4 Sains 1 Kupasan Sebuah Memori


Assalamualaikum.....


Sebelum aku teruskan dengan intipati utama entri kali ini, izinkan terlebih dahulu untuk aku imbas kembali sejenak masa lalu yang membuatkan entri ini perlui diwujudkan. Hahaha.

Tahun lepas(2016), Alhamdulillah aku dah berjaya harungi satu fasa yang sangat sukar bagi diri aku sebenarnya iaitu Latihan Mengajar di sekolah selama 15 minggu. Kenapa ianya sukar? Kerana aku mempunyai masalah keyakinan diri yang rendah serta bidang pendidikan bukanlah matlamat atau impian aku yang berakar umbi sejak aku kecil. Ianya baru sahaja bercambah dan masih dalam proses tumbesaran.

Sepanjang 15 minggu mengajar di sekolah sebagai cikgu praktikum, banyak perkara baru  aku belajar. Banyak pahit manis aku tempuh yang mana manisnya sudah tentu melebihi kepahitan. Kerana pahit itu sebenarmya ditentukan sendiri oleh diri kita. Pahit yang kita fikir, maka pahitlah yang kita rasa. Aku diberi peluang mengajar 4 kelas iaitu tiga kelas tingkatan empat dan satu kelas tingkatan satu.

Salah satunya perkara manis adalah sambutan hari guru yang mana dilakukan beberapa hari sebelum aku dan rakan meninggalkan sekolah. Apa yang manisnya adalah bila kita berdiri di atas pentas di dalam dewan di hadapan para pelajar dan menyanyikan lagu Guru Malaysia. Auranya terasa hingga mendirikan bulu roma dan bulu tengkuk. Ingat hantu je ke boleh buat orang berdiri bulu roma?

Entah kenapa mengapa dan bagaimana aku boleh ter'feeling' pulak nyanyi lagu tu walaupun lirik aku tak ingat. Tak guna betul Steve tak bagi aku tengok kertas  lirik kat tangan dia. Aku lupa nak bawa naik pentas kertas tu. Akibatnya aku nanyi slow-slow je la part yang aku tak ingat tu. Hahaha.

Dan pada hari tu aku dapat hadiah. Banyak la juga. huhuhu. Tapi jangan risau, bukan soal hadiah banyak yang aku nak bebel dalam entri ni. Sebaliknya aku nak kongsikan berkenaan satu hadiah daripada kelas 4 Sains 1 yang aku rasa sayang nak buka. Jangan tanya aku kenapa sebab aku tak ada jawapan. Tapi akhirnya setelah genap setahun iaitu 16 Mei 2016 - 16 Mei 2017, akhirnya hadiah tu aku buka jugak.

Bila tengok isi dalam kotak tu buat aku sangat terkejut. Nak letak sangat banyak banyak pun nampak macam melebih lebih pulak. So, aku letak satu je sangat. Hahaha.

Dalam kotak tu ada kotak kecil. Jadi aku buka kotak kecil tu. Dalam kotak kecil tu pula ada kertas warna warni yang telah distapler. Tekaan aku dalam tu ada ucapan-ucapan daripada budak-budak ni. Dan jumlahnya mesti 25. Bila aku kira nampaknya tekaan aku betul. Hahaha. Perlu ke aku bangga? Ahh, Kome diam dan baca senyap-senyap je.

Aku selongkar lagi, dan nampak beberapa keping gambar. Tiga keping sebenarnya. Dan gambar ni adalah gambar kenangan kami satu kelas ambik kat tepi bangunan sekolah. Dah agak pudar sikit gambar disebabkan ambik waktu tengah hari dan juga setelah setahun baru di buka. hahaha. Bila tengok gambar ni agak bergenang juga air mata, kononnya la nak bagi dramatik sikit. Iyelah kan, dalam gambar tu aku pakai baju biru seluar hitam tali leher hitam dan pakaian tu sama dengan apa yang aku sedang pakai pada hari hadiah ni di buka. Jadi apa kaitannya?  Ah, biarlah takda kaitan pun. Suka hati aku la nak tulis.


Bila selongkar lagi, jumpa pula tali leher warna ala-ala merun gitu. Aku tak tahu deme ni pilih kaler ni berdasarkan warna baju merun yang aku pernah pakai atau deme baling dadu je pilih. Ah, lantaklah yang tu. Bila tengok tali leher tu terus aku bayangkan dipakai dengan baju kemeja merun aku. Jadi aku akan rasmikan tie tu pada hari rabu nanti memandangkan isnin dan selasa aku takda kat sekolah.


