Kuterima Suntikan Pertama Vaksin Masuk Ke Dalam Badan
Kuterima Suntikan Pertama Vaksin Masuk Ke Dalam Badan || Alhamdulillah! Setelah diswab (Baca SINI) , kini badanku bersatu dengan cecair vaksin Coronavac, pengeluarnya Sinovac...
Alhamdulillah. Company aku dah susun siap siap schedule masa dan tempat untuk divaksin buat kami warga pekerja. Tunggu my sejahtera tak panggil panggil maka aku follow je apa yang pihak management dah aturkan.
Family aku suruh ambil terus, jangan tolak walaupun tempat cucuk ni mengambil masa dalam sejam lebih untuk sampai. Maka aku pun terpaksa bersetuju aje sebab aku salah seorang yang keluar masuk kilang..Kan.. Dorang risau lah..
Aku sempat habiskan tonton final acara berbasikal dalam sukan olimpik, lepastu barulah gerak. Hahaha.. Perjalanan ke tempat PPV je yang lama, tapi proses kat sana sangatlah cepat, teratur dan teliti. Bestlah gini! Tak stress pun! Orang pun tak ramai tadi.
Alhamdulillah
Team CoronavacTeam SinovacTeam Done Dos Pertama Vaksin
Aku tanya di kaunter penerangan (sebelum cucuk vaksin) : Kalau nak derma darah selepas vaksin, kena ambil masa berapa lama?
Jawapannya ialah selepas seminggu inject vaksin, barulah kita dibenarkan menderma darah. Tapi make sure dah rasa stabil keadaan badan.
Tahniah Nona.
Ya, kat sana ada tiga booth, semua booth aku nak posing! Hahah.
Hm.. Terpaksa buka hati terima vaksin masuk ke dalam badan demi diri sendiri, dan negara. Ewah! Tempoh masa yang diambil untuk dos kedua bagi Sinovac ialah selepas tiga minggu. Nampak gayanya, sebelum habis bulan Ogos ni, lengkaplah kedua dua dos masuk badanku ini..Fuh!
Dalam keterpaksaan tu, aku sempat beli blaus vaksin, selesa behtul! Risau gak kalau zip tetiba rosak ker lepas cucuk...Nak kena adjust tudung kang..Hahaaa.. Tapi so far so good la.. Nanti cerita lagik pasal ni di lain entri yer
Okaylah, sekian kisah aku dicucuk vaksin.. Dah rasa lenguh tangan dan badan. Mengantuk pun iye jugak.. Lapar sangat? Tak rasa pun..Hahahaa.
Harap takda rasa nak demam.... So, u guys done?
Notahati: Moga Malaysia kembali pulih. Rindu nenek
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2021/08/kuterima-suntikan-pertama-vaksin-masuk.html