi saya tak menggunakan strategi media sosial untuk dapatkan sales affiliate.
 
iv. Pemasaran emel
Pemasaran emel adalah salah satu kaedah pemasaran yang cukup berkesan dan sangat popular satu ketika dulu. Pada hari ini, saya dapati kaedah ini mula ditinggalkan, dan orang mula beralih kepada strategi pemasaran menggunakan Youtube dan juga sosial media.
 
Walaupun begitu, bagi orang lama yang telah mempunyai senarai emel pelanggan dan prospek yang sangat banyak, (mungkin sudah mengumpul emel pelanggan sebanyak ratusan ribu) mereka masih lagi menggunakan kaedah ini.
 
Apa yang diperlukan untuk mula menggunakan kaedah pemasaran emel? Ok anda perlukan sistem Autoresponder dan juga hadiah percuma untuk diberikan kepada bakal prospek. Hadiah percuma ni biasanya dalam bentuk ebook, rakaman video, audio, kupon diskaun dan sebagainya.
 
Bakal pelanggan anda perlu memberikan nama dan alamat emel terlebih dahulu kepada anda, sebelum anda hantarkan hadiah percuma ini kepada mereka. Selepas itu, anda boleh mula menghantar emel kepada mereka ini secara berkala atau hanya hantar emel jika anda ingin jual sesuatu. Kandungan emel perlulah dipelbagaikan supaya subscriber anda (mereka yang telah memberikan emel kepada anda) tak merasa bosan.
 
Suka untuk saya highlight disini, kaedah pemasaran emel ada seninya yang tersendiri. Jika dilakukan dengan betul, anda mampu untuk membina persahabatan yang baik dengan subscriber anda. Namun, jika dilakukan tanpa teknik yang betul, mereka akan ignore emel yang anda hantar dan hanya melihat anda sebagai seorang yang terdesak perlukan duit semata-mata.
 
v. Pengiklanan berbayar Pay Per Click (PPC) menerusi Google Adwords, FBAds, dan sebagainya
Ini merupakan kaedah pengiklanan berbayar dan anda perlukan modal untuk jalankan kaedah pengiklanan seperti ini. Sebaik-baiknya, anda perlu ada ilmu dalam bidang pengiklanan, kalau tak nak duit anda hangus terbakar begitu sahaja.
 
Jangan nanti, modal untuk iklan habis beribu ringgit, tapi sales langsung tak ada.
 
(3) Kenalpasti produk untuk anda promosikan Produk yang bakal anda pilih untuk dipromosikan nanti perlu menepati satu syarat. Syaratnya ialah produk tersebut mesti berada dalam niche yang sama dengan niche pilihan anda.
 
Saya rasa step ini tak terlalu sukar.
 
Kalau tadi saya ada sentuh tentang pemilihan niche yang mengikut minat anda, (dan kita pilih niche berkaitan pelaburan) maka kali ini kita cuba kenalpasti apa produk yang sesuai untuk kita promosikan.
 
Anda boleh ke laman web klikjer.com jika anda minat untuk mempromosikan ebook yang mereka terbitkan. Untuk niche yang berkaitan dengan pelaburan, ebook berikut mungkin sesuai untuk anda promosikan.

[link download ebook sistem saham]

[link download Jom bebas hutang]

[link download ebook Rahsia Unit Trust]

[link download Jutawan Homestay]

[link download Rahsia Rumah Lelong]
 
Kalau anda minat nak promosikan ebook yang ada kaitan dengan niche pelaburan dan kewangan, sekurang-kurangnya ada 5 ebook yang anda boleh promosikan.
 
Macam mana nak promosikan kesemua ebook ini? Susah ke tak? Tak susah pun sebenarnya. Itu yang saya akan bincangkan dalam langkah yang keempat.
 
(4) Hasilkan konten yang berkualiti yang berkaitan dengan niche pilihan anda Saya tak pasti sama ada anda dah tahu ataupun belum. Saya tetap nak bagitahu juga.
 
Dalam pemasaran affiliate, kita tak perlu bersusah payah nak menjual! Kebiasaannya, kerja-kerja menjual dan meyakinkan bakal pembeli, akan dilakukan oleh pemilik laman jualan tu sendiri.
 
Tugas kita sebagai ejen affiliate hanyalah membawa masuk trafik ke laman jualan, itu sahaja. Persoalannya, bagaimana cara yang tepat untuk bawa masuk trafik yang tepat ke halaman jualan?
 
Mudah sahaja. Caranya adalah dengan menghasilkan konten yang relevan dengan produk yang kita promosikan.
 
Saya bagi contoh. Katakanlah anda sedang bercerita tentang kelebihan pelaburan saham berbanding pelaburan unit trust. Dalam artikel tersebut, anda hanya perlu fokus kepada dua instrumen pelaburan itu sahaja. Apa yang anda perlu lakukan hanya selitkan beberapa ayat seperti “… jika anda minat nak baca dengan lebih mendalam tentang pelaburan saham, bolehlah baca ebook sistem saham”.
 
