Kenapa Perlu Jarah Dana Amanah Untuk Vaksin Soal Najib


 
FMT Reporters -April 21, 2021 Najib Razak berkata ketika beliau menjadi perdana menteri Kumpulan Wang Amanah Nasional berkembang hampir empat kali ganda menjadi lebih RM16 bilion.PETALING JAYA: Najib Razak mempertikaikan perlunya dana tambahan untuk membeli vaksin susulan ordinan darurat baharu diluluskan yang membolehkan kerajaan menggunakan kumpulan wang amanah kebangsaan bagi tujuan itu.
“Saya tiada masalah jika pindaan pada Akta KWAP hari ini adalah untuk tujuan vaksin Covid namun saya ada keraguan apa yang terjadi kepada peruntukan sebanyak RM3 bilion dalam belanjawan tahun 2021 yang diluluskan dalam Parlimen pada tahun lalu,” kata bekas perdana menteri di Facebook.
Kenyataannya itu merujuk kepada jumlah yang telah diperuntukkan bagi pembelian vaksin.
Menurutnya, Putrajaya sebelum ini berkata peruntukan RM2 bilion itu mencukupi untuk memvaksin 83% rakyat Malaysia, manakala RM1 bilion akan digunakan untuk menyimpan dan mengagihkan vaksin berkenaan.
Bagaimanapun, selepas darurat diisytiharkan, peruntukan RM3 bilion untuk vaksin ditambah kepada RM5 bilion atas alasan kerajaan mahu mempercepatkan sasaran untuk memvaksin 80% daripada 32 juta penduduknya sebelum Disember dan bukan Februari 2022 seperti dirancang.
Najib menyoal kenapa tambahan RM2 bilion diperlukan untuk memendekkan tempoh vaksin itu sekadar dua bulan.
“Apa telah terjadi dengan peruntukan asal RM3 bilion untuk vaksin dalam bajet 2021, dana dari hasil penjualan aset negara (dan) rizab-rizab tunai kerajaan lain… sehingga dana KWAN (Kumpulan Wang Amanah Negara) perlu dijarah?” soalnya.
Najib berkata tiada pengeluaran KWAN ketika beliau menjadi perdana menteri, malah ia berkembang hampir empat kali ganda menjadi lebih RM16 bilion pada akhir 2017.
Kerajaan hari ini meluluskan ordinan darurat baharu yang meminda Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 untuk membolehkannya digunakan bagi pembelian vaksin dan perbelanjaan berkaitan.
Dana yang ditubuhkan pada 1988 dan diuruskan Bank Negara Malaysia itu dilaporkan mempunyai aset bernilai RM16.9 bilion setakat akhir 2017, dengan Petronas sebagai penyumbang paling penting.
Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021 yang diwartakan hari ini antara lain menyatakan dana itu boleh digunakan untuk pembelian vaksin dan perbelanjaan berkaitan bagi epidemik sebarang penyakit berjangkit seperti dikhususkan di bawah Akta Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)”.
Ordinan itu berkuat kuasa serta-merta.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/kenapa-perlu-jarah-dana-amanah-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Guna Dana Kwan Jika Kerajaan Buat Pinjaman Rm85 Bilion Soal Najib

Kenapa Guna Dana Kwan Jika Kerajaan Buat Pinjaman Rm85 Bilion Soal Najib

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 273 hits
April 25 2021 11 40 AMBekas perdana menteri Najib Razak berkata wujud perbezaan antara pengeluaran simpanan KWSP oleh rakyat dengan penggunaan dana KWAN oleh kerajaan PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan kenapa kera...
Mengapa Umno Pemimpin Bn Masih Bersama Kerajaan Gagal Soal Najib

Mengapa Umno Pemimpin Bn Masih Bersama Kerajaan Gagal Soal Najib

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 312 hits
Mengapa Umno pemimpin BN masih bersama kerajaan gagal soal Najib nbsp Dikemas kini 13 minit yang lalu Diterbitkan pada 18
Malu Apa Bossku Macai Najib Pindah Wang Dana Src

Malu Apa Bossku Macai Najib Pindah Wang Dana Src

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 234 hits
Dana SRC dipindahkan oleh macai Najib TPRBernamaApril 20 2021 Sithambaram berkata hanya Najib yang didakwa kerana tidak ada niat bersama antara perayu dan tiga yang lain Gambar fail Astro AWANIPUTRAJAYA Macai Datuk Seri Najib Tun Razak ahli...
Perbelanjaan Kad Kredit Tunjukkan Najib Tahu Dana Dari Src Dpp

Perbelanjaan Kad Kredit Tunjukkan Najib Tahu Dana Dari Src Dpp

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 273 hits
malaysiakini comDiterbitkan 21 Apr 2021 5 25 pmMahkamah Rayuan diberitahu bahawa perbelanjaan mewah menggunakan kad kredit di Hawaii dan Itali menunjukkan Najib Razak tahu yang RM42 juta dana SRC International masuk ke akaunnya Timbalan pen...
Najib Terima Suntikan Vaksin Covid 19 Hari Ini

Najib Terima Suntikan Vaksin Covid 19 Hari Ini

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 237 hits
Najib terima suntikan vaksin Covid 19 hari ini Dikemas kini 13 minit yang lalu Diterbitkan pada 10 Apr 2021 7 17PM
Najib Soal Adakah Hasil Rompakan Dikenakan Cukai

Najib Soal Adakah Hasil Rompakan Dikenakan Cukai

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 198 hits
1 259 total views 1 259 views today Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis mempersoalkan sama ada wang berjumlah RM1 69 juta yang didakwa oleh musuh politiknya sebagai wang rompakan perlu dikenakan cukai Beliau menamb...
Jokowi Soal Vaksin Nusantara Masak Politikus Dan Lawyer Ngurusin Apa Urusannya

Jokowi Soal Vaksin Nusantara Masak Politikus Dan Lawyer Ngurusin Apa Urusannya

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 250 hits
Jokowi melihat banyak pihak dari berbagai bidang keilmuan ikut mengomentari Vaksin Nusantara dan kemudian menggelinding menjadi polemik
Pn Teruskan Dasar Ph Najib Soal Mengapa Digi Dinilai Pada Harga 67 Lebih Tinggi Banding Celcom

Pn Teruskan Dasar Ph Najib Soal Mengapa Digi Dinilai Pada Harga 67 Lebih Tinggi Banding Celcom

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 320 hits
Najib Razak Sebelum PRU14 Celcom adalah syarikat yang lebih besar banding Digi Celcom milik Axiata Pemegang saham terbesar Axiata pula ialah Khazanah Nasional Selepas PRU14 pula rejim PH pernah cuba gabungkan Celcom dengan Digi tapi telah d...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl

Terima Kasih Buat Coach