Kumpulan Airasia Gantung Hampir Semua Penerbangan


FMT Reporters5 penerbangan jarak dekat ditangguhkan iaitu AirAsia Malaysia, AirAsia Filipina, AirAsia Thailand, AirAsia Indonesia dan AirAsia India. PETALING JAYA: Kumpulan AirAsia hari ini melaksanakan penggantungan sementara bagi hampir semua penerbangan dalam rangkaiannya, berikutan wabak Covid-19 yang mengakibatkan sekatan perjalanan ke beberapa negara.

Menurut kumpulan itu, pengumuman itu dibuat selepas dipersetujui syarikat penerbangan yang dikendalikan di bawah kumpulan AirAsia dan Kumpulan AirAsia X serta sebagai langkah mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan pelanggan dan kakitangan.

“Kami memainkan peranan dalam membantu usaha kerajaan yang mengenakan sekatan perjalanan dan perintah kawalan pergerakan termasuklah perintah kuarantin di rumah untuk mencegah penyebaran virus dan menjadikan penerbangan lebih selamat untuk semua.

“Kami akan terus memantau keadaan semasa dan bersedia memulakan penerbangan kami secepat mungkin apabila keadaan bertambah baik dan tertakluk kepada kelulusan daripada pihak kawal selia,” katanya dalam satu kenyataan.

Lima penerbangan bagi jarak dekat ditangguhkan iaitu AirAsia Malaysia, AirAsia Filipina, AirAsia Thailand, AirAsia Indonesia dan AirAsia India. Bagi AirAsia Malaysia, penggantungan dibuat sementara kepada semua penerbangan antarabangsa dan domestik dari 28 Mac hingga 21 April.

Bagi AirAsia Filipina, penggantungan sementara semua penerbangan dari 20 Mac hingga 14 April berikutan tempoh kuarantin komuniti Luzon dan kawasan lain di negara itu.

AirAsia Thailand pula, penggantungan semua penerbangan antarabangsa dari 22 Mac hingga 25 April, namun penerbangan domestik masih beroperasi dengan kekerapan lebih rendah.

Manakala, AirAsia Indonesia pula mengurangkan jumlah penerbangan antarabangsa, sementara penerbangan domestik masih beroperasi dengan kekerapan lebih rendah. AirAsia India pula bertindak menggantung semua penerbangan dari 25 Mac untuk tempoh 21 hari berikutan pengumuman kerajaan India menggantung semua penerbangan domestik di India.

Bagi AirAsia X, yang melakukan penerbangan jarak sederhana dan jauh, Air Asia X Malaysia bertindak menggantung sementara hampir semua penerbangan dari 28 Mac hingga 31 Mei depan.

Manakala, AirAsia X Thailand pula melakukan penggantungan sementara semua penerbangan dari 16 Mac untuk tempoh 3 bulan.

Tambahnya, semua pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan melalui e-mel dan SMS. Mereka mempunyai pilihan untuk menukar tempahan penerbangan kepada akaun kredit yang boleh ditebus dalam masa 365 hari atau menukar kepada tarikh baru tanpa had dan bayaran sebelum 31 Oktober 2020.

Katanya lagi, dalam usaha menguruskan dan menampung kos perniagaan, ahli pengurusan kanan dan kakitangan kanan Kumpulan AirAsia bersetuju menerima potongan gaji antara 100% dan 15%.

Menurutnya, langkah ini dibuat bagi memastikan kelangsungan syarikat dan mengatasi masalah kekurangan permintaan perjalanan, di samping mengurangkan kesan ke atas kakitangan terutamanya yang berjawatan rendah.

“Bagaimanapun, Kumpulan AirAsia akan terus komited dalam membantu pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan dalam memberi bantuan penghantaran balik penumpang serta barangan. Platform e-dagang AirAsia, OURSHOP serta platform logistik dan kargo Teleport akan terus beroperasi.