Itu sahaja.
 
Kita tak perlu nak paksa-paksa atau menyuruh-nyuruh pembaca kita untuk tekan pada link affiliate kita. Cukup kita bagitahu apa kelebihan kalau dia tekan link affiliate kita dan seterusnya terpulang pada pembaca tersebut untuk bertindak atau tidak.
 
(5) Kerja keras, konsisten dan sentiasa ikut strategi yang telah anda rancang Tak ada short cut untuk berjaya. Suka atau pun tidak, anda memang kena kerja keras. Well, kalau anda tak nak kerja keras, mungkin anda boleh keluarkan sedikit duit untuk upah mana-mana freelancer untuk buat kerja-kerja yang anda malas nak buat bagi pihak anda.
 
Kerja-kerja menulis artikel, kerja menghasilkan video, design infografik, semua ini sebenarnya anda boleh outsource kepada freelancer. Kalau anda ada modal, its ok. Keluarkanlah sedikit belanja untuk dapatkan “pekerja”. Tapi kalau anda sama seperti saya, maka semua benda kenalah buat sendiri.
 
Kesemua kerja-kerja ini mestilah dilakukan secara berterusan.
 
Satu lagi yang anda patut berikan perhatian yang lebih adalah dari segi strategi. Buat apa pun, mesti kena ada strategi.
 
Andaikata anda nak gunakan teknik menulis blog. Menerusi teknik ini, anda perlu fokus membuat artikel baru sehingga artikel utama anda berjaya masuk ke halaman utama google untuk kata kunci yang anda sasarkan. Selagi artikel anda tak berjaya masuk ke halaman pertama, jangan berhenti menulis dan jangan mengalah.
 
Sekiranya anda ingin gunakan Youtube, strateginya adalah untuk dapatkan seberapa banyak subscriber dan jumlah tontonan. Kalau guna pemasaran emel, kena pastikan anda berjaya kumpul sampai 10,000 emel yang aktif dalam masa dua bulan contohnya. Selagi tak dapat, jangan berhenti berusaha.
 
(6) Dari masa ke masa, sentiasa perbaiki usaha pemasaran dan edit mana-mana yang perlu Nasihat ini lebih sesuai untuk mereka yang menggunakan kaedah pemasaran yang sama seperti yang saya sendiri gunakan, iaitu menggunakan medium blog.
 
Pada kali pertama artikel anda diterbitkan, mungkin ianya kurang sempurna. Anda mungkin mengejar masa untuk publish artikel tersebut. Kemudian pada satu hari, anda memperolehi maklumat baru yang relevan dengan artikel yang anda pernah tulis sebelum ini.
 
Jadi, apa yang kita patut buat dengan maklumat yang baru kita perolehi tu? Cari balik artikel lama yang pernah anda tulis dan kemaskini artikel tersebut.
 
Pastikan konten artikel tersebut sentiasa up to date, walaupun ianya diterbitkan pada kali pertama pada tahun 2010 mungkin. Anda boleh nyatakan bila kali terakhir anda kemaskini artikel tersebut.
 
Artikel blog kita boleh edit pada bila-bila masa jika perlu. Kita bukannya menulis atas batu, jadi jika perlu edit sahaja artikel lama untuk jadikan artikel tersebut lebih berkualiti.
 
(7) Follow individu lain yang telah berjaya sebagai inspirasi Baiklah, step ini adalah optional.
 
Ia terpulang pada anda, sama ada nak buat ataupun tidak. Namun pada saya, saya dapati ianya sangat membantu apabila kita ada someone yang kita boleh follow secara senyap-senyap atau terbuka dan dapatkan inspirasi daripada kejayaan dia.
 
Kadang-kadang saya sendiri rasa macam penat dengan kerja-kerja online. Saya rasa macam writer’s block dan pada masa tu, nak buat apa pun rasa tak seronok. Tapi bila kita ada follow someone, kita boleh berehat sekejap, ikuti perkembangan mentor kita, dan dari situ mula datang semangat untuk kembali bekerja.
 
Apa lagi alasan anda untuk tidak mencuba program affiliate? Saya rasa, dah cukup panjang perkongsian kali ini.
 
Kalau anda sedang mencuba dan memang sedang buat duit setiap bulan menerusi program affiliate, tak kiralah dari apa program sekalipun, tahniah saya ucapkan.
 
Namun, kalau anda masih belum pernah cuba dan tak pernah mulakan, boleh saya tahu apa yang menghalang anda untuk berbuat demikian? Atau adakah anda perlu bantuan? Jika perlu bantuan, cuba beritahu saya, apa jenis bantuan yang anda perlukan, manalah tahu kalau-kalau saya boleh tolong.
 
 
The post Ini dia langkah demi langkah untuk anda mula Jana Pendapatan menerusi Program Affiliate Edisi 2020 appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/jana-pendapatan-menerusi-program-affiliate/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demi Kenyamanan Dan Keamanan Maskapai Penerbangan Scoot Terapkan Langkah Pencegahan Tambahan Lawan Covid 19

Demi Kenyamanan Dan Keamanan Maskapai Penerbangan Scoot Terapkan Langkah Pencegahan Tambahan Lawan Covid 19

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 250 hits
Langkah ini diterapkan dengan berpijak pada regulator dan masukan pakar kesehatan agar penumpang percaya bisa terbang aman bersama Scoot
Cara Langkah Demi Langkah Mandi Junub Yang Betul

Cara Langkah Demi Langkah Mandi Junub Yang Betul

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 1326 hits
Cara Langkah Demi Langkah Mandi Junub Yang Betul Jom kekawan kita belajar dan ambil tahu info berguna tentang tata cara mandi junub yang betul Orang kata betulkan yang biasa biasakan yang betul gitulah lebih kurang bunyinya Kalau kita buat ...
Langkah Demi Langkah Cara Buka Kedai Online Anda Sendiri

Langkah Demi Langkah Cara Buka Kedai Online Anda Sendiri

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 513 hits
Tentu anda ada impian nak ada kedai online anda sendiri Halangan utama untuk buka kedai online anda sendiri ialah kos untuk upah web designer tu amatlah mahal Sebenarnya anda sendiri boleh buat kedai online sendiri dengan panduan langkah de...
21 Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Untuk E Filing Tahun 2020

21 Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Untuk E Filing Tahun 2020

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 425 hits
Bg rakyat Malaysia yg membayar cukai pendapatan setiap thn pihak Lembaga Hasil Dlm Negeri telah mengeluarkan senarai 21 pelepasan cukai pendapatan thn 2019 utk e Filing thn 2020 Utk pengetahuan semua cukai pendapatan merupakan cukai yg dike...
Carta Top 10 Affiliate May 2020

Carta Top 10 Affiliate May 2020

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 506 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Alhamdulillah ada hikmah di sebalik pelaksanaan PKP PKPB yang lalu dimana ramai orang suka membeli secara online melalui pelbagai platform seperti dan lain lain termasuk salah satunya adalah melalui platf...
Resepi Mudah Step By Step Labu Air Masak Pedas Langkah Demi Langkah

Resepi Mudah Step By Step Labu Air Masak Pedas Langkah Demi Langkah

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 594 hits
Kelmarin break sekejap memberi laluan my mon sambut raya Alhamdulillah berjaya juga buat puasa 6 untuk tahun ni Kitanya masih lagi berbaki 2 hari Harap harap berjayalah habiskannya Korang yang dekat luar sana tu pun dengarnya dah raya ye Ta...
Ini Rupanya Rahsia Influencer Jana Pendapatan Dapat Tajaan Dengan Jenama Popular

Ini Rupanya Rahsia Influencer Jana Pendapatan Dapat Tajaan Dengan Jenama Popular

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 399 hits
Korang pernah dengar pasal ITTIFY tak ITTIFY merupakan satu aplikasi untuk memudahkan kerjasama diantara influencer dengan banyak jenama popular dan syarikat besar bagi menjalankan kempen pemasaran mereka Setakat ini lebih 6 000 influencer ...
Semakan Keputusan Rayuan Kolej Mara Program Asasi Kemasukan Jun 2020

Semakan Keputusan Rayuan Kolej Mara Program Asasi Kemasukan Jun 2020

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 327 hits
SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN KOLEJ MARA PROGRAM ASASI KEMASUKAN JUN 2020 GARIS PANDUAN SEMAKAN KEPUTUSAN KOLEJ MARA PROGRAM ASASI KEMASUKAN JUN 2020 TATACARA SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN 1 Semakan keputusan permohonan hendaklah dibuat secara at...
Jana Pendapatan Dengan Poslaju

Jana Pendapatan Dengan Poslaju

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 368 hits
Peluang jana pendapatan tambahan sewaktu PKPB ini Jom sertai Pos Rider yang kini beroperasi di seluruh Malaysia Daftar sekarang di
Calpis Soda One In A Million

Content Marketing For New Business

Tanya Chatgpt Di Whatsapp

Bayar Rm1 000 Untuk Dapatkan Rawatan Jarak Jauh Kosmo 14 12 2024

Up To 13 Pay Rise Enhanced Benefits For Staff Of 2 Sarawak Banks

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

Tip Masak Kurma Ayam Daging Makin Sedap

The Best Shampoo Untuk Rawat Kelemumur


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Isu Poligami Dalam Drama Berbagi Suami Adaptasi Sinetron Indonesia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Dah Sampai Malaysia Tapi Konsert Batal Di Saat Akhir Feby Putri Nadin Amizah Luah Rasa Kesal

Polis Tidak Gentar Ancaman Di Sempadan Sungai Golok

Jadi Hanya Ada Bukan Hidup Ibu Malaysia Berhutang Rm100k Dengan Along Untuk Bayar Hutang Kad Anak