Dan yang terakhir adalah baju kemeja warna merah gelap or merun or whatever la kalernya. kome tengok la sendiri dalam gambar tu. Kalau aku la kan, memang aku tak beli baju macam ni. Sepuluh minit aku pegang, dua ratus enam belas kali aku pikir dan lepastu letak balik ak jadi beli. Hahaha. Bukan apa, aku ni jenis suka yang simple. Dan aku jenis tak suka bergaya dan tak reti bergaya apatah lagi nak ikut fesyen. Nak beli seluar jean pun jenuh. Tahun lepas cuba beli, balik-balik nak pakai ketat pulak. Tak guna betul. Ke aku yang gemuk?


Tapi, bila tengok baju pemberian 4s1 ni terus aku terfikir satu benda. Baju raya! hahaha. So raya ni aku just cari seluar je. Baju dah ada. Saiz pulak ngam-ngam je. Nampak tak bahawa teori aku gemuk tak boleh diterima pakai. Lepas setahun pun muat lagi baju tu. Tapi kan, macam mana deme boleh agak warna merun ye? Kalau ikut faveret colour aku ofkos la biru. Hahaha It's okay, kaler tu pun cantik juga. Aku pun dah mula mebiasakan diri dengan warna merah nih. Tiga tahun main hoki kat USM semua jersi kaler merah. Bila aku dah tak main, eh eh tiba-tiba buat kaler biru. Ayam betul . Dah la lawa jersi tu. Haha.

Kejap, bila aku tengok balik baju tu, bukannya merah or merun sangat pun. Lebih kepada merun gelap nak coklat dah aku rasa. Sesuai la dengan kulit ni. Hahaha.

Habis soal baju dan tali leher yang tak sabar aku nak rasmi. Hahaha.

Berkenaan ucapan tu pula, satu demi satu aku baca. Macam-macam perasaan ada. Lawak, rindu, dan lain lain yang difikirkan sesuai.



Ada beberapa ucapan yang tak ada nama. Tapi boleh tahu siapa orangnya. Macam mana?  tengok je tulisan dan ucapan dia. Dari situ dah boleh tahu. Hebat kan aku. Hebat membohong. Haha.

Kalau aku nak share kat sini satu-satu kad ucapan rasanya padat sangat. Kalau tulis, aku malas nak menulis pulak. So aku ambik secara random ajelah isi-isi ucapannya.

Antara isu banyak di sebut adalah berkenaan 'Mira'. Siapa sebenarnya Mira nih? Mira ni hanya watak fantasi yang wujud di dalam kelas sewaktu cikgu mengajar sejarah sebagai contoh sahaja. Tiada siapa-siapa pun sebenarnya. Ex cikgu atau bakal wife cikgu pun tak ada secebis pun yang bernama Mira. Kejap, cikgu ada ex?? bawa bertenang, jangan nak pikir bukan-bukan. Cikgu mana ad ex-ex ni. Itu saja je cakap nak bagi sedap jalan cerita. Haha.

Ada yang doakan moga cepat-cepat kawin dan dapat anak kembar. Amiin.  Bagus juga tu. Dan orang yang sama cakap dia lebih hensem daripada cikgu. Ada bantahan?

Nampaknya ramai yang seronok bila cikgu kurang bagi kerja sekolah. Kamu tahu kenapa cikgu buat macam tu? Yang pertama sebab cikgu ni praktikal yang bermakna masa cikgu di sekolah sangatlah terhad untuk pelbagai perkara bersama kamu. Yang kedua, matlamat cikgu untuk menyemai minat pelajar iaitu kamu-kamu semua nih suka dengan subjek sejarah. Sejarah perlu dihayati dan difahami. Dalam masa yang terhad, cikgu cuba terapkan perkara-perkara ni. Tak guna kalau bagi kerja rumah bertambun tapi penghayatan terhadap sejarah itu sendiri tiada, zero. Hanya cantik di atas kertas tiada gunanya juga. Apa?? kata cikgu malas bagi kerja? cikgu bukan malas, tapi macam cikgu cakap kat atas tadi la. lagipun kamu semua kan dah banyak homework. Cikgu pernah sekolah dan ambik matapelajaran yang sama. Cikgu faham bagaimana perasaan tu.

Sambil tulis ucapan sambil lukis. Mungkin dia nak bagi cikgu mudah faham kot. Hahaha.

Stay sporting dan cute. Sporting tu aku boleh terima la juga. Ni yang cute ni tang mana? cuba habaq sat. Haaa...terkeluaq kedah dah la. Maklumlah malam ni final bola sepak Kedah lawan Pahang. Tapi aku tak sokong mana-mana pun. Sejam berdiri depan cermin pun tak jumpa lagi nih cute tang mana. Hahaha.

Yang ni dia bagi pick up line kat aku. Agak ayam jugak pick up line ni. ianya berbunyi begini" Cikgu, cikgu tahu tak apa beza cikgu dengan white coffee?'' dan jawapannya ialah 'White coffe putih tapi pahit, cikgu hitam tapi manis''. Todiaaa... Hahaha.. Hitam manis okeyy.. Hahaha. Itulah, kak dah pesan nak pi kawad tu lain kali pakai la sunblock. Baru tak gelap kulit tu. Aku gelak ja. Bior je la hitam pun, asalkan aku bebas nak buat apa-apa yang aku nak.

Selamat jadi penganggur jugak satu ucapan yang bermakna nih. Bila depa-depa ni bagi ucapan macam tu, tahu tak apa yang aku pikir? Uish, mana ada, bukan aku nak marah depan perli ka apa. Aku puji la depa, sebab depa ni bakal SPM dan bakal menjadi mahasiswa tak lama lagi dan depa dah sedar realitinya bila sudah habis universiti terutamanya yang bidang pendidikan. Cuma nak pesan, bila dah sedar realiti ni, maka merancanglah dengan sebaiknya seperti yang cikgu pernah dan agak selalu bebel dalam kelas berkenaan matlamat hidup. Tanya diri sendiri, aku nak jadi apa? kalau nak jadi pegawai bomba, mana mana caranya?  kalau nak jadi arkitek, kursus apa dan universiti mana yang harus pergi? Semuanya perlukan perancangan. Siapa tahu kalau perancangan kita sama dengan perancangan Tuhan. Yang penting kita berusaha.


Yang ini tuan badan mesti tahu ni. Dia tulis lirik lagu maal hijrah. Hahaha. Siap ada pesanan lagi katanya kalau nak sado minumlah kopi pak belalang.

Ada juga yang minta tambah markah bila semak paper sejarah dia. Tapi malangnya nota ni cikgu baca setahun kemudian. Hahaha...

''Cikgu ibarat dark chocolate tetapi penuh perisa. ''-daripada anak ayam.
Ayam betoi. hahaha

Itulah sebahagian daripada coretan terakhir daripada kelas 4s1 untuk aku sempena hari guru dan juga salam perpisahan dengan mereka. Kelas ni adalah kelas pertama yang aku masuk sewaktu praktikal dan hadiah kelas ini adalah hadiah terakhir yang aku buka.

Cikgu ucapkan terima kasih atas ucapan-ucapan itu semua. In Shaa Allah kita berjumpa lagi di lain masa. Cikgu sedang berusaha sebenarnya untuk ke TM sebelum kamu semua habis SPM.(2017) Masa yang akan menentukan nanti.

Terima kasih juga untuk hadiah-hadiah yang tak ternilai sebenarnya pada cikgu.

Kalau ada apa-apa nak tanya, minta pendapat dan sebagainya, jangan segan-segan nak message atau whatsapp cikgu. Sebolehnya jangan call sebab nanti cikgu ni melalut banyak.

Rasanya itu saja la kot bebelan aku dalam entri kali ni. Banyak lagi nak bebel tapi aku ni malas jugak sekarang ni nak menulis. Jadi biarkanlah apa yang aku fikirkan tu menerawang dalam fikiran aku dulu.

Haa, satu lagi berkenaan dengan cerita Tanah Di Antara Dua Sungai tu sebenarnya cikgu hold kan dulu sekejap. Bukan tak ada idea tapi nak kemaskan plot lagi. Idea banyak tai kemalasan pun makin banyak. Cikgu akan cuba update  dalam masa terdekat.

P/S : Coretan ini adalah imbauan kepada kenangan sewaktu praktikum pada tahun 2016 dan ditulis pada tahun 2017 seterusnya dismpan di draft dan dipublish pada tahun 2019. HAHAHA.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://muhamadnazri15.blogspot.com/2019/05/4-sains-1-kupasan-sebuah-memori.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bikin Terenyuh Ruben Onsu Bantu Renovasi Musala Di Sebuah Desa

Bikin Terenyuh Ruben Onsu Bantu Renovasi Musala Di Sebuah Desa

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 261 hits
Selain sukses sebagai artis dan pebisnis Ruben Onsu juga dikenal orang yang berjiwa sosial Salah satu bentuk kepedulian Ruben yakni membantu merenovasi sebuah musala yang berada di suatu desa yang berlokasi di Kabupaten Pandeglang Banten
Mengupas Polemik Saat Mudik Dalam Sebuah Buku

Mengupas Polemik Saat Mudik Dalam Sebuah Buku

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 201 hits
Koordinator Jaringan Aksi Keselamatan Jalan Edo Rusyanto merilis buku terbarunya yang berjudul Mudik Minim Polemik diangkat berdasarkan dari pengalaman pribadinya Menurut dia setiap tahunnya selalu terjadi polemik pada saat mudik Lebaran
Rupanya Pemegang Rekod Dunia Pakcik Sitdek Pertaruhkan Sebuah Basikal Mulakan Kayuhan Ke Mekah

Rupanya Pemegang Rekod Dunia Pakcik Sitdek Pertaruhkan Sebuah Basikal Mulakan Kayuhan Ke Mekah

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 682 hits
Rupanya Pemegang Rekod Dunia Pakcik Sitdek Pertaruhkan Sebuah Basikal Mulakan Kayuhan Ke Mekah Sebelum ini pengembaraan 3 sahabat dari Kelantan menunggang motorsikal untuk menunaikan umrah telah memakan masa selama 2 bulan melalui 8 buah ne...
Pemandu Terkejut Apabila Dikenakan Caj Lebih Rm9 500 Untuk Parkir Selama 45 Minit Di Sebuah Lapangan Terbang Singapura

Pemandu Terkejut Apabila Dikenakan Caj Lebih Rm9 500 Untuk Parkir Selama 45 Minit Di Sebuah Lapangan Terbang Singapura

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 243 hits
Antara perkara yang penting sering dititik beratkan ketika membeli kereta ialah caj parkir Kini letaklah kereta di mana sahaja pasti dikenakan caj parkir Hanya pada hari hari tertentu sahaja caj parkir tidak dikenakan Oleh kerana itulah ram...
Panduan Sebelum Membeli Memori Kad Untuk Telefon Pintar

Panduan Sebelum Membeli Memori Kad Untuk Telefon Pintar

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 331 hits
Aku beli memori kad seperti yang aku tunjuk dalam video diatas dengan harga RM130 Korang boleh cek orang jual online dengan harga yang lebih murah sebenarnya ada yang offer diskaun
Ikan Masin Talang Menggamit Memori

Ikan Masin Talang Menggamit Memori

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 694 hits
Ini adalah lauk ikan masin lauk orang susah Tapi itu satu masa dahulu Zaman kini tak tahulah Ermm mungkin ada orang orag kampung jer yang makan lauk ikan masin ini Ini adalah kali pertama Ina masakkan lauk ikan masin ni sepanjang 9 tahun pe...
Kumpulan Mikraj Mencari Sebuah Jawapan

Kumpulan Mikraj Mencari Sebuah Jawapan

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 408 hits
KUMPULAN MIKRAJ MENCARI SEBUAH JAWAPAN Assalamualaikum semua Bila masuk bulan ramadan ini la masanya untuk kita mengumpul pahala yang berlipat kali ganda Eh bukan bermakna bulan lain tak payah kumpul pahala pulak tapi bulan ramadan adalah b...
Kami Memilih Sebuah Tapak Baru Di Bukit Golan Jelas Netanyahu

Kami Memilih Sebuah Tapak Baru Di Bukit Golan Jelas Netanyahu

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 289 hits
GREAT March of Return merupakan siri tunjuk perasaan penduduk Palestin untuk menuntut tanah mereka yang dirampas rejim Zionis AFPBaitulmuqaddis seakan akan barang dagangan AS di sebalik kekejaman ZionisBAITULMUQADDIS 13 Mei Keputusan Amerik...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever