Kumpulan Mikraj Mencari Sebuah Jawapan
KUMPULAN MIKRAJ : MENCARI SEBUAH JAWAPAN | Assalamualaikum semua.. Bila masuk bulan ramadan, ini la masanya untuk kita mengumpul pahala yang berlipat kali ganda. Eh, bukan bermakna bulan lain tak payah kumpul pahala pulak tapi bulan ramadan adalah bulan yang mulia jadi sama-sama la kita mengimarahkannya. Jadi sebagai langkah kecil sepanjang bulan puasa ni aku memilih untuk mendengar lagu-lagu yang berunsur ketuhanan sebagai santapan halwa telinga 🎧
Salah satu lagu yang aku dengar adalah dari Kumpulan Mikraj yang bertajuk 'Mencari Sebuah Jawapan'. Jumpa lagu ni masa tengah godek-godek youtube. Ya, maybe ramai yang belum tahu mengenai kemunculan lagu ni sebab ia baru sahaja dimuat naik ke laman youtube pada 29 April 2019 yang lalu oleh syarikat rakaman S.A.Y. Production Entertainment. Sekali dengar macam lagu OST drama pulak. Ha, jom dengar dulu..🎤🎵🎶
LIRIK LAGU : MENCARI SEBUAH JAWAPAN
Kumpulan : Mikraj
Berkali kali aku bermimpiSejadah dan juga tasbihWaktu seakan memberitahuKehidupan dunia hanya sementara
Tangan dan kaki seakan terkunciUntuk melangkah ke rumahmuWalau suatu ketika duluTiba lima waktu disitulah aku
Siapa tuhanmu siapa pula nabimuKalimah ini pasti munculBergetar sekujur tubuh membisuPersiapkah kamu sebelum datangnya izrail
Apa kiblatmu siapakah imam kamuTerketar tubuh membekuSiapa saudaramu sewaktu hidupmu duluMampukah aku jawap pertanyaan
Artis : MikrajKomposer : Sham MikrajLirik : Fazz MikrajSusunanMuzik : Sam DaudPenerbit : Sham MikrajPublishing : Emthree PublishingSyarikatRakaman : S.A.Y. Production Entertainment
SEDIKIT INFO MENGENAI KUMPULAN MIKRAJ
Memandangkan Kumpulan Mikraj ni tak pernah aku dengar so, aku cari la sikit info mengenai kumpulan ni. So, boleh la kongsi dengan korang kan. Untuk pengetahuan, kumpulan Mikraj ni terdiri dari 3 orang dan vokalisnya adalah Mus Genji. Sebenarnya banyak juga dugaan yang diharungi oleh kumpulan Mikraj ni bermula dari pencarian vokalis hinggalah pembikinan lagu single yang berjudul Mencari Sebuah Jawapan ni terhasil. Ya, bukan senang tau nak menghasilkan sesuatu karya tersebut
Pada asalnya kumpulan ini diilhamkan oleh 2 sahabat pada sekitar tahun 2015 dan memilih konsep berbentuk dakwah melalui muzik. Sejak penubuhan kumpulan ini banyak kali juga mereka menukar nama agar sesuai dengan konsep sehinggalah memilih nama Mikraj yang bermaksud "Sebuah Perjalanan Agung". Dalam masa yang sama mereka juga mencari vokalis yang sesuai untuk membawa lagu-lagu mereka. Hampir 5-6 orang juga mereka ujibakat hinggalah akhirnya mereka berjumpa kembali sahabat lama mereka iaitu Mus Genji. Akhirnya mereka memilih Mus kerana vokal beliau yang sesuai untuk membawa lagu-lagu Mikraj
Penghasilan lagu Mencari Sebuah Jawapan juga memerlukan beberapa kali perubahan. Menurut penulis lirik lagu ni iaitu Fazz Mikraj, lirik lagu ni telah ditolak sebanyak 3 kali oleh pencipta melodi lagu ini iaitu Sham Mikraj kerana tidak mencapai tahapnya tetapi akhirnya kali ke-4 baru la lirik yang dihasilkan memuaskan hati. Ye la, bila berkaitan dengan lagu-lagu ketuhanan lirik kena betul dan diteliti agar dapat diterima dan dihayati oleh pendengar. Lagipun tujuan Mikraj menghasilkan lagu ini adalah untuk menyampaikan dakwah dan mengajak semua umat islam menuju ke jalan ALLAH dan kembali kepada sang pencipta dalam agama tauhid iaitu ISLAM
Bila dengar bait-bait lirik dalam lagu ni rasa syahdu pulak, seram pun ada. Tambah-tambah bulan puasa ni. Ye la, aku ni insan biasa yang penuh dengan dosa. Sejauh mana diri kita ni di sisi Alllah s.w.t kan. Mudah-mudahan kita sentiasa dilindungi dari segala kemungkaran. InshaAllah. So, mana mana korang? ok tak lagu dari Kumpulan Mikraj ni? Ha, jangan lupa klik video youtube tu untuk dengar tau. Alang-alang tu klik la subscribe skali.. hihi.. Thank you so much in advance 😇
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dikbee.com/2019/05/mikraj-mencari-sebuah-jawapan.html