“Di mana Teleport akan menggunakan pesawat penumpang untuk menghantar bantuan perubatan dan peralatan perlindungan khas untuk hospital dan petugas barisan hadapan kecemasan di destinasi terpilih,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/kumpulan-airasia-gantung-hampir-semua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Airasia Indonesia Hentikan Sementara Seluruh Penerbangan Mulai 1 April 2020

Airasia Indonesia Hentikan Sementara Seluruh Penerbangan Mulai 1 April 2020

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 262 hits
AirAsia Indonesia berinisiatif untuk menghentikan sementara seluruh layanan penerbangan mulai 1 April 2020 Hal tersebut dengan mempertimbangkan situasi risiko wabah Virus Corona di Tanah Air dan untuk mendukung upaya pemerintah dalam mengat...
Pelawak Pengampu Pengacau Semua Ada Dalam Krisis Kesihatan Global Masa Kini 9979

Pelawak Pengampu Pengacau Semua Ada Dalam Krisis Kesihatan Global Masa Kini 9979

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 408 hits
sitifatimah in the futureNEW YORK 26 Rejab 1441H Sabtu Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Antonio Guterres menyifatkan pandemik COVID 19 merupakan krisis kesihatan paling teruk dalam sejarah PBB dan pasti akan mencetuskan pot...
Juru Bicara Presiden Semua Menteri Sudah Dites Covid 19 Hasilnya Negatif

Juru Bicara Presiden Semua Menteri Sudah Dites Covid 19 Hasilnya Negatif

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 244 hits
Hasilnya pun kata Fadjroel dan tidak terinfeksi virus Termasuk kata dia Mantan Gubernur DKI Jakarta tersebut beserta Ibu Iriana Joko Widodo
Semua Tumpu Kepada Covid 19 Seorang Ni Asyik Buat Tuduhan Aje Nak Bangkit Api Kemarahan

Semua Tumpu Kepada Covid 19 Seorang Ni Asyik Buat Tuduhan Aje Nak Bangkit Api Kemarahan

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 279 hits
Semasa PH memerintah dulu dia tak ada pun bercakap pasal covid 19 Yang dia sibuk bila Mahathir nak letak jawatan Yang dipost gambar jumpa Mahathir untuk pelan peralihan Itu dia tahu Tak ada dia bantu kabinet PH yang sedia ada Buat teguran i...
Rpp K13 Kelas Xi Sma Revisi 2018 Lengkap Semua Mapel

Rpp K13 Kelas Xi Sma Revisi 2018 Lengkap Semua Mapel

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 346 hits
Assalamu alaikum wr wb selamat berkunjung kembali sahabat di blog edukasi yang sangat super sederhana ini Pada kesempatan ini saya akan berbagi RPP K13 Kelas XI SMA Revisi 2018 Lengkap Semua Mapel yang bisa bapak ibu guru download filenya t...
Kenapa Menteri Semua Senyap Tak De Berita

Kenapa Menteri Semua Senyap Tak De Berita

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 348 hits
Kredit Ubder Awang Siaw Menteri2 kena buck up sket Masing2 blurr tak tau nak buat apa jadi butt jokes ada laa Menteri pengangkutan senyap sepi tanpa berita hampeh lu cuma tau komplen je menteri belia patut jelaskan mengapa tak boleh keluar ...
Kita Semua Beringatlah

Kita Semua Beringatlah

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 390 hits
Ni dapat dari wasap buat ingatan kita semua RENUNGAN HARI INI KHAS UNTUK SEMUA Nukilan COVID 19 Jika hari ini kita disaring dan esok didapati positif C 19 Maka percayalah tanpa sedar hari ini merupakan hari terakhir kita bersama anak isteri...
Amino Acid Series Discovery Set By Hanajirushi Untuk Semua Jenis Kulit Termasuk Kulit Sensitif

Amino Acid Series Discovery Set By Hanajirushi Untuk Semua Jenis Kulit Termasuk Kulit Sensitif

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 629 hits
Amino Acid Series Discovery Set By Hanajirushi Untuk Semua Jenis Kulit Termasuk Kulit SensitifHai korang semua hari ni TB nak share tentang produk dari Japan yang sangat comel packagingnya dan sangat mesra dengan kulit TB bila memakainya Te...
Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu

Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine

Bunga Telang Putih

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

My Hometown Tanah Merah

Bermain Badminton Waktu Malam Boleh Dapat Serangan Jantung

Shell Caf Kembali Dengan Lima Perisa Donat Premium Baharu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

One More Seat Six Unforgettable Custom Sidecar Motorcycles

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Tragedi Di Hari Sabtu