Kami Memilih Sebuah Tapak Baru Di Bukit Golan Jelas Netanyahu



GREAT March of Return merupakan siri tunjuk perasaan penduduk Palestin untuk menuntut tanah mereka yang dirampas rejim Zionis. AFP

Baitulmuqaddis seakan-akan ‘barang dagangan’
AS di sebalik kekejaman Zionis


BAITULMUQADDIS 13 Mei - Keputusan Amerika Syarikat (AS) memindahkan pejabat kedutaannya ke Baitulmuqaddis hampir setahun lalu menjadi kemuncak kepada krisis yang turut meng­akibatkan pertumpahan darah di sempadan Gaza.Ketika pentadbiran Presiden Donald Trump bersiap sedia membentangkan pelan damai Palestin-Israel yang sudah lama dijanjikan, keadaan menjadi bertambah buruk.Mengabaikan kemarahan penduduk dunia, AS bertindak merasmikan kedutaannya di Baitulmuqaddis dengan penuh ‘keangkuhan’ pada 14 Mei tahun lalu, sebagai satu cara mengiktiraf wilayah terbabit sebagai ibu kota Israel, seakan-akan ‘barang dagangan’ antara kedua-dua sekutu itu.

Lapor Arab News, bagi Israel, proses itu merupakan ‘pengiktirafan’ bersejarah terhadap hubungan selama 3,000 tahun antara orang Yahudi dan Baitulmuqaddis manakala bagi rakyat Palestin, yang sudah melihat Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kota negara mereka pada masa akan datang, tidak berpuas hati dengan langkah Trump.Status Baitulmuqaddis se­ring menjadi pertikaian sejak pencerobohan Israel pada 1948.Israel kemudiannya merampas tanah milik rakyat Palestin di Baitulmuqaddis Timur ketika Perang Enam Hari pada 1967, satu tindakan yang tidak pernah diiktiraf oleh komuniti antarabangsa.PAGAR SEMPADAN BERDARAHPada Mac tahun lalu, rakyat Palestin di Semenanjung Gaza melancarkan ‘Great March of Return’ untuk menuntut tanah mereka yang dirampas atau diusir oleh rejim Zionis ketika 1948 dengan konflik Palestin-Israel dilihat sukar diselesaikan dan tidak melalui sebarang proses diplomatik sejak 2014.Trump memasuki White House dengan janji untuk menjadi Presiden AS paling pro-Israel dalam sejarah negara itu dan pentadbirannya turut me­ningkatkan sokongan terhadap Israel.Pagar sempadan sejak itu se­ring menjadi pertempuran berdarah setiap minggu antara Palestin-Israel, sekurang-kurangnya 62 orang rakyat Palestin ditembak mati ketika berlakunya pertempuran pada hari perasmian pemindahan bangunan kedutaan AS ke Baitulmuqaddis.Hamas enggan menerima kewujudan Israel dan telah berperang dengan Israel sebanyak tiga kali sejak 2008, manakala rejim Zionis terus melaksanakan sekatan di Gaza, menjalankan pencerobohan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur serta memperluaskan penempatan haram.Baru-baru ini, ke­dua-dua pihak semakin hampir kepada konfrontasi besar-besaran dengan 300 orang rakyat Palestin terbunuh dalam pertempuran sekitar Gaza sejak Mac tahun lalu.
PAPAN tanda penempatan haram baharu Israel di Bukit Golan. - AFP
AS SOKONG PENCEROBOHAN?Ahmed Majdalani, penasihat kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata, rak­yat Palestin mengalami ‘tempoh paling teruk’ dari segi hubungan dengan AS.Tindakan AS di Baitulmuqaddis memberi kesan besar dan pentadbiran Trump me­ngubah ‘status perantara’ kepada ‘penyokong pencerobohan Israel’.Penganalisis di Majlis untuk Perhubungan Luar Negara Eropah, Hugh Lovatt berkata, tindakan AS di Baitulmuqaddis ‘mungkin baik dari segi politik domestik tetapi memberikan kesan negatif kepada pelan damai’.Jabatan Negara AS meng­ulangi pendirian berhubung pemindahan bangunan kedutaan ke Baitulmuqaddis adalah pengiktirafan berbentuk realiti bahawa wilayah itu me­rupakan ibu kota Israel.LAGI PREMIS PALESTIN DIROBOHKANDalam pada itu, laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan rejim Zionis merobohkan sekurang-kurangnya 41 bangunan milik rakyat Palestin di Baitulmuqaddis Timur dan Tebing Barat sejak dua minggu lalu.Menurut Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA), tindakan berkenaan dilakukan dengan alasan pembinaan bangunan itu dibuat tanpa ‘permit sah’.Rejim Zionis juga bertindak menyerbu pekarangan Masjid al-Aqsa untuk mengusir umat Islam.Lapor agensi berita Ma’an, tentera Israel dan polis menyerbu al-Aqsa setengah jam selepas tamat solat tarawih dan mengusir 50 jemaah yang berada di situ selain mengancam mengenakan larangan terhadap mereka daripada memasuki al-Aqsa untuk tempoh jangka masa panjang.NAMA TRUMP DI GOLANDalam perkembangan berlainan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menamakan sebuah tapak di Bukit Golan sempena nama Trump selepas Presiden AS itu mengiktiraf kawasan tersebut sebagai jajahan rejim Zionis.“Kami sudah memilih sebuah tapak di Bukit Golan di mana penempatan baharu akan dibina dan kami telah memulakan proses itu,” jelas Netanyahu seperti dipetik oleh Press TV. (AA)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/05/kami-memilih-sebuah-tapak-baru-di-bukit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dekat Tol Dan Bandara Kawasan Bukit Soeharto Diusulkan Jadi Lokasi Baru Ibu Kota

Dekat Tol Dan Bandara Kawasan Bukit Soeharto Diusulkan Jadi Lokasi Baru Ibu Kota

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 252 hits
Presiden Joko Widodo berwacana memindahkan Ibu Kota RI ke luar Pulau Jawa Pulau Kalimantan jadi pilihan Sementara Pemprov Kalimantan Timur menyatakan wilayah Taman Hutan Raya Bukit Soeharto di Kutai Kartanegara bisa jadi alternatif selain K...
Wapres Jk Sebut 1 5 Juta Asn Akan Dipindahkan Ke Ibu Kota Baru

Wapres Jk Sebut 1 5 Juta Asn Akan Dipindahkan Ke Ibu Kota Baru

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 250 hits
Wakil Presiden Jusuf Kalla sekitar 1 5 juta orang Aparatur Sipil Negara termasuk keluarganya akan dipindahkan ke ibu kota baru Selain itu seluruh pusat kementerian juga akan dipindah serta lembaga lembaga eksekutif yudikatif legislatif
Menteri Rini Janji Siapkan Antisipasi Bandara Baru Yogyakarta Tak Sepi

Menteri Rini Janji Siapkan Antisipasi Bandara Baru Yogyakarta Tak Sepi

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 239 hits
Menteri Badan Usaha Milik Negara Rini Soemarno berjanji akan membuat program untuk menarik minat masyarakat dan wisatawan untuk menggunakan Bandara Internasional Yogyakarta Hal ini dilakukan agar bandara baru tersebut bisa ramai penumpang d...
Penampilan Baru Dengan Busana Hijab Donita Bismillah

Penampilan Baru Dengan Busana Hijab Donita Bismillah

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 200 hits
Artis cantik Donita tampil dengan penampilan baru di awal bulan Ramadan ini Donita tampil dengan mengenakan hijab Hal itu diketahui instagram miliknya Selasa
Baru Bersalin Suka Atau Tidak Meghan Markle Harus Patuhi 10 Peraturan Diraja Ini

Baru Bersalin Suka Atau Tidak Meghan Markle Harus Patuhi 10 Peraturan Diraja Ini

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 470 hits
Baru Bersalin Suka Atau Tidak Meghan Markle Harus Patuhi 10 Peraturan Diraja Ini Meghan Markle baru saja melahirkan anak pertamanya dengan Putera Harry Markle melahirkan bayi lelaki dengan berat 3 2 kilogram pada Isnin 6 Mei 2019 pada jam 0...
Selamat Tahun Baru Cina

Selamat Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 193 hits
Saya mewakili Keluarga mama Teo Kim Lian mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada saudara mara saya Teo Family serta semua sahabat yang merayakannya Gong Xi Fa Cai Moga kita diberikan kebahagiaan kekayaan kesejahteraan dunia akhirat aamii...
Kesan Dan Pesan Menteri Rini Saat Jajal Bandara Baru Yogyakarta

Kesan Dan Pesan Menteri Rini Saat Jajal Bandara Baru Yogyakarta

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 249 hits
Menteri Badan Usaha Milik Negara Rini Soemarno mencoba penerbangan komersil ke Bandara Internasional Yogyakarta hari ini Menggunakan pesawat Citilink Menteri Rini tiba di Bandara YIA sekitar pukul 12 30 WIB dari Halim Perdanakusuma
Ummiilhamsminigarden Pokok Bunga Baru Yeay

Ummiilhamsminigarden Pokok Bunga Baru Yeay

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 404 hits
Assalamualaikum Dah lama tak update pasal pepokok di Ummi Ilham s Mini Garden ni kan 27 April yang lepas Babah belikan dua pokok baru untuk menambah
Ikut Rapat Bareng Wiranto Pakar Ini Sebut Tim Hukum Nasional Baru Tukar Pikiran

Ikut Rapat Bareng Wiranto Pakar Ini Sebut Tim Hukum Nasional Baru Tukar Pikiran

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 242 hits
Kalau ada ajakan delegitimasi KPU pemerintah perlu second opinion untuk mengambil tindakan mungkin seperti tim hukum nasional kait dia
The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025