Negara Tiada Wang Adalah Pengakuan Mahiaddin Tentang Kegagalannya Sendiri


 


Akhirnya Mahiaddin Md Yasin mengakui kerajaan PN pimpinanya tidak ada banyak wang lagi untuk berbelanja.
Katanya, kerajaan telah membelanjakan banyak wang iaitu sebanyak RM600 bilion untuk Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan yang telah diumumkan.
“Sudah banyak kita belanjakan wang untuk tahun ini dan pada tahun lepas.
“Apa yang saya cuba nak sampaikan di sini, kita tak banyak wang lagi yang tinggal,” katanya dalam perjumpaan dengan masyarakat Sikh semalam.
Dalam erti kata lain, pengakuan Mahiaddin ini secara tidak langsung menyerlahkan kegagalannya sendiri sebagai Perdana Menteri.
Apabila seorang CEO mengatakan syarikat yang diterajuinya tidak ada banyak wang lagi, ia dengan sendirinya bermakna CEO tersebut mengakui kegagalannya membawa masuk projek-projek baru yang boleh menjana kewangan.
Dengan yang demikian, sebelum langkah mengecil atau membuang kakitangan dilakukan, CEO berkenaan dari segi moralnya, haruslah lebih dulu meletak jawatan.
CEO yang gagal memajukan syarikat dan tidak mahu berhenti di sebalik terus dihimpit ketiadaan wang, lebih memungkinkan syarikat jadi bankrap akhirnya.
Dalam mengurus negara, jika seorang Perdana Menteri itu ada rasa malu, sebelum mengakui negara sudah tiada wang, lebih terpuji sebenarnya jika beliau lebih dulu meletakkan jawatannya.


Ini kerana, dengan menyedari negara sudah tiada wang, itulah kegagalan terbesar seorang Perdana Menteri sebenarnya
Apa yang beliau telah lakukan untuk memaju dan menambah kewangan negara selama ini?
Sejak lebih setahun yang lalu, negara yang dipimpin oleh sebuah kerajaan melalui pengkhianatan ini, yang terserlah hanyalah kegagalan demi kegagalan semata-mata.
Tidak ada apa-apa kejayaan di sebalik mempunyai kabinet terbesar, termasuk beberapa duta bertaraf menteri yang “menghabiskan beras” belaka.
Kalau ada pun yang menjadi kebanggaan sehingga menjadi tarikan dalam TV Turki ialah adanya seorang timbalan menteri yang tertidur lena dalam sebuah acara rasmi dua tiga hari yang lalu.
Di dalam negara, selain majoritinya sendiri dipertikai dan sokongan makin menyusut, lawatan Mahiaddin ke beberapa negara luar pula langsung tidak memberi impak yang kedudukannya tampak dihormati, jauh sekali mampu menarik pelaburan asing ke negara ini.
Sejak awal, Mahiaddin memang disedari bukanlah sosok yang ditanggapi sesuai dan layak untuk menerajui negara, apatah lagi dalam suasana kritikal seperti sekarang ini.
Rekodnya sebagai menteri dan menerajui kementerian pun selama ini hanya sekadar biasa-biasa saja dan tidak pernah ada apa-apa idea cemerlang yang pernah dilontarkannya sehingga membuatkan negara bergegar dibuatnya.
Apa lagi sejak memegang jawatan Perdana Menteri ini, jangankan ada idea luar biasa atau ternampak beliau berbuat sesuatu yang mampu melonjakkan taraf negara, nak berhadapan atau bersoal jawab dengan media pun beliau tiada keberanian menghadapinya.
Asyik-asyik dengan perutusan khas dan bercakap sehala dengan syok sendirinya saja yang mampu dilakukannya.
Ketidakberanian berhadapan dengan media itu, sudah tentu lebih tidak berani dengan media antarabangsa, adalah gambaran dalaman bahawa Mahiaddin sendiri sebenarnya sedar tentang ketidakupayaan dirinya itu.
Yang ada dalam dirinya hanyalah keegoan sebagai Perdana Menteri saja.
Sebab itu, di ketika mengakui negara sudah tiada wang, di samping keabsahannya dipertikaikan pula sejak sekian lama, beliau tetap tidak mahu meletakkan jawatannya kerana egonya itu.
Apa jadi akhirnya pada kita semua?
Mahu tidak mahu, makin lama kita berketuakan seseorang yang tiada keupayaan ini, negara lebih menuju kemusnahan dan rakyat terus dibebani dengan derita.
Walhal, setelah menjadi Perdana Menteri yang paling dikecam, dipertikai dan ditolak, berundur dan meletakkan jawatan sekarang inilah peluang terakhirnya untuk mendapat sedikit sanjungan di penghujung kariernya.
Apakah ini bermakna Mahiaddin memang ingin dijatuhkan dan suka kedudukanya terus tiada penghormatan selama-lamanya? 


(Shahbudindotcom 13/04/2021)












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/negara-tiada-wang-adalah-pengakuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masalah Hutang Mahiaddin Usah Terus Memalukan Diri Sendiri Anwar

Masalah Hutang Mahiaddin Usah Terus Memalukan Diri Sendiri Anwar

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 194 hits
Adalah sesuatu yang membimbangkan tatkala membaca unjuran positif yang dibuat Bank Negara terkait tinjauan fiskal tahun mendatang dalam keadaan kita akhiri tahun 2020 dengan nisbah pendapatan isi rumah kepada KDNK pada tahap yang sangat tin...
Yang Berpolitik Yang Mempolitikan Kes Najib Adalah Dirinya Sendiri Bukan Orang Lain

Yang Berpolitik Yang Mempolitikan Kes Najib Adalah Dirinya Sendiri Bukan Orang Lain

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 236 hits
Setiap kes ada merit perlu jawab ikut fakta bukan cuba kaitkan dengan lain peristiwa dan perkara Duit masuk akaun saya tidak tahu Tapi berbelanja sakan Jho low tak kenal tapi pernah datang ke rumah Derma tidak termasuk layak dicukai kenyata...
Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 606 hits
Beliau turut mempersoalkan mengapa polis memberikan layanan istimewa dengan membenarkan majikan itu mengadakan sidang media ketika sedang direman Kesan rotan di badan mangsa Gambar PDRM Seorang ahli Dewan Negara menyelar tindakan majikan ya...
Ramalan Dagangan Pasangan Mata Wang Gbp Usd Pada 7 April Laporan Cot Minit Fed Adalah Acara Utama Pada Hari Ini

Ramalan Dagangan Pasangan Mata Wang Gbp Usd Pada 7 April Laporan Cot Minit Fed Adalah Acara Utama Pada Hari Ini

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 304 hits
Pasangan mata wang GBP USD Carta 1 Jam Menurut carta 1 Jam pasangan mata wang GBP USD melantun dari had atas koridor arah aliran menaik semalam pembalikan yang memihak kepada mata wang AS dan memulakan proses penurunan Di sebelah malam mere...
Warganet Cakap Macam Macam Tentang Elisya Sandha Sekali Sheila Rusly Mula Bersuara

Warganet Cakap Macam Macam Tentang Elisya Sandha Sekali Sheila Rusly Mula Bersuara

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 264 hits
Baru baru ini Sheila Rusly 50 yang merupakan pelakon dan penerbit telah tampil jawab kenyataan warganet yang menyatakan Elisya Sandha 21 sudah tinggal sebumbung dengan keluarganya
Hiburan Bront Palarae Beri Respon Berhubung Kenyataan Menteri Tentang Isu Video Raya Judi

Hiburan Bront Palarae Beri Respon Berhubung Kenyataan Menteri Tentang Isu Video Raya Judi

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 241 hits
Ketika ini isu mengenai muzik video iklan raya yang mempromosikan judi menjadi perbualan netizen Ramai yang tidak berpuas hati lagi lagi video tersebut keluar masa bulan puasa Menerusi laporan Malaysiakini Menteri Komunikasi dan Multimedia ...
Nafuzi Zain Kl City Bukan Hanya Tentang Dominique Da Sylva

Nafuzi Zain Kl City Bukan Hanya Tentang Dominique Da Sylva

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 411 hits
KL City bukan hanya tentang Dominique da Sylva seorang sahaja tegas pengendali Terengganu FC Nafuzi Zain menjelang aksi kedua dua pasukan pada esok Terengganu akan menanti kunjungan KL City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dalam mis...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever